Dah masuk 38 weeks ni perut makin membesar dan makin menegang. Makin tak larat sebenarnya nak buat apa pun. Tak macam 1st pregnancy hari tu yang leh lagi tawaf Jalan TAR & Sogo sehari sebelum deliver Aisy.
Sejak minggu lepas juga macam ada hint-hint nak contraction gitu. Bila hujung minggu pula, rasa macam dah nak buka 4 cm gitu dia nyer contraction. Tapi alhamdulillah, dua jam je pastu hilang. So leh la sambung tidur balik.
Sebenarnya tak ready lagi nak bersalin minggu ni coz kerja kat office terlalu berlambak-lambak. Staff tak cukup. Dah ada yang baru pun dah berhenti lak seorang. Tinggal seorang je lagi, tapi biasa la budak baru. Slow sikit enjin dia coz tak berapa faham lagi cara kerja kat sini.
So, aku nyer kerja terutama bab account terpaksa la ditangguh dulu untuk di pass kan pada officemate aku ni coz dia tengah pening mengajar budak baru untuk take over kerja dia dan juga kerja budak office yang resign tu.
Aku lak macam semput2 je nak mengajar orang. Tak larat sungguh tapi nasib baik officemate aku ni dia senang nak catch up. Bukan apa, kalau kerja kat sini dua tahun je, semua pun boleh tahu. So kalau nak ajar tak la beban sangat.
Setakat aku update blog ni, aku just sempat hand over salary je kat dia, yang lain belum lagi. Untuk record semua cash book untuk semua payment, payment2 yang kena bayar tu pun belum lagi ni. Mintak la jangan bersalin lagi. Dengan rasminya juga start 1st Oct aku akan pantau je dia buat semua kerja aku. Aku jadi boss sekejap.
Sejak kebelakangan ni jugak, Aisy makin manja. Apa sahaja dia nak kita tak bagi dia akan menangis sampai bercucuran air mata. Terutama kalau dia nak naik kereta. Aku rasa aku kena beli kereta la letak dalam rumah.
Makin besar makin kuat menangis. Itu yang aku dapat buat kesimpulan pada Aisy. Tapi manja2 dia pun, dia adalah seorang bakal kakak yang penyayang.
Bila datang manja dia, dia akan datang ke arah aku sambil letakkan kepala di perut aku dan memanggil "baby" dalam nada yang sangat manja. Hope bila baby lahir dia akan jadi lebih sayangkan adiknya.
Hujung minggu baru ni berkesempatan melawat sedara aku di kampung yang mengadakan majlis cukur jambul & akikah. Aisy telah menunjukkan perasaan sayangnya pada baby dengan berulang kali mencium dahi baby tersebut. Dan kerana geram ada budak lain yang cuba cium baby tu, dia telah cuba menarik dahi baby tersebut. Tanda tidak mahu berkongsi....Hahaha...dia perasaan itu adalah adik dia.
Dua tiga hari ni jugak menyaksikan Aisy mula bermain ngan baybear dia. Asyik nak mintak susu tapi suap kat bear dia. Pastu tanya bear nak ke tak nak, pastu jawab sendiri tak nak sambil geleng2 kepala. Bila bear tak nak, dia pun cium bear tu. Pastu ada gak adegan tidurkan bear atas bantal. Tak sabar nak jaga adik kakak Aisy ni.
Sorry la, lately ni entry tak de pic. Tak rajin nak capture coz hp asyik je dibaraikan oleh Aisy.
No comments:
Post a Comment