Disebabkan Sabtu tak de buat apa, semalam pun aku dah call Karni dan janji dengan dia nak tengok baby dia, perkara ni aku ajukan kepada en.husband yang terpaksa jadi pilot ke Prince Court. Dia kata ok tapi dia kena ambik MIL aku di kampung. Selepas membuat segala perhitungan dengan suamiku yang tercinta, keputusan dibuat adalah dia perlu settlekan semua perkara yang mak dia nak buat bila datang KL baru kita gi hospital (ikut perancangan : Hubby ambik MIL-bawa mai KL-jalan2 kata nak shopping baju sek adik bongsu dia-pergi beli tiket bas balik esok-bermalam di rumah adik MIL kat Cheras).
Maknanya kami hanya akan ke hospital mungkin di sebelah petang atau pun di sebelah malam...Tak kisah la..janji pergi hari ni coz hari ahad Karni dah discharge,lagi susah nak ke rumah dia coz 1st,tak tau kat mana rumah dia dan aku tak suka bila husband aku akan membebel coz tak tau lokasi kat mana. Sebab yg ke-2, dia baru je nak pindah masuk rumah baru yang tak siap pun lagi renovation nye..so, tak nak la menyusahkan lagi dia dan husbandnya..lebih senang ke hospital...
Perancangan ditukar bila husband aku tiba di KL yang mana dia tak jumpa dan buntu kat mana nak cari tiket bas dan mak dia nak bermalam di rumah kami. So, macamana? Husband aku kata, tak pe,plan macam tadi jugak, nanti bila lepas Zohor kita kuar, MIL aku akan keluar dengan adik ipar aku (Duwan) yang akan bawa pergi jalan2 shopping dan beli tiket bas terus coz selama ni pun dia yang beli.
Aku bukan tak suka MIL aku bermalam di rumah aku,semua orang pun boleh tidur rumah aku tapi rumah aku tak begitu selesa la...cuma selesa untuk kami tinggal bertiga...dan yang paling penting aku tak suka orang komen2 rumah aku...Tambah lak Aisy sekarang tengah melasak dan barang mainan dia bersepah-sepah....Rumah ku cuma sebesar sangkar burung,5 langkah je dah sampai dapur, 5 langkah lagi dah sampai bilik...maklum la, rumah kos rendah yang luasnya hanya 660sqf... lagi pun rumah aku tinggi di puncak awan dan tak de lif.
Kesian gak nak naik tangga..macam aku kesian kat mak aku nak naik tangga la...lagi satu,aku bukan la kaki borak dan MIL aku juga bukan pernah berbual pun ngan aku...macam aku dok ngan mak aku pun aku tak borak2...husband aku jugak bukan lah kaki borak ngan mak dia...dan laki aku jugak bukan kaki borak pun ngan aku...hidup kami bukan ada banyak perkataan pun kuar.....boleh kira la sangat berapa patah perkataan kuar sehari....dan yang pasti, MIL aku akan bosan yang teramat sangat bila dok rumah aku....
Tapi tak kisah la bila dia nak bermalam di rumah aku..kena la terima seadanya rumah aku ni...bila MIl aku bermalam, at least aku boleh tengok gak macamana dia layan Aisy..hehehe..saje nak tengok layanan seorang nenek dia yang belah husband aku ni..kalau belah aku, Aisy ditatang bagai minyak yang penuh..dimanja yang teramat sangat....
Lepas je solat Zohor aku bersiap untuk kuar...(waktu ni la baru nak start basuh pinggan dalam sinki, iron baju, solat, prepare beg aisy...tetamu2?layan diri la kat rumah coz aku sendiri pun tak sempat nak minum air walau segelas sejak Aisy bangun..sambil aku buat semua tu diorang makan bekalan yang dibawa dari kampung,burung puyuh goreng...oh no nono...thanx coz pelawa makan..sebelum terkeluar isi perut aku makan burung tu, lebih baik aku tak makan)
Hahaha...teruk kan aku..MIL & SIL datang pun aku tak masak...maklum la,rumah aku bukan ada lauk stand by dalam peti..ada pun untuk Aisy, ikan tenggiri yang aku akan masak seketul kecik tu untuk dia makan....beli dua keping cukup seminggu dia makan..aku & husband tak makan malam, hujung minggu lak tak de kat rumah.
Akhirnya kami keluar rumah tepat jam 2.30 pm meninggalkan MIL & SIL berehat di rumah menanti BIL aku sampai untuk bawa diorang jalan2..Tinggalkan juga sebakul kain yang tak berjemur...
