Thursday, June 30, 2011

Tiga Kemalangan Di Pagi Hari

Sungguh malang rasanya hari ni. Bangun pagi-pagi, keluar pagi-pagi tapi masih sangkut dalam jam. Nasib baik sempat gak sampai office 5 minit sebelum pukul 9.00 am.

Ni semua gara-gara accident la..1st accident berlaku 1 km dari rumah aku berdepan dengan Mc Donald Bandar Sri Damansara tu...tempat ni selalu orang buat u-turn. Accident kereta sama kereta kot tapi yang tinggal di tempat kejadian hanya nampak sebuah kereta proton Saga. Nak kata Alza yang accident ngan kereta tu pun tak leh coz Alza tu ada kat seberang jalan sana lak..mungkin jugak dah alih..

Accident kedua lak atas fly over MRR2 lepas susur masuk ke Kepong tu. Kali ni melibatkan sebuah motosikal ngan sebuah Kancil. Mangsa yang bawa motosikal masih lagi terbaring menghadap divider jalan. Tak tahu lah hidup lagi atau tak cuma berharap masih bernyawa. Ada la dua motosikal lain berhenti tapi tak membantu pun. Mungkin niat nak membantu tu tersalah pulak kalau tak pandai term-term pertolongan cemas ni kan.

Aku terjenguk-jenguk dari tingkap kereta aku coz bimbang kot-kot la husband aku yang kena langgar. Tapi bila aku tengok orang tu pakai jaket hitam aku terus pandu laju je la. Ambulance pun tak sampai-sampai lagi, kesian aku tengok orang tu..harap Allah panjangkan usia dia.

Kereta terus memecut laju kerana bimbang terlewat sekali lagi ke office kerana semalam aku telah masuk ke office jam 11.00 am...bolehkah???? Anak aku tak leh tidur dan melalak sepanjang malam. Subuh baru nak tidur aku pun joint la sekali.

Kembali cerita pada hari ni...tengah-tengah pandu laju tiba-tiba kereta-kereta depan aku dah tekan brek. Alamak, jam lagi....mesti accident ni. Aku jam dari Gombak berhampiran susur masuk ke lebuhraya DUKE. Tengah jalan sikit-sikit tu my by by call lak inform yang jalan Gombak jam. Aku cakap lah aku dah tersangkut sebenarnya.

Baru je jalan sikit-sikit lagi my by by ni bagi info traffic lagi..dia kata ada accident nak susur masuk ke LRT Gombak tu. Tu yang jam...Mak aii, jauh lagi tu aku kena jam. Aku baru je sampai depan stesen minyak Shell & Petronas Gombak tu..

Tengok jam dah kul 8.30 am, nak tak nak aku kenalah menggunakan kaedah cilok mencilok. Mana lorong yang jalan tu la yang aku masuk. Alhamdulillah selamat sampai ke office dan my by by juga selamat sampai.

Bila tengok accident ni mulalah takut. Bimbang menimpa ahli keluarga mahu pun rakan-rakan. Semoga Allah lindungi kita semua. Yang penting pandu atau tunggang lah dengan hati-hati. Kalau rasa ok nak memotong, baru memotong. Kalau nak u-turn pun sama. Yang tunggang motor lak, hati-hati lah. Kadang korang rasa jalan ni korang yang punya tu yang jadi accident.

Tuesday, June 28, 2011

Alhamdulillah, Aisy Kembali Aktif

Petang semalam sampai je rumah dengan my by by budak kecik tu terus je berlari meluru keluar pintu dan dapatkan kami.

Sudah larat untuk berjalan nampaknya dia. Bermain juga macam biasa cuma mak cakap dia tak nak langsung dok ngan Cik Su dia. Nak ngan mak je sampai mak tak pergi kelas agama semalam. Aisy jugak dah pandai mintak nak naik kereta. Kalau macam ni, dia betul-betul sihat lah. Cuma masih lagi ada batuk dan selesema dia.

Sebab baru je baik dari demam dan rindu sangat ngan abah dia, bila abah dia balik apa lagi. Asyik ikut abah je la kerja dia. Kemana je abah dia pergi dia ikut. Sampai nak minum susu pun nak baring sebelah abah. Sungguh-sungguh anak abah budak kecik ni.

Sebab dia sihat, kami bawa dia balik pagi tadi ke KL. Tapi kasihan sungguh budak kecik tu, hampir seminggu tak ke nursery dia sudah pandai mengamuk dan menampar-nampar muka aku bila aku cuba dukung dia nak bawa keluar dari kereta.

Dia ingat dia nak jalan ikut aku agaknya coz dia dah siap mandi dan aku pakaikan dia cantik-cantik hari ni. Bukan baju yang biasa di pakai ke nursery atau pun berbaju tidur. Tambahan pula bila dia ternampak kasut dan meminta untuk memakainya, aku pakaikan..so dia ingat nak jalan-jalan. Tu yang dia marah sangat-sangat.

Tapi dengan berat hati aku tinggalkan dia dalam raungan tu...sebak & sedih betul tengok anak meraung. Tambah lak dia masih lagi belum sihat sepenuhnya. Rasa macam nak ambik je balik dia dan balik rumah. Hantar sms kat boss kata EL hari ni. Boleh tak?????

Monday, June 27, 2011

Masih Terpaksa Berulang Dari KL - Raub

Bukan sebab tiada bekalan air tapi kali ni disebabkan budak kecik yang tersayang tu. Dia tiba-tiba je demam teruk.

Aisy dah kena selesema hampir seminggu tapi tiada masa sungguh untuk membawanya ke klinik. Bila berulang KL - Raub sampai Raub je dah hampir pukul 8.00 malam. Klinik yang ada pun sudah tutup.

Alhamdulillah, walaupun diserang selesema namun dia masih lagi aktif macam biasa. Masih suka melasak dan tidur paling awal 12.00 malam. Dia juga tiada masalah pernafasan untuk tidur, so dia baik-baik je kalau nak tidur.

Tapi Sabtu yang lalu kami bawa dia ke klinik kerana sungguh kasihan dengan alergic nya yang makin menjadi-jadi. Hanya makan ayam tapi badan sudah naik gatal-gatal dan bengkak.

Majlis perkahwinan sepupu aku tinggalkan bersama suami kerana seharian Aisy mengamuk di rumah makcik aku. Duduk di luar tak nak, di dalam tak nak. Sudahnya bawa masuk ke dalam kereta dan dia terus tertidur sambil menggaru-garu kegatalan hampir seluruh perut dia.

Kasihankan dia kami pergi ke klinik swasta yang berdekatan sambil Aisy tertidur pun dia masih lagi boleh menerima rawatan. Paru-paru dia ok walaupun dua hari ni tiba-tiba dia batuk pula. Doc cuma bekalkan ubat batuk & selesema untuk di minum dan krim sapu untuk alergic.

Pada malam hari dengan keadaan yang masih baik-baik, dia makan ubat dengan rela hati. Tambahan pula ubat tu disuap pula oleh abahnya yang menjadi kesayangan dia akhir-akhir ni. Cuma keesokan harinya dia dipaksa minum ubat oleh Tokma & mamanya, Aisy terus sahaja demam. Demam yang sangat kuat.

10 minit lepas makan ubat, dia mengamuk hendak tidur sampai tidur tanpa berbaju sambil menonggeng di atas carpet. Bila sudah lena dan mengalihnya ke atas tilam, badannya sudah panas macam api membara. Sangat-sangat panas.

Nak dibawa ke klinik swasta semuanya tutup di hujung minggu. Nak dibawa ke hospital cuma menghabiskan masa sahaja. Dengan alternatif, mak melumurkan keseluruh badan Aisy dengan air asam jawa. Aku pula letakkan air batu di atas kepalanya. Nasib baik ada masanya panas badan tu surut dan ada masa panas tu masih ada.

