Monday, June 6, 2011

Melawat Gajah Yang Tiada Gajah

Macamana tu? Baca cerita ni dulu ye baru tau kenapa....

Husband aku kan pernah menyatakan hasrat untuk membawa Aisy di hari birthdaynya yang 1st hari tu ke Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah tapi tak jadi coz kitorang cuma buat celebration birthday di rumah mak aku.

Cuti hujung minggu kali ni nampaknya hasrat husband aku tu berkesampaian bila mak aku menyatakan hasrat nak bawa Aisy ke sana. Mak aku ni jenis mudah sikit terpengaruh ngan iklan-iklan ataupun program rancangan yang ada kat televisyen kalau dia tak pernah pergi mesti dia nak pergi.

Dia macam seronok nak bawa dan tengok Aisy naik gajah coz Aisy memang sukakan binatang ni. Hasrat mak aku tu disokong lak dengan dua orang adik aku ni coz diorang pun dah lama nak pergi sana.

Aku tak excited nak pergi coz aku pernah pergi ke sana tiga tahun lalu ketika hari majlis sambut menantu di rumah nenek husband aku. Pergi ngan kawan-kawan husband aku dengan berpakaian pengantin gitu. Ada jugak buat shoot kat sana tapi member husband aku tu sampai sekarang pun tak bagi gambar tu kat kami. Apa kes aku ni asyik cerita pasal perkahwinan tiga tahun dulu???

Sebenarnya, yang tak best tu bukan apa. Sebab kat sana macam bosan sikit. Dah la busuk, memang tak tahan lah nak melawat-lawat ke sana. Dengan keadaan jalan yang sangat teruk. Hanya berturapkan batu jalan bermula di perkampungan orang asli tu. Pastu tengok je gajah tu. Bagi makan ke, nak naik ke, nak mandikan gajah ke..kan boring tu...

Hasrat mak aku hanya aku sampaikan pada En. by by pada pagi Ahad yang mana dia tengah syok menyambung tidur selepas solat Subuh dengan harapan dia tak nak pergi. Tapi bila dinyatakan hasrat itu, dia terus bangun dengan bersemangatnya. Aisy juga bergembira seperti biasa kerana dia akan memakai baju cantik-cantik dan akan naik kereta.

Yang paling seronok ialah dapat mandi sebelum pakai baju cantik-cantik. Semua orang pun excited, mak lagi la...dah siap prepare bekalan makanan untuk dimakan kalau boleh berkelah. Bagus tak mak I?

Aisy suka naik kereta adalah untuk 15minit yang pertama sahaja. Selepas itu dia akan menunjukkan perangainya yang sangat nakal itu. Dia mula merengek-rengek, mula tak duduk diam, duduk tak boleh, berdiri tak boleh dan selepas puas mengamuk dan lagi 15 minit nak sampai destinasi dia akan tidur. Macam tu lah budak kecik yang dah besar tu.

Aku dah nampak sedikit perubahan dalam perjalanan bila start je masuk perkampungan orang asli tu jalannya sudah diturap dengan tar baru walaupun jalannya agak sempit untuk dua kereta yang lalu. Muat-muat je lah..Lane putih untuk pembahagi jalan juga masih belum dibuat. Hanya diturap...baru je merungut Menteri Pelancongan tak mintak peruntukan jalan ke sebab jalan kampung kat sana sangat teruk.

Sampai je kat kawasan parking, sungguh mengejutkan. Tiga tahun yang lalu tak seindah ini. Tempat parking yang siap diturap dan dipetakkan untu parking kereta dan bas. Dengan rumput-rumput dan pokok-pokok yang cantik. Dengan bangunan pintu masuk yang cantik, memang cantik lah...


Pintu masuk yang dah cantik

Kami menunggu untuk mengambil pas masuk tapi tak ada orang lak yang jaga. Last-last kami masuk je coz masuk adalah percuma. Yang ruginya adalah sebab tak dapat ambil pas tu sebagai kenangan lah. Kalau dulu kami masuk ikut entrance office lepas jambatan dan perlu ke kanan tapi sekarang sudah bertukar perlu ke kiri pula. Jalan masuk juga cantik seoalah-olah masuk ke Taman Rama-rama kat Cameron Highland tu.


