Monday, October 10, 2011

Welcome to Our Family

Seminggu blog ni tak update dah jadi sarang labah-labah...hahaha..tapi bila diselak-selak sarang lebah ni tak sangka masih ada ruang untuk aku menulis.

Kalau sebelum ni menghitung hari, tapi hari ni dah habis semua saat menghitung hari tu. Genap seminggu kalau waktu Maghrib menjengah tiba.

Tanggal 03 Oct 2011 jam 07.57pm lahirlah seorang lagi puteri dalam keluarga aku. Dengan kesakitan yang amat sangat untuk kali kedua aku berjaya melahirkan seorang puteri secara normal.

Detik2 kelahiran kali ni lebih kurang macam Aisy gak. Tapi kali ni tak panik macam dulu. Pagi Isnin nak solat subuh dan bersiap untu bekerja tapi dikejutkan dengan titisan darah yang keluar.

Masih lagi boleh mengemas rumah dan bersarapan macam biasa sementara menunggu saat ke hospital. Masih juga menunggu Aisy bangun tidur. Sudahnya pukul 10.00am baru bergerak ke HUKM. Tapi masih sempat singgah di kedai Sendayu Tinggi di Jalan TAR untuk membeli pati ikan haruan dan juga Tummy Tone.

Husband juga telah tersalah masuk jalan lalu bersesak di area Bukit Bintang sebelum dapat keluar ke Jalan Tun Razak. Sampai di HUKM juga aku masih lag rileks walaupun ada contraction sejam sekali. Selepas doc membuat CTG & pemeriksaan bukaan, hanya buka 1 atau 2cm sahaja.

Doc bagi pilihan sama ada nak balik atau duduk wad coz tak tahu mungkin lama mungkin sekejap. Aku buat keputusan balik berehat di rumah lagi baik.

Sampai di rumah masih sempat membeli air tebu & kelapa untuk minum. Makan juga Twisties..Hahahaha..Sempat juga memasak untuk husband dan membuat kerepek pisang. Tapi bila dah siap masak contraction dah datang dalam 15 minit sekali. Mak paksa gi hospital je coz dah sakit sangat tapi makan dulu.

Sedih coz tinggalkan Aisy yang memandang sedih ke arah kami yang menuju ke kereta. Aku tau malam tu buat pertama kali aku tidak dapat tidurkan dia.

Sampai di HUKM dan melalui prosedur biasa bukaan sudah 4cm. Aku ditolak terus ke labour room jam 5.00 pm. Sepanjang hampir 3 jam bertarung, puteri kedua ni keluar dalam bukaan hanya 7cm. Alhamdulillah..

Hampir pukul 10.00 malam barulah aku ditolak masuk ke wad. Setelah husband pulang, terus telefon permata hati tapi dia dah tidur. Tidur atas motor lagi waktu C.Su dia bawa jalan2. Sedih coz adik cakap dia asyik tanya je.

Puteri kedua ni sama je macam Aisy. Cuma dia lahir dengan berat 3.26kg & 49cm. Lebih kurang Aisy je tapi baby ni kurus je. Tak macam Aisy yang bulat waktu lahir. Isi pejal, tulang keras. Mungkin sebab pregnancy kali ni aku kurang minum Anlene Concrete yang dalam kotak tu. Hahaha...

Malam tu baby ni sama je macam Aisy tak nak tidur dalam tempat baby so tidurlah ngan aku berdua atas katil sambil berpelukan. Dia tak biasa lagi dengan keadaan yang luas so kena comfort kan dia.

Pagi tu lega coz dapat terus balik. Anak dan ibu tak de masalah. Lagi seronok bila Aisy sampai dalam pukul 11.00 lebih tu. Rindu sangat kat budak montel tu. Selesai semua urusan pukul 1.30pm kami bertolak pulang ke rumah.

Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas kami telah selamat mendaftarkan nama puteri kedua ni dengan nama RAUHILLAH AMNI BINTI MD RIZAL. Dan bermulalah kehidupan Amni sebagai baby kepada adik dan juga anak kepada mama & abah.

 Baby Rauhillah Amni  (Rahmat / Keberkatan Ketenangan)

 Adik Baby, Rahadatul Aisy (Kemakmuran Hidup)

Fasa-fasa penjagaan sama je macam Aisy dulu cuma terpaksa membeli baby court coz ada budak nakal yang sayangkan baby dia. Kalau baby nangis, dia yang berkejar dulu. Kalau baby nak susu, dia yang paling sibuk. Juga suka dukung dan cium baby dia. Kalau tanya dia, baby siapa, dia jawab"Baby adik".

2 comments:

  1. alhamdulillah. congrats! selamat brpantang :)

    ReplyDelete
  2. congrats...aisy dh dapat adik lah. take care key.

    ReplyDelete