Kasihan sungguh budak kecik tu. Dalm tidurnya asyik menyebut "abah, abah, abah, abah". Dia merengek menyebut nama abah sahaja. Aku jeles???? Tak lah...tak terasa pun bila dia asyik sebut abah dia walaupun abah dia sibuk dengan game bolanya. Dia anak aku, walaupun mulut sebut abah, tapi dia tau siapa yang jaga dia. Siapa yang dia ingin peluk di saat dia buka mata walaupun sebentar. Mama dia jugak yang dia cari.

Kesian budak kecik tu. Mata pun tak leh buka. Bila buka terdengar iklan yang disuka, tiba-tiba tertutup balik. Bila aku solat disebelahnya, dia tidak berdaya untuk bangun seperti biasa untuk memeluk kaki aku dan dengan tak sabarnya dia akan menanggalkan telekung aku walaupun aku baru sahaja selesai memberi salam.

Bila ada motor yang masuk ke rumah dia tidak berdaya langsung untuk berlari untuk membantu neneknya menjual barang. Dia hanya terbaring. Lemah, lesu, bernafas ikut mulut, merengek menyebut nama abah sahaja. Aku yang terover, menyimpan tangis dan sebak dalam dada bila tengok dia macam tu.

Aisy tak pernah demam macam ni punya teruk. Walaupun suhu badan 40C pun dia masih lagi boleh melasak, dia masih lagi boleh minum susu dan bukannya terbaring tanpa membuka mata. Tapi kali ni betul-betul teruk. Minum susu pun tak nak.

Dalam masa 12 jam sahaja dia demam badannya sudah susut. Mukanya nampak kecik je, pergelangan tangan dia juga tidak debab macam sebelum ni. Sudah mengecut. Perut yang buncit tiba-tiba menjadi sangat kempis. Dia sangat-sangat susut.

Alhamdulillah, selepas pukul 1.00 pagi nampaknya kesan ubat tu makin sudah kurang sedikit. Mula-mula bangun  suruh tukarkan diapers dia. Sejam kemudian, suruh lap badan dia. Sejam lagi suruh tepuk dia. Dan akhir sekali sebelum aku balik ke KL, dia bangun macam biasa. Cakar muka aku dengan matanya yang terbuka bulat. Tanya dia, "Adik nak susu ke?". Dia jawab "Nak. Nak". Dia minum susu habis.

Alhamdulillah, pukul 5.00 sebelum bertolak tu, peluk & cium dia yang tidur tu, panas dah tak ada. Cuma harapkan dia lebih bertambah sihatlah untuk aku bawa balik pagi esok ni. Tak larat dah rasanya nak ulang-alik ni.

Thursday, June 23, 2011

Terputus Bekalan Air

Umum dah tahu sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan hampir 800,000 penduduk terputus bekalan air sejak semlam hingga jam 8.00 pagi esok.

Yang sakitkan hati aku adalah kawasan rumah aku terkena sekali. Aku geram betul ni. Rasa nak marah je dengan pihak SYABAS ni. Dah la sebelum ni asyik dok terima air karat je sekarang konon-konon nak selenggara lah.Tapi tengoklah hasil Jumaat ni air ok ke tak.

Buat aku bengang lagi sebab apa nak tau????? Kenapa la pihak SYABAS ni tak buat hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Bukan ke orang-orang yang kerja cam TNB, JKR, dan bekalan air ni suka kerja hari Sabtu Ahad ke?

Disebabkan yang konon-kononnya tak de air hari Rabu, Khamis & Jumaat ni, nursery tempat aku letak Aisy pun tutup. Dengan alasan tak de air. So tak de choice kena la hantar anak balik kampung. Kalau hantar anak je tak pe lah, tapi aku terpaksa berulang dari Raub -KL untuk bekerja. Minggu ni sehari je Aisy dok nursery (Selasa)..sakitnya hati aku.

Aku nak tanya la sikit pada sape-sape yang hantar anak ke nursery, nursery korang tu ada pernah tutup tak hari kerja??? Contohnya bila cuti sekolah, diorang ambik extra dua hari untuk cuti. Pastu bila time tak de air cam ni pun diorang tutup. Ada ke????Bukan ke tanggungjawab diorang kalau tak de air tu, bila lori SYABAS tu hantar air diorang kena lah angkut air tu.

Yang lagi aku geram dan anginnya nak tau kenapa????Sebab rumah aku ada air. Pelik tak????Kenapa nursery cakap tak de air. Adakah sebab mereka ingin mengambil kesempatan untuk bercuti????? Sampaikan malam tadi sebelum hantar Aisy pulang ke kampung pun aku confirmkan semula dengan mereka sebab betapa sukarnya nak berulang alik dari KL - Raub.

Jarak jauh bukan penghalang pada aku tapi kos tu yang jadi kiraan aku. Satu hari berulang je habis RM 50.00. Tak ke membazir sekiranya terpaksa berulang alik KL - Raub sedangkan bulanan masih lagi terpaksa membayar penuh yuran bulanan di nursery.

Mood ; Tak Hangat & Bengang...

Monday, June 20, 2011

Perkembangan Bayi di Usia 15 Bulan

A new enthusiasm for game playing

By now your toddler is probably pretty good at walking, has a handful of words in her vocabulary, and likes to push and pull toys while walking. She can most likely use a spoon or fork and might be able to walk backwards. She probably likes playing games with you, like pointing to body parts or pictures when asked. She also likes taking objects in and out of containers. She's beginning to get a sense of how things fit -- she'll try matching lids and stacking blocks.
 
Aisy memang mengikuti segala perkembangan di atas. Yang tak tahannya ngan dia adalah mulutnya yang bercakap tak berhenti. Ada masa perkataan yang keluar faham dan kadang-kadang tak faham. So kena fahamkan sendiri sape nak melayan dia ye.
 
Aisy pun ada satu tabiat baru sekarang. Dia suka berjalan sambil melutut. Minggu lepas baru belajar tapi sekarang dah pandai nak imbang badan berjalan dengan melutut. Apa motif, tak tahulah. Mungkin ingin mencuba. Ha lagi satu, dia dah pandai nak ambik barang, nak lap lantai pakai kain buruk guna kaki ye macam kita. Kuat meniru budak kecik ni, better jangan buat apa-apa depan dia. Nanti dia nak tiru. Lagi satu kalau iklan Anlene Concrete yang Michelle Yeoh buat kaki sebelah straight ke belakang dan sebelah lagu bengkok kat depan tu kan, itu pun dia leh buat bila ada iklan tu.
 
Bab tunjuk-tunjuk body parts tu memang dia suka. Tapi tak banyak yang dia tau, cuma mata, hidung, gigi, rambut, tangan, kaki dan perut je. Mulut dan telinga tak tau lagi tau...Kalau bunyi binatang masih sama macam dulu boleh bunyikan cat, ayam, cicak dan lembu je. Yang lain tak tahu bunyi macamana.
 
  

Her individual style is developing

Every child is born with a particular way of interacting with the world. This is her temperament. As she grows, these inborn inclinations will begin to show. While one child might tend to be flexible and adapt easily to change, another prefers a more predictable schedule. Work out how your child is likely to respond and how you can modify her environment to help her succeed. Adults can seek out the circumstances that make them most comfortable, but your toddler depends completely on you. Respecting your child's innate characteristics will help her develop her fullest potential.
 
Yang bab ni tak tahulah nak cakap apa. Hidup Aisy hampir 9 jam dihabiskan di nursery dan berharap sangat nursery tu bagus untuk memberi peluang Aisy membangun dan berpeluang meneroka dengan baik. Dengan kami hanya ada 5 jam je sehari kalau hari kerja. Dalam 5 jam tu kadang-kadang tak bermanfaat jugak bila masing-masing mengantuk nak layan mata. Anak lak main sendiri, kesian kan!!!!