Pintu masuk ke tempat gajah

Jalan-jalan dalam taman tu tiba-tiba sampai kat tempat gajah tu. Masih sama macam dulu tapi tiada bau busuk macam dulu lagi. Ada jugak lah sikit-sikit tapi ok lagi. Sangat menghampakan bila hanya ada dua ekor anak gajah yang tau nak makan je.



Kurang jelas gajah yang berada di belakang tu

Nak naik gajah atau nak mandi ngan gajah pukul 2.00 pm ye...siapa yang masuk pukul 11.00 am macam kami tu hanya boleh bagi makan anak gajah dengan membeli kacang tanah cap Pagoda yang dijual dalam tu je ye..

Ibu-ibu dan bapak-bapak gajah tak ada coz dibawa ke dalam hutan untuk bersiar-siar mengenali habitat mereka sebab nanti mereka akan melayan manusia-manusia pulak.

Aisy yang mulanya tidur dalam dukungan En. by by tiba-tiba bangun dan sungguh seronok melihat gajah. Dia tidak tau apa itu gajah ye tapi sebab elephant dia tau. Persepsi gajah berwarna pink juga akan merosakkan minda kanak-kanak kerana patung Elly Aisy yang sebenarnya yang C.De punya waktu aku beli di Sri Lanka dulu adalah berwarna pink.

Sekarang Aisy sudah melihat the real elephant. Anak gajah adalah berwarna hitam ye bukan grey macam bapak dan mak dia. Anak gajah jugak banyak bulu dan dianya sangat comel. Aisy sangat sukakan gajah tersebut dan asyik sebut "Nak,nak, nak". Kalau dia kata nak sebenarnya dia nak gajah tu.

Takkan lah kami nak membawanya keluar dari kandang tu dan bawa balik. Terpaksalah Aisy tengok je tapi bila cuba dekatkan dia dengan belalai gajah tu dia takut dan ingin berlari 100 meter pecut. Nampaknya Aisy memang penakut walaupun dia sayang binatang.

Kecewa dengan gajah, kami ke Deerland. Sebelum tu nak komen sikit kat kakitangan pusat pemuliharaan gajah tu. Better korang sediakan dua sesi coz takkanlah orang datang jauh-jauh kena tunggu sampai kul 2.00 baru leh buat aktiviti ngan gajah.

Deerland lak masuk adalah berbayar. Tapi tak la semahal Zoo Negara. Hanya RM6.00 untuk dewasa. Kanak-kanak RM3.00 tapi empat tahun ke atas rasanya.

Kat sini confirmlah binatang yang utama dalah rusa. Kita diberi peluang untuk memberi makan rusa-rusa tersebut sama ada dari luar atau masuk ke dalam. Kami semua tak masuk kedalam coz rusa-rusa tu sangat lapar dan sanggup memanjat badan kita kalau dia nak makan. Sangat agresif. Kami pun bagi makan kat luar je. Aisy tak kenal deer tu apa so dia macam terkejut je apa tu??????



Rusa yang lapar

Aisy yang takut rusa

Bagi makan kat dalam kandang rusa

Kat sana ada banyak binatang jugak lah. Boleh pegang ular sawa, bear, musang dan binatang lain tu semua dalam kandang atau reban. Aku teruja nak masuk dalam kandang beruang dan bergambar tapi ada sedikit takut jugak. Last-last tak masuk sama macam adik aku.


Beruang yang ni orang tak pegang sebab dia ganas

Sebab dah sampai kat sana, husband aku bawa kami ke satu tempat di tepi sungai untuk memberi peluang Aisy bermain air. Tapi Aisy sangat takut dengan air sungai. Ingatkan dia dah ok coz sekarang dia sangat sukakan air. Nampak gayanya Aisy masih belum boleh dibawa bermain air di pantai mahupun air terjun. Perlu dimulakan dengan kolam renang mungkin.

Ok, ni saje cerita percutian di hujung minggu dan singkat ni. Secara keseluruhan perjalanan, adalah 4 dari 10 bintang.

No comments:

Post a Comment