Thursday, June 23, 2011

Terputus Bekalan Air

Umum dah tahu sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan hampir 800,000 penduduk terputus bekalan air sejak semlam hingga jam 8.00 pagi esok.

Yang sakitkan hati aku adalah kawasan rumah aku terkena sekali. Aku geram betul ni. Rasa nak marah je dengan pihak SYABAS ni. Dah la sebelum ni asyik dok terima air karat je sekarang konon-konon nak selenggara lah.Tapi tengoklah hasil Jumaat ni air ok ke tak.

Buat aku bengang lagi sebab apa nak tau????? Kenapa la pihak SYABAS ni tak buat hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Bukan ke orang-orang yang kerja cam TNB, JKR, dan bekalan air ni suka kerja hari Sabtu Ahad ke?

Disebabkan yang konon-kononnya tak de air hari Rabu, Khamis & Jumaat ni, nursery tempat aku letak Aisy pun tutup. Dengan alasan tak de air. So tak de choice kena la hantar anak balik kampung. Kalau hantar anak je tak pe lah, tapi aku terpaksa berulang dari Raub -KL untuk bekerja. Minggu ni sehari je Aisy dok nursery (Selasa)..sakitnya hati aku.

Aku nak tanya la sikit pada sape-sape yang hantar anak ke nursery, nursery korang tu ada pernah tutup tak hari kerja??? Contohnya bila cuti sekolah, diorang ambik extra dua hari untuk cuti. Pastu bila time tak de air cam ni pun diorang tutup. Ada ke????Bukan ke tanggungjawab diorang kalau tak de air tu, bila lori SYABAS tu hantar air diorang kena lah angkut air tu.

Yang lagi aku geram dan anginnya nak tau kenapa????Sebab rumah aku ada air. Pelik tak????Kenapa nursery cakap tak de air. Adakah sebab mereka ingin mengambil kesempatan untuk bercuti????? Sampaikan malam tadi sebelum hantar Aisy pulang ke kampung pun aku confirmkan semula dengan mereka sebab betapa sukarnya nak berulang alik dari KL - Raub.

Jarak jauh bukan penghalang pada aku tapi kos tu yang jadi kiraan aku. Satu hari berulang je habis RM 50.00. Tak ke membazir sekiranya terpaksa berulang alik KL - Raub sedangkan bulanan masih lagi terpaksa membayar penuh yuran bulanan di nursery.

Mood ; Tak Hangat & Bengang...

2 comments:

  1. Nursery aku tak de pulak tutup sesuka hati ni. Hang punya nursery tu registered ngan JKM ke? Klu ye, complain je ngan JKM...

    ReplyDelete
  2. Thanx Karni for ur info. Mmg daftar ngan JKM tapi agaknya tak pernah ada ibu bapa complaint, tu yg ssuka ht je ttp. Nnt aku try tanya JKM

    ReplyDelete