Awareness of self

At 15 months, your toddler recognises herself in the mirror -- no longer will she reach out and try to touch the "other" baby. She's beginning to experience herself as an autonomous entity, not merely as an extension of you.
 
Yang ni dah lama tak praktik. Dulu suka bawa dia depan cermin dan Aisy sangat suka sebab dia ingat ada baby lain atau kawan yang sama ngan dia kat dalam cermin tu. Sebab tu dia suka pegang cermin dan nak tengok belakang cermin. Sekarang nak dukung dia tak larat, tu yang dah lama tak buat. Lepas ni kena praktik semula lah...
 
Tapi yang pasti, dia dah kenal "Aisy". Bila kita tanya dia "Aisy" mana, dia akan tunjuk gambar dia yang umur setahun tu. Kalau tanya dia "Aisy anak sape?"..dia dah boleh jawab kadang-kadang dia sebut 'abah' dan kadang-kadang "mama". Ni mak aku yang ajar. Tak pun dia jawab "Dija"- Rizal.

Just saying "no!"

Beginning as early as a few months after their first birthday, most toddlers go through a period of adamant no-saying. It's their way of asserting their new sense of self. You might be able to reduce her "no" usage by keeping yours to a minimum. Instead of saying "No, don't touch that," you could try "I'd like you to play over here."
 
Aisy tak makan saman ye. Yang mengalah nye adalah kami sebagai ibu bapa bukan dia ye sebagai anak. Sebab dia pandai lembikkan badan, hantukkan kepala, guling-guling atas lantai, menonggeng dengan kepala ke bawah cuba untuk tunjuk protes kalau kata "NO". Selain tu, dia jugak akan menangis semahu-mahunya, air mata bercucuran sampai terbatuk-batuk. Anda tahan tak dengan gimik di atas?????
 
Sebab tak tahan lah, kalau dia nak main peti ais, kami bukak je biarlah elektrik membazir pun. Sampai dia puas menikmati kesejukan oleh asap-asap dalam peti ais tu, dia akan tutup sendiri.
 
Sebab tak tahan lah, kalau dia nak main blender tu, bagi je lah walaupun hati ni sakit sangat tengok blender tu dihempas-hempas. Huhuhu....
 
Sebab tak tahan lah, kalau dia nak main beras just bagi je dia sedikit beras supaya dia leh menaburkan di atas lantai walaupun kelihatan beras tu akan dibazirkan dengan menyapunya buang ke dalam tong sampah.
 
Sebab tak tahanlah, kalau dia nak main air sanggup je letak dia dalam sinki tu main lah air sampai kecut kaki dan tangan walaupun kelihatan membazirnya air dan kadang-kadang di dalam bilik air lah membazirlah elektrik dengan memasang heater.
 
Sebab tak tahan lah dengan drama air mata, kami jadi ibu bapa yang mengalah. Hahaha..Adik, nanti bila adik dah baca entri mama ni mesti adik tau betapa kami selalu kalah dengan adik walaupun kami ni lebih besar dari adik. Tapi hati kami kecik tau.....
 

Happy Fathers Day

Kalau Aisy dah sekolah mungkin dia pandai lah nak ucap "happy fathers day" kat abah dia. Tapi sebab dia kecik lagi, dia pun tak tahu nak cakap dan tak tahu pun makna fathers day tu...sekarang Aisy panggil "abang" lak kat abah dia. Ni terikut aku cakap ke apa?


"Saya anak abah dan mama. Tapi sebab Fathers Day, Aisy nak cakap yang Aisy sayang abah lebih dari mama.
Abah, Aisy nak nak nak play center tu ye"

Tiada sambutan apa-apa coz kami memang tak pernah menyambutnya setiap tahun dari kecik. Dan dengan husband aku gak tak pernah sambut coz tak pernah kisah pun tentang Fathers Day ni. Ini kali kedua tapi tiada sambutan sepertimana Mothers Day gak. So fair & square. Sedangkan birthday & anniversary pun tak celebrate, ada hati nak celebrate Mothers & Fathers Day lak...

Cuma di kesempatan ni aku nak wish gak la "Happy Fathers Day" kat my beloved ni. Semoga jadi abah yang mithali. Nanti Aisy akan terkenang-kenang akan abah dia macam aku terkenang-kenang akan abah aku. Pergi mana je mesti ingat abah coz rasa abah sayang kita..macam mak sayang kita..ok ye by...

Bila sebut pasal Fathers Day, abah aku dah tak de. Tapi terlalu banyak kenangan ngan abah. Perkara yang paling aku tak pernah lupa tentang dia ialah dia tak pernah buat kami rasa susah walaupun sebenarnya kami bukanlah orang senang. Makan minum cukup malah tak pernah merasa apa itu sardin, ikan bilis dan ikan kering waktu kecik dulu. Sambal ikan bilis makan dengan nasi lemak je. Malah Nestle Koko Krunch tu kami makan dari kecik tau... 


Aisy suka gak koko krunch ni macam kami kecik-kecik dulu

Pendidikan dan wang saku tak pernah tak cukup. Mesti cukup dan sentiasa berlebihan untuk tabungan. Semua adik beradik ada buku simpanan sejak kami kecik lagi. Pendidikan agama gak tak pernah abah abaikan pada kami.

Kami kenal alif ba ta pun sebab abah yang ajar sampai lah kami semua qatam Al-Quran. Sebab tu kami selalu sedekahkan abah dengan ayat-ayat suci dan doa. Teringat dulu-dulu menangis tersedu-sedan bila kena tengking waktu ngaji. Ngaji tetap kena ngaji. Aku dulu tak reti tau bezakan ayat dalam surah al-Fatihah tu yang part na-an 'am tu..aku asyik na-am 'am..tu yang kena marah


Surah Al-Fatihah. Ayat yang bergaris tulah aku tak pandai baca dulu.


Setiap kali berjaya dalam peperiksaan abah mesti bagi duit. Duit tu lah jadi ibu duit sekarang. Paling tak leh lupa hadiah basikal. Abang yang tak dapat nombor satu-tiga dalam peperiksaan pun dapat gak basikal. Itulah kasih sayang abah yang tak pernah membezakan kami.


Macam ni lah basikal BMX hadiah dari abah

Abah tak pernah buat kami adik beradik menunggu bila nak balik dari sekolah. Tapi abah yang tunggu kami kat pagar sekolah. Ingat dulu naik bas gi sekolah rendah, tapi bila bas lambat je sampai kat bus stop, abah terus pergi sekolah ambik kami. Abah jemput dan hantar aku dari naik bas sampai saat akhir sebelum dia kena stroke kali kedua..betapa tak dia sukanya menunggu aku dan adik beradik????


Macam ni lah motor pertama abah. Honda C70, CL4266. Aku ingat sampai sekarang

Waktu dok asrama lak, bila tak boleh balik rumah minggu tu, abah atau mak akan datang bawa bekal makan kat kantin sekolah. Mesti datang salah seorang. Yang paling best lauk adalah ayam masak merah dan nasi minyak. Bekal boleh makan sampai malam so tak payah gi dewan makan, makan lauk tak sedap tu. Nasi minyak & ayam masak merah abah adalah yang terbaik. Mak hanya masakkan kami selepas abah kena stroke. Bulan puasa pun abah yang sediakan sahur kami. Best tak????

Terlalu banyak pengorbanan abah pada kami sekeluarga. Tak terbalas dan yang pasti aku pun tak sempat nak bagikan sedikit kegembiraan pada dia. Cuma dapat kongsikan apa yang ada hari ini dengan mak je. Sedih.........tapi yang penting, aku doakan dan selalu doakan roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Yang penting berdoa nak dapat jumpa abah semula nanti.......

