Monday, September 19, 2011

Aisy Sudah 18 Bulan

Hari ni genap Aisy 18 bulan, tapi mama tak dapat bawa Aisy ke klinik untuk check up dan cucuk. Mama terpaksa bekerja coz nanti mama akan bercuti dengan Aisy dan baby selama dua bulan. Yahoo....tak sabar nya..tak larat dah nak usung perut yang makin sarat.

Tak tahu adik nangis ke tak coz hari ni kena cucuk. Kalau kecik dulu abah sendiri pun tak leh pegang adik waktu nak cucuk coz adik punya tenaga lagi kuat dan terpaksa la kakak-kakak nurse yang cantik tu pegang adik. Hari ni adik makin besar, makin banyak tenaga, makin kuat untuk melawan. Hope adik baik-baik aje coz mama bimbang jika nurse tersalah cucuk adik kalau adik terlalu kuat meronta.

Adik akan bergelar kakak tapi adik sendiri dah pandai bahasakan diri "adik". So mama biarkan je la adik bahasakan diri adik. Nanti adik pada adik kita panggil baby ye.

Bila adik dah menginjak ke usia 18 bulan ni, banyak perubahan yang dapat mama tengok. Selain dari badan adik yang makin membesar. Seminggu je Tokma adik tak tengok adik pun dia kata adik berubah, mama yang tengok adik tiap-tiap hari pun rasa adik berubah setiap kali mama balik kerja.

Kaki adik dah makin kuat sekarang ni. Makin kuat untuk berlari tapi kesempatan tu ada bila adik kat rumah Tokma je. Rumah mama dan abah kecik je. Mama pun asyik marah je kalau adik berlari coz takut adik jatuh.

Kalau kat rumah Tokma adik akan berlari satu rumah. Terutama di bahagian hall. Adik akan cakap "kejar abah" atau "kejar mama". Pastu pusing-pusing meja makan Tokma. Kalau abah kejar, adik peluk mama, kalau mama kejar adik peluk abah. Atau pun adik akan "five" abah supaya jadi geng dan tak jadi kejar adik.

Mama suka kalau adik bergurau dengan abah. Terutama bila abah geletek adik. Adik akan ketawa terkekek-kekek sambil sebut "Abam". Kalau adik sebut "Abam" itu maknanya adik geli atau marah sebab abah usik adik.

Sekarang adik banyak mulut. Asyik bercakap je. Bila adik nak cakap dengan kami, adik akan cakap betul-betul. Mama dan semua pun faham apa adik cakap. Tapi adakalanya adik suka membebel sorang-sorang. Pastu semua orang pun ketawa coz tak faham apa adik cakap. Muah..mama suka sangat adik waktu ni.

Adik suka menyanyi gak sekarang ni. Ada 4 lagu kegemaran adik yang kami semua kena hafal. 1. Kalau Cinta (Aliff Aziz & Joanna). 2. Balik Kampung (Sudirman) 3. Kisah Hati (Aliyah) 4. Satu Malaysia (Ronnie Lim Kok Wing). Tapi sekarang adik dah tambah lagi dua untuk kami hafal 1. Papaku Pulang Dari Kota (Lagu Kanak-kanak) 2. Cinta Mukabuku (Najwa Latif). Adik suka sebut satu perkataan je tapi semua orang kena hafal dan nyanyi.

Adik gak dah kenal semua orang dalam family dan juga kawan-kawan kat nursery. Bila tengok gambar adik akan tunjuk muka sambil sebut panggilan masing-masing. Cuma Tokma adik panggil "Mak". Tokma pun bahasakan diri mak jugak kat adik coz Tokma love u so much la.

Bila dok rumah adik suka tanya kawan-kawan adik. Terutama Irfan coz adik memang rapat ngan Irfan dari mula masuk nursery lagi. Rumah kita pun dekat je sampaikan kereta Irfan pun adik kenal.

Adik sekarang suka sangat naik kereta dan tak suka rumah. Hujung minggu baru ni di kampung adik buat perangai lagi tak nak masuk rumah. Nak duduk dalam kereta. Sudahnya tiap-tiap malam kena bawa adik naik kereta baru masuk rumah dan tidur.

Tidur adik sekarang dah makin ok. Tak la macam dulu. Paling lewat pun pukul 1.00 am adik dah tidur tapi kena main kaw-kaw ngan adik sampai adik penat. Tak bagi adik tidur lepas Maghrib jugak supaya adik leh tidur awal. Maklum la, mama sekarang bukan dapat tidur sangat. Kalau mata dah ngantuk kul 11.00 tu better tidur coz itu tidur yang lena. Kalau dah terjaga, sampai pagi pun tak boleh tidur dengan lena. Baby adik asyik mengeras je.

Tapi bila adik nak tidur, adik suka tengok video kat hp mama. Kalau sebelum ni adik layan video adik main kucing, tapi sekarang adik dah mintak mama mainkan video adik waktu kecik-kecik dulu. Tak pun yang terbaru ni adik akan layan laptop mainan adik tu sambil baring-baring dan tertidur terus. Yang paling mama suka adik akan nak baring sebelah mama bila nak tidur.

Bukan je nak tidur, tapi nak melukis pun nak panggil mama dok sebelah. Kalau dulu adik nyer bulat-bulat besar, tapi sekarang lukisan adik makin fokus. Adik hanya melukis bulat kecik seolah-olah signature gitu. Habis dua buku dah adik melukis. Sekarang tak lukis cat dah, adik lebih suka lukis pelbagai. Fish, Car, Sponge Bob, Ball. Mama la yang jadi cikgu yang sudi teman adik melukis.

Adik manja sangat sekarang ni. Kalau adik panggil sesiapa pun, dengan manja dan lembut je adik panggil. Mama suka sangat terutama bila panggil mama. "Mamaaaa". Manja sungguh, kalau nak marah pun tak jadi. Tambah lak suka buat muka "huduh" macam mak cakap. Bibir juih pastu senyum sengih. Memang cun la buat macam tu.

Sekarang adik dah pandai nak melaram. Kat rumah dok la seret selipar yang pakai dalam rumah tu. Dulu tak pandai pakai, sekarang dah pandai. Pastu mama ada beli dua pasang kasut baru. Kasut tu langsung jadi penghuni tetap kaki adik. Kasut tu tanggal bila ke bilik air dan adik tidur je. Kalau tak, adik akan marah.

Banyak rasanya kelakuan adik sejak menginjak usia 1 setengah tahun ni sampai mama pun tak ingat nak tulis kat sini. Hope bulan depan mama dapat update blog ni dengan kehadiran baby pada adik yang adik selalu peluk perut mama tu. Muah...

Love U,
Mama

No comments:

Post a Comment