Ececece..tajuk entry macam nak naik pelamin je bunyinya kan. Actually yang ni lebih besar dari naik pelamin. Menghitung hari menanti saat-saat contraction atau pun tanda2 akan bersalin.
Dua hari bercuti kerana terpaksa check up di dua tempat. Yang seronok check up kat HUKM tapi kali ni tak macam dulu. Ambik no. kul 11.30 am siap check up kul 3.00 pm..lama gila menunggu. Orang punyalah ramai....Aku sampai tertidur menunggu giliran.
Kat HUKM doc akan explain dengan detail & yang paling best adalah sangat2 peramah. Kali ni waktu scan doc dah confirm girl tapi aku masih menaruh harapan macam Zaiton Sameon punya lagu tu...masih mengharapkan keajaiban yang akan berlaku yang mana akan keluar baby boy...hahaha..
Last two days, berat baby pada usia kandungan 38w+1day adalah 3.0kg. Doc cakap kecik sikit tapi masih ok. Mungkin boleh naik lagi 200g kot kalau betul aku bersalin lagi 2weeks.
Berat baby tak naik sangat tapi berat aku bertambah2 sejak lepas raya ni. Selera makan tu macam biasa, tapi aku tak berhenti makan. Kat office mesti ada biskut dan buah-buahan. Mak pula sekarang ni telah tinggal di rumah ku so makan dua kali sehari.
Sebulan lepas raya berat aku naik 5kg...gila hebat tak aku????? Nak tau berat aku berapa sekarang???? 70kg...hahahaha..dah macam tong drum dah berat aku ni. Langsung dalam buku merah tu asyik dengan pen merah je bila berat asyik naik.
Selang sehari je check up kat HUKM & Klinik Kesihatan berat aku dah naik 700 gram. Apa kes ni? Hope lepas bersalin kali ni berat akan turun macam dulu jugak walaupun tak ambik produk dari Sendayu Tinggi.
Doc cakap kepala baby dah ada kat bawah, anytime je leh deliver ni. So kena sentiasa alert coz ni 2nd baby. Kalau sakit cepat datang hospital coz 2nd baby adalah terlalu mudah nak keluar. Tak perlu tunggu berjam-jam di labour room macam Aisy dulu. Ramai jugak doc cakap yang bersalin dalam kereta je...
Hope aku sempat sampai dan deliver baby kat labour room lah..kalau tak, haru...mana taknya, mestilah husband aku yang akan jadi bidan terjun menyambut kelahiran 2nd baby. Hahaha..
No comments:
Post a Comment