Sabtu di KL & Ahad di Kampung

Ni confirm nak cerita tentang hujung minggu la ni...tak cerita lain..hujung minggu kali ni sama lagi macam minggu lepas. Masih menghabiskan masa satu hari Sabtu hanya terperap di dalam rumah.

Tapi kali ni tak la serajin minggu lepas ke taman permainan. Ingatkan nak bawa gak dia taman permainan pagi tu kerana Aisy bangun seawal jam 7.00 am. Waktu tu aku baru je selesai memberi salam solat Subuh yang gajah, tiba-tiba budak kecik tu dah melalak.

Sekarang ni budak kecik tu dah makin pandai. Bila dia terjaga dia suka check aku ada ke tak. Bila dia tengok ada boleh sambung tidur, kalau tengok takde, dia pun melalak la sambil guling-guling dan tonggeng-tonggeng tunjuk perasaan. Walaupun abah dia ada kat sebelah tau..

Sambung balik Aisy bangun awal tu, tak jadi bawa gi taman coz layan kids kat NTV7. Aisy suka la kalau ada yang nyanyi2 tu. Aku suka rancangan kids yang dari Australia ni, sebab kenapa suka pun tak tahu lah. Janji boleh layan nyanyi-nyanyi ngan Aisy.


Rancangan Hi-5 kat NTV7 ni best


Boboi Boy & Upin Ipin kegemaran Aisy

Kali ni Aisy sangat ok tak macam minggu lepas. Perang memang perang tapi tak la sangat. Setakat dia tuang air atas toto dan carpet tu, lantak dia la. Mula-mula angin gak pastu setiap kali dia tuang, dia mintak lagi. Konon-konon nak minum lah, taktik betul . Dapat je gelas minum air nye sikit je tapi tuang atas carpet tu yang banyak. Pastu tak kisah lah, bagi je janji siap gak aku masak.

Bila dah pukul 2.30pm barulah budak kecik  tu ngantuk. Itupun lepas makan, main air dan aku pun tak tahulah berapa kali dia mandi dan main air. Bila dia tidur tulah nak buat kemas rumah ke, basuh dan jemur baju ke, jemur carpet yang basah tu ke, basuh toto ke, mop lantai..semua lah boleh buat.

Bila dia bangun je tidur, rumah pun dah kemas, husband balik pun tengok kemas je. Kalau tak, Allah je lah tahu macamana rumah aku tu. Berselarak dengan mainan, dengan makanan dan dengan bantal-bantal yang Aisy suka landing kat mana-mana je dia nak landing. Nanti aku upload pic rumah aku macamana rupa yang "kemas" ni ye...

Petang baru abah dia bawa dia jalan-jalan kat taman permainan dan round naik motor. Dia memang suka la. Tak terperi sukanya Aisy dapat keluar dari sangkar burung tu. Tapi bila je abah dia park je motor, terus lembik-lembikkan badan tanda protes tak nak balik.

Time untuk abah dia bersukan aku bersukan kan Aisy lak dengan aktiviti berendam dan menyelam. Aktiviti ni dia sangat suka dan kalau abah dia main bola 1 jam, kami pun menyelam dalam air 1 jam. Sampai kecut-kecut kaki tangan anak aku...barulah dia tak mengamuk nak keluar dari rumah.,,,

Malam tu gak kami balik kampung coz nak hantar Aisy kat mak untuk dibawa ke klinik hari Isnin nanti. Aku & husband tak leh cuti sekarang ni. Office masing-masing tak de orang kerja, tak ada orang back up..nasib baik ada mak & adik. Boleh mintak tolong...

Hari Ahad tak kemana-mana pun. Hanya di rumah menghabiskan masa bermain ngan Aisy je. Apa yang dia buat dan boleh buat nanti aku update dalam entri perkembangan dia lak coz dia cukup 15 bulan semalam.

Friday, June 17, 2011

Keperluan VS Kemahuan

Sejak akhir-akhir ni kemahuan lebih daripada keperluan. Dan semuanya ni untuk kepuasan. Bukan setakat untuk kepuasan diri sendiri tapi untuk Aisy yang sebenarnya...

Aisy sangat suka bermain buaian dan papan gelongsor di taman permainan. Tapi sungguh kasihan anak kecik tu sebab kadang-kadang dia tak dapat main pun.

Macam petang semalam, berkejar aku balik ke rumah coz nak bawa Aisy ke taman permainan. Nak bagi dia naik buai tapi sayangnya tiada buaian yang kosong. Walaupun ada dua buai yang sesuai untuk Aisy, tapi sebab kami lambat sampai, budak lain dah booking dulu lagi...


Main papan gelongsor je pun best gak

Tapi trek ni lagi best. Boleh tak kita pasang kat rumah

Lama gak aku tunggu kat sana, tapi diorang tak kasi chance pun kat Aisy main. Aisy lak jenis dia kalau nak, dia nak jugak. Kasihan sungguh budak tu. Terpaksalah bawak dia main papan gelongsor je.

Disebabkan ini, aku bertekad nak belikan Aisy play center sendiri. Letak kat dalam rumah, anytime dia leh main. Tak payah berebut-rebut dan tak payah nak tunggu-tunggu..tak payah gak buat muka kesian mintak ngan budak kecik nak bagi anak sendiri main buaian.


Play center ni la aku nak beli. Kat mana leh dapat ngan harga berpatutan


Yang ni lak aku survey kat Carrefour tapi buaian dia cam tak selamat je

Selamat ngan buaian yang macam ni

Selain dari buaian, aku nak gak beli satu trike kat Aisy...dah banyak yang aku google dan survey kat shopping complex tapi tak berkenan. Berkenan yang smart trike ni gak tapi tak ada kat Malaysia. Macamana?



Best tak trike ni...

Yang ni pun best


Banyak benda lagi nak beli kat Aisy tapi setakat ni memang nak adakan dua benda ni je dulu. Yang lain tu tak penting sangat. Sebab Aisy tak la berminat sangat dengan mainan-mainan ni. Cuma kalau ada sesiapa yang minum MILO tu dan tak nak claim van MILO tu, kasi lah kat aku dia nyer bukti pembelian.

Comel tak van MILO ni


Eh tiba-tiba cerita van MILO lak. Bukan apa, Aisy suka koleksi-koleksi kenderaan ni. Kat rumah aku semua kereta Ferrari hasil belian minyak Shell semuanya jadi kesukaan dia. So nak kumpul van MILO lak untuk dia disamping mini cooper KFC tu.

Thursday, June 16, 2011

Bermain Di Taman & Sambutan Birthday Yang Ke-29

Hujung minggu baru ni tak pulang ke kampung sebenarnya kerana husband terpaksa bekerja menyiapkan kerja-kerja pemasangan kabel apa aku pun tak tahu tapi di KLCC..

Ingat nak bawa Aisy ke KLCC je pagi Sabtu tu tapi sebab fikir Aisy ni bukannya boleh lama-lama sangat. Nanti dia bosan dan terus mengamuk. Buatnya husband aku kena kerja sampai pukul 3.00, takkan aku nak lepak dalam KLCC tu setengah hari????Tak do korjo cari korko namanya tu...

Sebab tiba-tiba Aisy bangun awal pagi tu dan nak ikut abah dia keluar rumah, tumpanglah Pajero husband naik ke atas..pergi taman permainan je...

Orang tak de pun pagi tu..hanya aku & Aisy yang bermain. Puas berbuai, kami bermain papan gelongsor pulak..Ikutkan hati aku nak naik je papan gelongsor tu then gelongsor turun ngan Aisy..barulah Aisy dapat feel main gelongsor tapi kalau benda alah tu tak dapat tampung berat badan aku macamana????

