Ingat nak bawa Aisy ke KLCC je pagi Sabtu tu tapi sebab fikir Aisy ni bukannya boleh lama-lama sangat. Nanti dia bosan dan terus mengamuk. Buatnya husband aku kena kerja sampai pukul 3.00, takkan aku nak lepak dalam KLCC tu setengah hari????Tak do korjo cari korko namanya tu...
Sebab tiba-tiba Aisy bangun awal pagi tu dan nak ikut abah dia keluar rumah, tumpanglah Pajero husband naik ke atas..pergi taman permainan je...
Orang tak de pun pagi tu..hanya aku & Aisy yang bermain. Puas berbuai, kami bermain papan gelongsor pulak..Ikutkan hati aku nak naik je papan gelongsor tu then gelongsor turun ngan Aisy..barulah Aisy dapat feel main gelongsor tapi kalau benda alah tu tak dapat tampung berat badan aku macamana????
Seharian nak menunggu ke petang hari rasa macam panjang sangat masa tu. Dah tidur, dah masak, dah main air, cuci pakaian, cuci rumah, main ngan Aisy, gaduh ngan Aisy, berperang ngan Aisy, tapi tak jugak petang-petang. Naik kematu aku menunggu waktu petang bila dok kat KL ni...
Bila dah tiba waktu petang, bawa Aisy gi main lagi kat taman permainan tapi kali ni ngan abah dia pulak. Dah puas main-main, ronda-ronda lak naik motor tapi kawasan perumahan je..keselematan kena jaga, takkan la nak bawa budak kecik tu naik motor pusing KL kan!!!!!
Budak kecik ni suka main kat taman permainan
Lepas Maghrib, tiba-tiba Aisy tidur kepenatan..aku lak tak de apa nak buat dah. Nak masak lauk tengahari ada lagi, solat pun dah, lepak-lepak je lah. Waktu tu rasa sunyi je sebab tak dapat nak berperang ngan Aisy..Tiba-tiba husband ajak balik kampung sebaik sahaja dia masuk rumah balik dari main bola.
Barang semua memang dah prepare sebab dari petang tadi lagi dia ajak balik..aku je buat tak tahu. Bukan apa, takut penat je..tak berbaloi lak tu balik sehari je....tapi dia dah ajak, kita ikut je lah.....
Aisy lak dari dalam rumah abah dia dukung sampai lah ke Bentong, da tidur je dalam kereta. So tak payahlah berperang dengan dia dalam kereta. Aisy ni excited naik kereta 15 minit je pastu dia akan buat perangai sebab tak boleh lepas bebas berjalan.
Sampai je rumah mak, memanglah disambut kerana mak pun sampai nak ajak adik ke KL lepas kenduri tengahari tadi. Rindu nak main ngan Aisy tapi adik tak nak. Penat gi KL coz Isnin nanti dah start mengajar. Tapi biasalah, Aisy ni kalau mula-mula bukan nak sangat rapat-rapat walaupun dia dah kenal sangat ngan Tokma & C. Su dia. Dah lama-lama baru ok...
Sebab tak de apa nak buat, aku ajak husband aku ke kebun sawit kami pagi Ahad tu..awal pagi tu pergi...pukul 8.00 dah sampai kebun. Selalunya 8.30 am pun ada kat rumah lagi..pukul 9.00 lebih baru gerak nak gi kebun...
Kali ni tak buat apa sangat pun. Aku cuma membuang pelepah sawit bagi terang sikit coz dia dah berbuah. Husband aku lak meracun je. Cadangnya dua minggu lagi nak membaja lak. Buah sawit dah ada tapi biar kan aje di pokok buat baja..nak jual pun segan, buah kecik je...
Sempat lagi tu pose kat kebun sawit
Pukul 10.30am pun dah balik rumah. Selalunya pukul 12.00pm baru kami balik. Tak de mood pun ye gak disamping tak de kerja nak buat. Tapi bila sampai rumah, mak, adik & Aisy tak de lak. Confirm bawa Aisy gi jalan-jalan ke Bandar Raub ni...
Balik je diorang biasalah, macam-macam ada. Makanan lah terutamanya, maklumlah...semua pun kuat makan. Ngan anak aku sekali kuat makan..tu yang cepat besar..Tapi paling terkejut bila mak belikan kek birthday untuk aku. So petang tu baru potong kek coz tengahari tu dah sibuk nak makan tengahari lak.
Aktiviti waktu petang. Sangat sukakan air
Tak sangka umur 29 tahun ni ada orang nak belikan kek lagi. Thanx ma, I love u so much. Malam pukul 10.00 malam baru kami balik ke KL. Jalan pun dah clear, kalau tak mesti sangkut dalam jam....
No comments:
Post a Comment