Tapi tahun ni kami lak adik beradik seawal pagi berkumpul di pusara abah. Sedih rasanya..ni Syawal yang keempat dah aku tak beraya dengan abah..Dah tak belikan baju baru, kain pelikat baru, duit raya tapi cuma dapat sedekahkan surah yassin dan al-fatihah untuk abah setiap kali raya untuk hari raya kali ni dan juga yang akan-akan datang. Semoga roh abah dicucuri rahmat.
Balik dari kubur prepare breakfast nasi lemak. Sebulan tak makan nasi lemak dan pagi ni makan nasi lemak dengan enaknya. Ditambah lak dengan teh & teh O panas. Fuhhh..sedapnya...
Lepas tu sesi mencuci pinggan mangkuk lak. Kutip basuh mana yang tak basuh lagi. Semalam aku tak tolong pun adik-adik aku membasuh pinggan mangkuk, tapi pagi ni aku rasa segar sikit dan ada tenaga, tu yang boleh membasuh sehinggalah budak kecik tu bangun tidur mintak nak mandi.
Budak kecik ni suka bergambar
Siap-siap semua jam dah kat pukul 12.00 tengahari. Menjadi sejarah dalam hidup kami hanya ke kampung abah waktu tengahari. Maklumlah, abang akan beraya ke Shah Alam pula rumah mertua dia. Kemas-kemas, tu yang sampai kul 12.00. Nak jadi cerita lak, kali ni kami terus menuju ke rumah sepupu aku bukannya ke rumah makcik aku untuk makan tengahari.
Sedondon baju dengan mama
Anak buah kesayangan yang banyak dapat duit raya
Aisy yang comot
Seperti biasa, Aisy bukan nak duduk sangat orang. Asyik mintak nak balik je. Tu yang singgah sekejap-sekejap je. Buat pertama kalinya juga kami tidak berkunjung ke rumah sedara mara yang lain kerana Aisy adalah tak sangat behave. Dia nak balik je...
Sampai di rumah hanya beristirehat menanti keluarga PIL aku yang tak sampai-sampai. Lastly, lepas Asar mak aku decide kami je ke kampung nenek husband aku. Sudah dua hari menanti tetamu tetapi tak sampai-sampai, tu yang kena gerak ke rumah tetamu.
Selepas solat Maghrib barulah kami bertolak pulang ke rumah semula. Mak aku sebenarnya bertujuan menyedekahkan duit zakat tahun lepas yang masih berbaki kerana tidak tahu hendak diberikan kepada siapa yang lebih layak. Sebab nenek husband aku adalah wanita tua dan ibu tunggal, so mak decide sedekah kat dia je.
Perjalanan tidak jauh tapi keadaan aku yang tak berapa nak selesa tu yang menyebabkan aku cepat penat. Sampai je rumah perlu menyediakan makan malam lagi. Kalau boleh aku ingin sahaja berbaring kerana tekak aku bukan nak makan pun. Tapi sebab ada dua mulut yang menjadi tanggungjawab aku, tu yang gagahkan diri juga untuk memasak yang simple je.
Nasib baik jugak lah Aisy tidur awal. So tak la aku perlu lagi berjaga untuk bermain dengan dia. Dapat tidur dengan indahnya untuk jemputan makan tengahari di rumah aku esok.
No comments:
Post a Comment