Seharian nak menunggu ke petang hari rasa macam panjang sangat masa tu. Dah tidur, dah masak, dah main air, cuci pakaian, cuci rumah, main ngan Aisy, gaduh ngan Aisy, berperang ngan Aisy, tapi tak jugak petang-petang. Naik kematu aku menunggu waktu petang bila dok kat KL ni...

Bila dah tiba waktu petang, bawa Aisy gi main lagi kat taman permainan tapi kali ni ngan abah dia pulak. Dah puas main-main, ronda-ronda lak naik motor tapi kawasan perumahan je..keselematan kena jaga, takkan la nak bawa budak kecik tu naik motor pusing KL kan!!!!!




Budak kecik ni suka main kat taman permainan

Lepas Maghrib, tiba-tiba Aisy tidur kepenatan..aku lak tak de apa nak buat dah. Nak masak lauk tengahari ada lagi, solat pun dah, lepak-lepak je lah. Waktu tu rasa sunyi je sebab tak dapat nak berperang ngan Aisy..Tiba-tiba husband ajak balik kampung sebaik sahaja dia masuk rumah balik dari main bola.

Barang semua memang dah prepare sebab dari petang tadi lagi dia ajak balik..aku je buat tak tahu. Bukan apa, takut penat je..tak berbaloi lak tu balik sehari je....tapi dia dah ajak, kita ikut je lah.....

Aisy lak dari dalam rumah abah dia dukung sampai lah ke Bentong, da tidur je dalam kereta. So tak payahlah berperang dengan dia dalam kereta. Aisy ni excited naik kereta 15 minit je pastu dia akan buat perangai sebab tak boleh lepas bebas berjalan.

Sampai je rumah mak, memanglah disambut kerana mak pun sampai nak ajak adik ke KL lepas kenduri tengahari tadi. Rindu nak main ngan Aisy tapi adik tak nak. Penat gi KL coz Isnin nanti dah start mengajar. Tapi biasalah, Aisy ni kalau mula-mula bukan nak sangat rapat-rapat walaupun dia dah kenal sangat ngan Tokma & C. Su dia. Dah lama-lama baru ok...

Sebab tak de apa nak buat, aku ajak husband aku ke kebun sawit kami pagi Ahad tu..awal pagi tu pergi...pukul 8.00 dah sampai kebun. Selalunya 8.30 am pun ada kat rumah lagi..pukul 9.00 lebih baru gerak nak gi kebun...

Kali ni tak buat apa sangat pun. Aku cuma membuang pelepah sawit bagi terang sikit coz dia dah berbuah. Husband aku lak meracun je. Cadangnya dua minggu lagi nak membaja lak.  Buah sawit dah ada tapi biar kan aje di pokok buat baja..nak jual pun segan, buah kecik je...



Sempat lagi tu pose kat kebun sawit

Pukul 10.30am pun dah balik rumah. Selalunya pukul 12.00pm baru kami balik. Tak de mood pun ye gak disamping tak de kerja nak buat. Tapi bila sampai rumah, mak, adik & Aisy tak de lak. Confirm bawa Aisy gi jalan-jalan ke Bandar Raub ni...

Balik je diorang biasalah, macam-macam ada. Makanan lah terutamanya, maklumlah...semua pun kuat makan. Ngan anak aku sekali kuat  makan..tu yang cepat besar..Tapi paling terkejut bila mak belikan kek birthday untuk aku.  So petang tu baru potong kek coz tengahari tu dah sibuk nak makan tengahari lak.




Aktiviti waktu petang. Sangat sukakan air

Tak sangka umur 29 tahun ni ada orang nak belikan kek lagi. Thanx ma, I love u so much. Malam pukul 10.00 malam baru kami balik ke KL. Jalan pun dah clear, kalau tak mesti sangkut dalam jam....

Drypers Kepada Drypantz

Sejak budak kecik tu dah jadi besar ni, bukan main susah lagi nak jaga dia. Tak sah kalau tak berperang hangit ngan dia atau pun kadang-kadang sampai menguji tahap kesabaran yang boleh menaikkan tekanan darah aku.

Kalau dulu waktu dia boleh merangkak, susah nak pakaikan diapers untuk dia. Lama-lama ok lah. Sekarang kembali susah nak pakaikan diapers untuk dia.

Sejak dah pandai beritahu yang dia berak, dia suka nak kita cabut diapers dia dan bermain air sebab kita nak cuci dia. Kadang-kadang dia mintak tukarkan diapers dia sebab mungkin dia rasa macam basah lepastu  susah lah nak pakaikan diapers tu semula.

Setiap hari dan setiapkali berkejar dengan dia untuk pakaikan diapers tu. Kadang tu, susah-susah dapat pakaikan dia boleh buka pulak. Kadang geram dan sakit hati, biar je dia tak pakai apa-apa.

Sekarang decide pakaikan dia drypantz je coz dia macam nak pakai kalau kita siap lekap diapers tu dan sarungkan. Dia tak nak baring-baring lagi dah.

Tekaan sangat tepat apabila semalam kembali semula membeli drypantz untuk diapakai di rumah sahaja. Dia sangat sukakannya. Bila balik je terus mintak tukarkan diapers yang baru je dipakai untuk memakai drypantz lak.

Yang bestnya, bila beli drypantz ni baru dapat gift. Kalau drypers tu tak pernah dapat gift apa-apa pun. Gift kali ni best, dapat Kung Fu Panda Activity Booklet with Crayon & Spiral Art Stencil.


First gift yang pernah aku dapat sepanjang Aisy gunakan drypers


Aisy pun sangat-sangat lah suka terus je nak colour-colour buku tu. Sampai abah dia balik pun dia nak tunjuk dia ada buku bay-bear dan crayon colour. Tunjuk jugak skill colouring dia yang menyebabkan sebatang crayon telah patah dua.

Spiral Art Stencil ni masih dalam plastic

Buku colouring Kung Fu Panda 2 dengan krayon yang dah patah

Buku ni bukan sahaja di colour kan tapi juga dikoyak

Hasil kerja Aisy, cantik tak?
Jangan tertipu, Aisy hanya menconteng dan yang colour-colour tu adalah hasil kerja mama dia

Friday, June 10, 2011

Tiga Tahun Dah Dia Pergi.....

Huhuhu..sedih, rindu, dan macam-macam perasaan yang ada...

Hari ni genap tiga tahun arwah abah pergi...pergi menghadap yang Maha Pencipta..tiada apa yang dapat aku lakukan sebagai anak kecuali sedekahkan al-fatihah, surah yassin dan tahli. Semoga arwah abah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman.

Bila ada yang menggembirakan, pasti ada pula yang menyedihkan menyusul pulak...

Mengimbau peristiwa tiga tahun lepas..
Bila aku membuat keputusan untuk berkahwin, abah sangat gembira....
Untuk urusan wali, menjadi sangat bermasalah kerana abah selepas diserang stroke kali kedua sudah tidak boleh bercakap...perangai juga semakin mudah naik berang...
Alhamdulillah, bila aku bawa je dia berjumpa dengan jurunikah di kawasan aku, dia bagi kerjasama...
Kalau tak, dengan adik dia tak nak beri kerjasama langsung....


Gambar terakhir bersama abah di hari pernikahan aku

30.05.2008.
Di hari pernikahan aku, abah lah orang paling gembira...
Dia tak tidur macam biasa..
Asyik ke hulu ke hilir kerana ramai orang seperti mahu melayan tetamu...
Di waktu malam juga tiada amukan kedengaran walaupun orang di luar rumah riuh-rendah berkaraoke...

31.05.2008
Di hari persandingan juga abah hanya berdiam diri...
Tiada amukan seperti biasa...
Walaupun hanya berkain pelikat dan berbajukan pagoda..
Dia melayan kawan-kawan dan sedara-mara dengan baik...
Bersalaman walaupun tiada bait patah kata yang keluar kerana dia tahu tiada orang yang akan faham apa yang dia tuturkan...

