Tuesday, October 18, 2011

Budak Bosan Kat Rumah

Budak kecik yang nak masuk 19 bulan tu tiap-tiap hari dan setiap saat akan sebut "Mama, mama, mama, naik car". Kesian anak mama ni. Dah biasa naik car tiap2 hari sekarang satu car pun tak de kat kampung ni.

Setiap hari juga Aisy kelihatan bosan bermain di rumah. Sudah biasa hidup berkawan tapi sekarang terpaksa bermain dengan mamanya aje. Sebab tu lah ada masanya dia cuba mengajak baby bermain dengan dia.

Kalau lah tadika Kemas dekat je dengan rumah aku, mak aku pun dah bawa dia ke tadika untuk bermain. Mengharapkan anak2 jiran yang datang bertandang ke rumah aje lah yang dapat dia hiburkan hati bermain. Habis semua mainan yang ada dipunggahnya keluar ajak bermain.

Bagi mengurangkan stress Aisy, aku decide belikan dia kolam plastik. Aku imagine kan kolam pool ring yang sedikit dalam, kecik sikit pun tak pe..tapi abahnya telah membeli kolam plastik biasa yang airnya setakat lutut Aisy je. Tapi kolam tu lebar gila.

Hujung minggu yang lalu, C.De & C.Su Aisy telah bersama memeriahkan kolam tersebut kerana kolam tersebut tersangat lah luas untuk ramai2 mandi. Sudahnya sekarang Aisy adalah pemandi kolam 2x sehari iaitu bukak je mata terus nak mandi dan waktu petang sekali.

Waktu mandi kolam Aisy adalah lebih kurang dua jam gitu. Tokma dia sangatlah suka melayan dia bermain air di kolam tu. Semalam aje waktu Maghrib baru nak masuk itupun ma terpaksa dukung bawa masuk. Kolam juga lagi meriah dengan pemberian mainan plastik yang C,De beli dari Sarawak.

OOOO..terlupa nk update jugak...bukan je Aisy yang rindu kawan2, tapi kawan2 jugak rindukan Aisy. Pagi tadi pemilik nursery Aisy telah menghantar msg bertanyakan Aisy kerana kawan2 dia asyik tanya je terutama boy yang bernama Adam. Selesai je mandi kolam, aku telefon ke nursery dan Aisy berkesempatan bercakap dengan kawan2 dia...Seronok dengar budak2 kecik ni bercakap. Sudah faham erti persahabatan...

Selang masuk cerita tentang Amni sikit. Hari ni Amni dah masuk 15hari. Tapi rtin dia masih lagi tidur. Cuma sekarang dah pandai untuk memilih berada di dalam dakapan atau ribaan bebanding duduk di dalam baby court.

Amni juga menjadi mangsa serangan adik baby bila adik baby kena marah. Ada masa Aisy menjadi seorang yang penggeram, dengan tak semena-mena dia datang dan menarik kain bedung Amni. Dia juga akan mencakar da menarik kaki Amni. Dia juga akan menarik rambut Amni. Kalau kita larang, lagi dia buat. Sudahnya dia akan menangis.

Kalau masa aisy k, dia akan menunjukkan sayangnya pada Amni an menunjukkan anggota badan Amni sambil menyebutnya dengan betul. Itu waktu sayang....

Aku lak masih lagi dalam tempoh berpantang. Tak sabar rasanya nak habiskan tempoh pantang yang mebosankan ni coz aku nak makan buah-buahan. Bosan tau makan ikan selar bakar dengan sup sayur sawi setiap hari. Huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment