Monday, June 27, 2011

Masih Terpaksa Berulang Dari KL - Raub

Bukan sebab tiada bekalan air tapi kali ni disebabkan budak kecik yang tersayang tu. Dia tiba-tiba je demam teruk.

Aisy dah kena selesema hampir seminggu tapi tiada masa sungguh untuk membawanya ke klinik. Bila berulang KL - Raub sampai Raub je dah hampir pukul 8.00 malam. Klinik yang ada pun sudah tutup.

Alhamdulillah, walaupun diserang selesema namun dia masih lagi aktif macam biasa. Masih suka melasak dan tidur paling awal 12.00 malam. Dia juga tiada masalah pernafasan untuk tidur, so dia baik-baik je kalau nak tidur.

Tapi Sabtu yang lalu kami bawa dia ke klinik kerana sungguh kasihan dengan alergic nya yang makin menjadi-jadi. Hanya makan ayam tapi badan sudah naik gatal-gatal dan bengkak.

Majlis perkahwinan sepupu aku tinggalkan bersama suami kerana seharian Aisy mengamuk di rumah makcik aku. Duduk di luar tak nak, di dalam tak nak. Sudahnya bawa masuk ke dalam kereta dan dia terus tertidur sambil menggaru-garu kegatalan hampir seluruh perut dia.

Kasihankan dia kami pergi ke klinik swasta yang berdekatan sambil Aisy tertidur pun dia masih lagi boleh menerima rawatan. Paru-paru dia ok walaupun dua hari ni tiba-tiba dia batuk pula. Doc cuma bekalkan ubat batuk & selesema untuk di minum dan krim sapu untuk alergic.

Pada malam hari dengan keadaan yang masih baik-baik, dia makan ubat dengan rela hati. Tambahan pula ubat tu disuap pula oleh abahnya yang menjadi kesayangan dia akhir-akhir ni. Cuma keesokan harinya dia dipaksa minum ubat oleh Tokma & mamanya, Aisy terus sahaja demam. Demam yang sangat kuat.

10 minit lepas makan ubat, dia mengamuk hendak tidur sampai tidur tanpa berbaju sambil menonggeng di atas carpet. Bila sudah lena dan mengalihnya ke atas tilam, badannya sudah panas macam api membara. Sangat-sangat panas.

Nak dibawa ke klinik swasta semuanya tutup di hujung minggu. Nak dibawa ke hospital cuma menghabiskan masa sahaja. Dengan alternatif, mak melumurkan keseluruh badan Aisy dengan air asam jawa. Aku pula letakkan air batu di atas kepalanya. Nasib baik ada masanya panas badan tu surut dan ada masa panas tu masih ada.

Kasihan sungguh budak kecik tu. Dalm tidurnya asyik menyebut "abah, abah, abah, abah". Dia merengek menyebut nama abah sahaja. Aku jeles???? Tak lah...tak terasa pun bila dia asyik sebut abah dia walaupun abah dia sibuk dengan game bolanya. Dia anak aku, walaupun mulut sebut abah, tapi dia tau siapa yang jaga dia. Siapa yang dia ingin peluk di saat dia buka mata walaupun sebentar. Mama dia jugak yang dia cari.

Kesian budak kecik tu. Mata pun tak leh buka. Bila buka terdengar iklan yang disuka, tiba-tiba tertutup balik. Bila aku solat disebelahnya, dia tidak berdaya untuk bangun seperti biasa untuk memeluk kaki aku dan dengan tak sabarnya dia akan menanggalkan telekung aku walaupun aku baru sahaja selesai memberi salam.

Bila ada motor yang masuk ke rumah dia tidak berdaya langsung untuk berlari untuk membantu neneknya menjual barang. Dia hanya terbaring. Lemah, lesu, bernafas ikut mulut, merengek menyebut nama abah sahaja. Aku yang terover, menyimpan tangis dan sebak dalam dada bila tengok dia macam tu.

Aisy tak pernah demam macam ni punya teruk. Walaupun suhu badan 40C pun dia masih lagi boleh melasak, dia masih lagi boleh minum susu dan bukannya terbaring tanpa membuka mata. Tapi kali ni betul-betul teruk. Minum susu pun tak nak.

Dalam masa 12 jam sahaja dia demam badannya sudah susut. Mukanya nampak kecik je, pergelangan tangan dia juga tidak debab macam sebelum ni. Sudah mengecut. Perut yang buncit tiba-tiba menjadi sangat kempis. Dia sangat-sangat susut.

Alhamdulillah, selepas pukul 1.00 pagi nampaknya kesan ubat tu makin sudah kurang sedikit. Mula-mula bangun  suruh tukarkan diapers dia. Sejam kemudian, suruh lap badan dia. Sejam lagi suruh tepuk dia. Dan akhir sekali sebelum aku balik ke KL, dia bangun macam biasa. Cakar muka aku dengan matanya yang terbuka bulat. Tanya dia, "Adik nak susu ke?". Dia jawab "Nak. Nak". Dia minum susu habis.

Alhamdulillah, pukul 5.00 sebelum bertolak tu, peluk & cium dia yang tidur tu, panas dah tak ada. Cuma harapkan dia lebih bertambah sihatlah untuk aku bawa balik pagi esok ni. Tak larat dah rasanya nak ulang-alik ni.

2 comments:

  1. penat tak la penat sgt coz sm je cam aku berulang dr bndr sri damnsara tp kos tu yang tak tahan

    ReplyDelete