01.06.2008
Di hari menghantar menantu pula, abah yang bangun awal..
Bila diberikan kain pelikat dan t-shirt, dia menolak...
Dia sendiri mengambil sepasang baju melayu berwarna coklat muda...
Ingin kelihatan kemas untuk bertandang ke rumah orang agaknya....

02.06.2008
Abah mengalami cirit-birit yang sangat teruk...
Kasihan dia..tapi masih lagi mahu mengikut aku ke rumah makcik untuk jemputan makan tengahari..
Makan masih seperti biasa.....

03.06.2008
Hari gotong royong turunkan khemah...
Ada sebuah khemah tertinggal dan ada satu suara berseloroh...
"Macam nak kenduri lagi je minggu depan ni"
Aku tersentap tapi mungkin tiada apa-apa....

04.06.2008
Nak balik dah coz kerja dah esoknya tapi balik naik bas je coz husband tak de...
Seperti biasa kalau nak balik kalau abah tidur aku tak salam ngan dia...
Cuma cium je pipi dia...
Tapi kali ni hati tak sedap...
Rasa macam nak salam je...
Kejut abah yang tidur, salam dan peluk abah lama sebelum pergi...
Dalam bas bila sampai kat tol Bentong mak telefon kata abah jatuh dan tak sedar
Aku menangis dalam bas,,,
Terasa lambat je bas ni nak sampai Genting sempah coz aku nak turun kat sana je
Adik-adik aku naik ngan husband aku dari KL..
Sampai je rumah abah memang sedar tapi dia tak sedar ada orang keliling dia....
Dia hanya tidur tetapi mengengsot satu rumah sampaikan tangga pun dia tak tau itu tangga...

05.06.2008
Abah masih sama...
Panggil orang yang biasa mengurut abah sepanjang dia kena stroke...
Petang nampak ok..
Kami decide nak balik KL...
Sempat salam abah dan bergurau ngan abah
Ada respond, so tak la sedih sangat nak balik KL...

06.06.2008
Adik beritahu abah dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri..
2 jam di ICU akhirnya ke wad biasa...
Doc suruh refer ke Temerloh tapi kami tolak...
Rasa macam lain je..

07.06.2008
Seharian menunggu abah di hospital...
Saat semua keluar pergi minum di kedai,
Saat aku membacakan surah yassin untuk abah...
Abah bertanya pada aku mak di mana..
Abah nampak lain..lain sangat-sangat...
Abah seolah-olah sedih di sana...
Bila aku pujuk kata kita balik dia senyum..seakan gembira sangat-sangat...
Tak tertanggung rasanya bila setiap kali abah diserang sawan...
Nyawa abah seolah-olah ditarik-tarik...

08.06.2008
Jam 3.00 pagi kami dikejutkan dengan panggilan telefon adik aku yang menunggu abah di wad..
Bergegas ke hospital dari rumah...
Abah diserang sawan seolah-olah ingin melepaskan nyawanya...
Sehingga ke pagi hampir empat dua jam sekali abah diserang sawan..
Kami decide nak bawa balik abah...
Dia sedih dan menitiskan air mata je kat sana..
Aku yang sign surat nak bawa balik tu...
Abah balik dengan ambulance...
Aku balik dulu sebab nak siapkan tempat baringan abah...
Awan nampak suram..pokok jugak tak bergerak seolah-olah tiada angin...
Rasa macam masa abah makin singkat..
Cuma berharap aku sempat menghabiskan masa sedikit lagi dengan abah...
Sepanjang hari di rumah, tiada serangan sawan...
Abah juga teringin hendak makan apa yang kami makan...
Suap sedikit takut abah nanti dah tak sempat rasa...
Abah nampak sihat..sangat-sangat sihat....
Walaupun orang masjid datang membacakan Yassin petang tu, abah nampak macam sihat...
Sempat bersalam dan bergurau dengan abah...
Sempat picit kaki abah dan abah menjerit marah...hehehe..

09.06.2008
Di hari lahir, menerima panggilan dari mak hanya untuk mengucapkan selamat hari lahir...
Abah ok..sihat..
Tapi tetap balik coz abang & adik akan pulang...
Aku yang akan menemani emak menjaga abah untuk seminggu ni...
Sampai sahaja di rumah, orang masjid datang untuk bacakan Yassin kali kedua....
Tapi abah dah kaku...
Hanya nafas turun naik...
Abang cakap, tadi ok lagi waktu mak telefon aku....
Tapi lepas abang turunkan semua gambar-gambar dan perhiasan di dinding, abah mula kaku...
Susu yang dimasukkan ke dalam tiub juga sudah tendang keluar....
Abang cakap, abah sempat marah dia sebab turunkan gambar konvo aku...
Maghrib tu abah nampak macam boleh menelan susu...
Tapi bila ditelan tiba-tiba tersembur keluar darah dari tiub susu...
Berhenti berikan susu...
Cuma nampak abah macam dahaga...
Titikkan air je kat dalam mulut abah...
Nampak abah sangat susah nak menelan tapi agak dahaga...
Surah yassin tak berhenti-henti kami baca....
Jiran aku menyuruh abang menjemput C.De dari KL kerana abah dah nampak tenat....
Serangan sawan kembali...
Dan ketika aku berjaga jam 3.00 am...abah diserang sawan lagi...
Tapi kali ni seolah-olah ingin melepaskan nyawanya sedikit demi sedikit....
Mengejutkan semua yang tidur...
Dan jam 5.40 am, abah pergi untuk selamanya....

Hari ni tiba lagi...
Tiga tahun sudah berlalu...
Kalau lah abah masih hidup, pasti sangat-sangat abah lah orang yang paling gembira dapat berjumpa dengan cucu abah kan!!!!
Semoga roh abah dicucur rahmat...
Dan semoga kita bertemu lagi di akhirat nanti...
Always miss u abah....

Thursday, June 9, 2011

Selamat Hari Lahir Yang Ke-29

Huhuhu..dah 29 tahun rupanya aku hidup dan menikmati segala kebesaran yang Maha Pencipta ciptakan untuk makhluk Dia...

Aku nak ucap banyak-banyak terima kasih pada semua sahabat-sahabat, adik beradik, sedara maradan semua lah yang telah wish kat aku...yang tak wish, aku tak kecik hati pun....

Hadiah birthday? Tak harap apa-apa pun sebab kalau aku mengharap, aku harapkan dapat hadiah 100 ketul jongkong emas...banyak duit nak pakai coz hutang banyak sangat...

Hadiah yang confirm dah dapat cuma dari Nuffnang & Jusco. Thanx to Nuffnang coz kasi empat tiket wayang tu, tapi tak gi ambik lagi ni. 1st time dapat hadiah dari Nuffnang ni coz aku baru je daftar dengan mereka untuk kuarkan iklan kat blog aku.

Jusco lak tiap-tiap tahun kasi voucher, tapi tiap-tiap tahun gak aku tak pernah guna voucher tu coz macam tak berbaloi pun dia bagi tu. At least bagi lah voucher 25% discount any items yang kita beli di hari birthday...kan best!!!!Tapi, thanx la sebab bagi ye..ni pun kena ambik kat Jusco

Sambutan birthday? Dah tua-tua ni tak celebrate pun tak pe coz aku dari kecik pun tak pernah celebrate. Cuma ada masa nak seronok-seronok dengan kawan-kawan tu adalah beli kek sebiji. Makan lah ramai-ramai...

Cuma aku punya harapan...punya permintaan...pada yang Maha Pencipta...
- Nak mintak panjangkan umur aku supaya aku leh tengok Aisy di hari konvokesyen dia
- Nak mintak panjang umur & sihat tubuh badan supaya aku sempat nak kerjakan Ibadah Haji..rasa macam Kaabah tu memanggil-manggil je
- Nak mintak murah rezeki coz nak dapat kerja yang lebih baik untuk masa depan yang lebih baik

Itu je yang aku nak sekarang ni..yang lain, tak dapat pun tak apa..kalau dapat lagi terbaik lah....

Rahadatul Aisy Binti?

Sekarang ni budak kecik yang nama dia Rahadatul Aisy tu dah tahu sebut nama abah dia.

Kami perasan bila hujung minggu yang lalu ketika aku dan adik bersolat Maghrib dan Aisy ni bergurau senda dengan abah dia. Aisy kan suka solat depan orang yang bersolat so abah dia pun saje-saje gomol dia lepas tarik dia dari depan kami yang bersolat ni.

Waktu tengah gomol-gomol dia tu, husband aku tanya dia "Anak sape nakal ni? Anak sape?" sambil gomol-gomol dia. Apa lagi, Aisy ketawa terkekek-kekek geli agaknya kena gomol.

Dalam masa yang sama bila abah dia tanya dia jawab "Di Ja"...banyak kali gak dia ulang. Aku ngan adik yang kebetulan sudah usai solat sangat-sangat terperanjat dengan jawapan Aisy dan terus cerita kat mak.

Mak aku pun excited nak dengar tapi bila kami tanya dia senyap je. Tak cakap apa-apa langsung.

Hari Isnin tinggalkan Aisy dengan mak di kampung dan petang tu baru mak datang ke KL dengan adik. Mak cakap Aisy kalau tanya "Rahadatul Aisy binti apa", mesti dia jawab "Di Ja".

Anak aku cepat sangat lah besar. Rindu kat dia yang kecik-kecik tu

Monday, June 6, 2011

Melawat Gajah Yang Tiada Gajah

Macamana tu? Baca cerita ni dulu ye baru tau kenapa....

Husband aku kan pernah menyatakan hasrat untuk membawa Aisy di hari birthdaynya yang 1st hari tu ke Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah tapi tak jadi coz kitorang cuma buat celebration birthday di rumah mak aku.

Cuti hujung minggu kali ni nampaknya hasrat husband aku tu berkesampaian bila mak aku menyatakan hasrat nak bawa Aisy ke sana. Mak aku ni jenis mudah sikit terpengaruh ngan iklan-iklan ataupun program rancangan yang ada kat televisyen kalau dia tak pernah pergi mesti dia nak pergi.

Dia macam seronok nak bawa dan tengok Aisy naik gajah coz Aisy memang sukakan binatang ni. Hasrat mak aku tu disokong lak dengan dua orang adik aku ni coz diorang pun dah lama nak pergi sana.

Aku tak excited nak pergi coz aku pernah pergi ke sana tiga tahun lalu ketika hari majlis sambut menantu di rumah nenek husband aku. Pergi ngan kawan-kawan husband aku dengan berpakaian pengantin gitu. Ada jugak buat shoot kat sana tapi member husband aku tu sampai sekarang pun tak bagi gambar tu kat kami. Apa kes aku ni asyik cerita pasal perkahwinan tiga tahun dulu???

Sebenarnya, yang tak best tu bukan apa. Sebab kat sana macam bosan sikit. Dah la busuk, memang tak tahan lah nak melawat-lawat ke sana. Dengan keadaan jalan yang sangat teruk. Hanya berturapkan batu jalan bermula di perkampungan orang asli tu. Pastu tengok je gajah tu. Bagi makan ke, nak naik ke, nak mandikan gajah ke..kan boring tu...

Hasrat mak aku hanya aku sampaikan pada En. by by pada pagi Ahad yang mana dia tengah syok menyambung tidur selepas solat Subuh dengan harapan dia tak nak pergi. Tapi bila dinyatakan hasrat itu, dia terus bangun dengan bersemangatnya. Aisy juga bergembira seperti biasa kerana dia akan memakai baju cantik-cantik dan akan naik kereta.

Yang paling seronok ialah dapat mandi sebelum pakai baju cantik-cantik. Semua orang pun excited, mak lagi la...dah siap prepare bekalan makanan untuk dimakan kalau boleh berkelah. Bagus tak mak I?

Aisy suka naik kereta adalah untuk 15minit yang pertama sahaja. Selepas itu dia akan menunjukkan perangainya yang sangat nakal itu. Dia mula merengek-rengek, mula tak duduk diam, duduk tak boleh, berdiri tak boleh dan selepas puas mengamuk dan lagi 15 minit nak sampai destinasi dia akan tidur. Macam tu lah budak kecik yang dah besar tu.

Aku dah nampak sedikit perubahan dalam perjalanan bila start je masuk perkampungan orang asli tu jalannya sudah diturap dengan tar baru walaupun jalannya agak sempit untuk dua kereta yang lalu. Muat-muat je lah..Lane putih untuk pembahagi jalan juga masih belum dibuat. Hanya diturap...baru je merungut Menteri Pelancongan tak mintak peruntukan jalan ke sebab jalan kampung kat sana sangat teruk.

Sampai je kat kawasan parking, sungguh mengejutkan. Tiga tahun yang lalu tak seindah ini. Tempat parking yang siap diturap dan dipetakkan untu parking kereta dan bas. Dengan rumput-rumput dan pokok-pokok yang cantik. Dengan bangunan pintu masuk yang cantik, memang cantik lah...


Pintu masuk yang dah cantik

Kami menunggu untuk mengambil pas masuk tapi tak ada orang lak yang jaga. Last-last kami masuk je coz masuk adalah percuma. Yang ruginya adalah sebab tak dapat ambil pas tu sebagai kenangan lah. Kalau dulu kami masuk ikut entrance office lepas jambatan dan perlu ke kanan tapi sekarang sudah bertukar perlu ke kiri pula. Jalan masuk juga cantik seoalah-olah masuk ke Taman Rama-rama kat Cameron Highland tu.


Pintu masuk ke tempat gajah

Jalan-jalan dalam taman tu tiba-tiba sampai kat tempat gajah tu. Masih sama macam dulu tapi tiada bau busuk macam dulu lagi. Ada jugak lah sikit-sikit tapi ok lagi. Sangat menghampakan bila hanya ada dua ekor anak gajah yang tau nak makan je.



Kurang jelas gajah yang berada di belakang tu

Nak naik gajah atau nak mandi ngan gajah pukul 2.00 pm ye...siapa yang masuk pukul 11.00 am macam kami tu hanya boleh bagi makan anak gajah dengan membeli kacang tanah cap Pagoda yang dijual dalam tu je ye..

Ibu-ibu dan bapak-bapak gajah tak ada coz dibawa ke dalam hutan untuk bersiar-siar mengenali habitat mereka sebab nanti mereka akan melayan manusia-manusia pulak.

Aisy yang mulanya tidur dalam dukungan En. by by tiba-tiba bangun dan sungguh seronok melihat gajah. Dia tidak tau apa itu gajah ye tapi sebab elephant dia tau. Persepsi gajah berwarna pink juga akan merosakkan minda kanak-kanak kerana patung Elly Aisy yang sebenarnya yang C.De punya waktu aku beli di Sri Lanka dulu adalah berwarna pink.

Sekarang Aisy sudah melihat the real elephant. Anak gajah adalah berwarna hitam ye bukan grey macam bapak dan mak dia. Anak gajah jugak banyak bulu dan dianya sangat comel. Aisy sangat sukakan gajah tersebut dan asyik sebut "Nak,nak, nak". Kalau dia kata nak sebenarnya dia nak gajah tu.

Takkan lah kami nak membawanya keluar dari kandang tu dan bawa balik. Terpaksalah Aisy tengok je tapi bila cuba dekatkan dia dengan belalai gajah tu dia takut dan ingin berlari 100 meter pecut. Nampaknya Aisy memang penakut walaupun dia sayang binatang.

Kecewa dengan gajah, kami ke Deerland. Sebelum tu nak komen sikit kat kakitangan pusat pemuliharaan gajah tu. Better korang sediakan dua sesi coz takkanlah orang datang jauh-jauh kena tunggu sampai kul 2.00 baru leh buat aktiviti ngan gajah.

Deerland lak masuk adalah berbayar. Tapi tak la semahal Zoo Negara. Hanya RM6.00 untuk dewasa. Kanak-kanak RM3.00 tapi empat tahun ke atas rasanya.

Kat sini confirmlah binatang yang utama dalah rusa. Kita diberi peluang untuk memberi makan rusa-rusa tersebut sama ada dari luar atau masuk ke dalam. Kami semua tak masuk kedalam coz rusa-rusa tu sangat lapar dan sanggup memanjat badan kita kalau dia nak makan. Sangat agresif. Kami pun bagi makan kat luar je. Aisy tak kenal deer tu apa so dia macam terkejut je apa tu??????



Rusa yang lapar

Aisy yang takut rusa

Bagi makan kat dalam kandang rusa

Kat sana ada banyak binatang jugak lah. Boleh pegang ular sawa, bear, musang dan binatang lain tu semua dalam kandang atau reban. Aku teruja nak masuk dalam kandang beruang dan bergambar tapi ada sedikit takut jugak. Last-last tak masuk sama macam adik aku.


Beruang yang ni orang tak pegang sebab dia ganas

Sebab dah sampai kat sana, husband aku bawa kami ke satu tempat di tepi sungai untuk memberi peluang Aisy bermain air. Tapi Aisy sangat takut dengan air sungai. Ingatkan dia dah ok coz sekarang dia sangat sukakan air. Nampak gayanya Aisy masih belum boleh dibawa bermain air di pantai mahupun air terjun. Perlu dimulakan dengan kolam renang mungkin.

Ok, ni saje cerita percutian di hujung minggu dan singkat ni. Secara keseluruhan perjalanan, adalah 4 dari 10 bintang.

Friday, June 3, 2011

Kotak Mainan Yang Tiada Mainan

Aku & my by by bukanlah suka sangat belikan mainan untuk Aisy setelah dia tidak menunjukkan minat yang sangat sangat kepada toys yang ada di pasaran.

Bila dibeli toys, hanya teruja bila mula-mula beli je, lepas tu toys tu dijadikan bahan lemparan ke merata-rata tempat. Sungguh sakit hati bila kita beli bukan dengan harga bawah RM50.00 tapi jadi mangsa buangan je.

Lepas Aisy berusia 9 bulan, no more toys untuk Aisy. Every month, my by by ni suka spend duit beli kan dia patung je. Kat rumah tu dah macam-macam binatang ada. Semuanya besar dari Aisy dan memang jadi kesayangan dia. Sangat penyayang kepada semua patung-patungnya. Aisy suka sangat gomol dan ada sesetengahnya sudah tidak cantik macam baru beli.Sudah comot macam Aisy jugak.

Tapi sejak akhir-akhir ni, Aisy suka selongkar storage box toys dia. Memang tak banyak la yang ada tapi suka pulak tengok dia sekarang ni dah mula menghargai toys yang aku beli dulu. Semuanya dia nak cuba buat. Mungkin sebab dia dah pandai sikit, tu yang nak main je.

Bila setiap kali dia selongkar, kasihan sungguh anak mama ni. Tak banyak mainan nak main. Tambah lak ada separuh tu aku bawa balik kampung coz takut kat rumah mak dia bosan tak de toys nak main.

Sekarang ni rasa nak beli toys banyak-banyak untuk dia main. Kalau boleh semua toys yang ada kat Jusco tu aku nak beli nak letak dalam storage box dia. Ada sape-sape yang nak sedekahkan untuk Aisy jugak sangat-sangat dialukan.

Bukan saje toys, sekarang ni tengah usha trike untuk dia. Sangat suka pada satu trike ni tapi takde jual la kat Malaysia. Kat Amazon pun dah survey tapi tak berkenan lak. Any suggestion untuk dapatkan smart trike please tinggalkan comment anda. Please..please..please....

Wednesday, June 1, 2011

Tiga Tahun Bersama Membina Mahligai

Tajuk tak leh blah!!!!!!Phew phew phew...

Lantaklah, aku nak jugak dedikasi entry kali ni untuk my by by..hope by baca ye..

Tiga tahun kita bergelar suami isteri macam-macam dah kita lalui. Yang gembira dengan yang tak gembira sama banyak. Yang loving-loving dengan yang gaduh-gaduh pun sama banyak kan.


Tiga tahun yang lalu : 30.05.2008 , 6.20pm

Tiga tahun yang lalu 31.05.2008

Yang gembira & loving-loving tu memanglah best, tapi yang tak gembira dan gaduh-gaduh tu pun kadang best gak...Dalam tiga tahun ni gak baru 1st time by by tunjuk perasaan marah tu macamana dan itu kali pertama dan kali terakhir sampai hari ni...Terkejut tapi sangat suka coz paling tak suka kalau by marah tapi diam membisu. Lain kali expressi ye perasaan tu...

Ni kali kedua kita sambut anniversary dah jadi mama & abah. Hope kasih sayang kita berkekalan untuk jadi mama & abah pada Aisy dan adik-adik dia nanti. Ada ke adik-adik Aisy? Rezeki Allah yang tentukan kan!!!!!Kalau tak de rezeki lain kita sama-sama lah jaga puteri kecik tu sampai dia jadi tuan puteri besar lak...



Puteri kecik pun dah makin besar

Tiga tahun bersama, tiada kemewahan. Cukuplah sekadar kesederhanaan yang kita ada. Kalau kita senang mungkin kita lupa diri, lupa orang lain. Masa nak together-gather pun tak de. By by sana, Hana sini. Aisy lak yang terbiar.Biarlah kita sama-sama bersederhana supaya kita masih ada masa bersama kan.



Tiga tahun kita berumahtangga, kita tak pernah kan bercuti berdua je atau pun bertiga je ngan Aisy kan kan kan!!!!Kalau bercuti hana mesti angkut family hana sekali. Hahaha..nak jimat kos, kalau pergi berdua, membazir..pergi ramai-ramai jimat kos. Kurang-kurang makan mak bayar...Tak pe, nanti kita pi jauh sikit ye by..naik belon berjam-jam..lagi pun bagi chance la kat Aisy besar sikit supaya dia pun excited ngan dia nyer trip....


Kali kedua bercuti lepas kahwin ke Langkawi tapi ngan family aku gak

Ni lah destinasi kita nanti

Tiga tahun anniversary, tak pernah ada sambutan coz kita rasa hari-hari pun aniversary kan..kecuali time gaduh la..bukan setakat anniversary, birthday pun kita tak pernah sambut. Hadiah pun tak pernah bagi. Bukan sebab kita dah kahwin tapi sebab kita dari belum kahwin pun gila-gila macam ni..mana la pandai nak celebrate kan!!!!!

Mungkin masa masih belum tiba untuk kita raikan tarikh-tarikh penting ni...mungkin bila kita dah berusia sikit baru kita pandai nak celebrate kan!!!!Celebration, wish, gift semuanya tak penting. Yang penting Allah SWT panjangkan jodoh kita supaya di akhirat nanti kita masih lagi suami isteri kan!!!!!

By, Selamat ulangtahun yang ketiga buat kita....

Note: Cukup bersyukur dengan apa yang ada pada by walaupun by tak romantik. Tapi tekak ni macam nak makan chicken chop yang sedap je...