Jalan KL ni jam betul la..tu yang aku tak suka kuar hari minggu kat KL ni..pusing sana, pusing sini dan terpaksa la bayar tol supaya cepat sampai..kami sampai di Prince Court dah pukul 4.00 pm..perut aku memang dah berkeroncong, Aisy pun sama..sempat beli roti untuk Aisy kat kedai News.Com kat bawah tu..
Bilik Karni? 6H-08, lady kat bawah tu dah tunjuk kat aku macamana nak pergi..naik lif tingkat enam then ke kanan...bila dah sampai setengah jalan, husband aku tanya bila dia tengok ada directory board kat situ...aku cakap la,6H-08.."tengok ni, H kat sana la", husband aku tunjuk kat board tu arah ke kiri..kami pun berpatah balik ke kiri sehingga ke penghujung jalan...cuma ada sampai 6D sahaja..so betul la lady bawah tu bagi direction..apa punya directory ntah...mengelirukan habis..sudahnya memang jumpa di hujung sebelah kanan...
Tapi malangnya BFF aku si KArni ni dah tak de kat bilik..dia ke nursery coz anak dia dah kena jaundice..pagi tadi masuk untuk fototerapi,dia gi sana utk BF baby Khayla..lama gak aku tunggu then dia tepon suruh ikut adik dia ke nursery..aku pun gi seorg je, Aisy tinggal ngan babah dia...
Hampir 1/2 jam aku kat dalam nursery tu tengok baby Khayla BF..tapi biasa la..baru2 ni baby bukan rajin sgt nak hisap pun..hisap sikit dah tak nak, nak tdr je..tak biasa lagi, lagi satu baby ni nak yang terus masuk dalam mulut dia tanpa perlu dia usaha menghisap..ni macam Aisy la dulu..sama je..susu botol lebih cepat..
Prince Court Medical Centre
Ruang lobi macam hotel
Siap ada penyambut tetamu cam hotel yang akan give direction kat korang bila datang. Yang aku suka, yang lelaki pakai baju Melayu atau pun perempuan Baju Kurung Kedah
Tempat parking yang ada 3 basement yg mana kitorang tak ingat park kat basement mana..hahaha
Bilik pesakit yang sebijik cam hotel...kalau masuk,confirm boleh baik terus coz terlalu selesa
Aku tak berani mendukung baby Khayla kerana dah lama sangat aku tak dukung baby..aku tak biasa dukung baby, Aisy hari tu pun aku tak pandai sangat..ini bila tengok baby Khayla yang kecik lagi pada Aisy, lagi aku takut nak dukung..tunggu baby besar sikit baru aunty dukung ye...takut baby tak selesa...
Bila baby dah tak nak hisap, kami ke bilik KArni lak..borak2 ngan dia..Aisy aku bawa ke dalam..husband aku tinggal di luar kerana husband KArni jugak tak de...Aisy melasak je dalam bilik tu, lagi seronok bila ada 2 orang boleh panggil aunty je coz sebaya ngan adik aku tapi aku panggil kakak je untuk Aisy layan dia melasak...betul2 lasak dan tak takut orang sungguh anak aku ni...
Jam mencecah 5.30 pm kami keluar dari Prince Court..kasihan by by, terlena sampai mata merah2..pada hal tidur malam tadi bukan main awal lagi...tak kerja pun hari ni...dia kata penat dan ngantuk, boleh ubat dengan main bole je..hampeh tul jawapan dia...drop adik karni & her friend kat stesen putra kat Ampang PArk, kami bertolak pulang..husband aku call adik dia tanya kat mana...bermula la drama BIL aku ni...
Van rosak la, kena masuk bengkel. Tadi kata kerja sekarang van lak rosak..akal betul..semua nak lepas kat husband aku..pada hal dia bujang lagi...tak de tanggungan apa2..ni yg aku tak berapa suka...aku ingat nak bawa Aisy pergi KLCC coz Aisy dah umur 9 bulan tapi kami tak pernah bawa dia jalan2 sekitar KL ni..kasihan anak aku...terpaksa la pulang dengan hati yang sangat kecewa..sangat2...
Sampai di rumah jam sudah menunjukkan pukul 6.20 pm..husband aku tak fikir apa kecuali dapat bermain bola...Aku? Banyak benda nak buat...nak sidai kain yang masih di dalam bakul, nak mandikan Aisy dan banyak lagi la...(beza betul mak aku & MIL ni: kalau mak aku, apa sahaja dia tengok berkenaan dengan Aisy terutama baju,lipat ke, jemur ke..basuh je tak lepas aku dah habis pantang..pasti dia akan tolong..tapi bukan MIL aku..kurang concern dengan cucu agaknya..tak mengharap,cuma kat sini boleh nampak perbezaan antara mak aku & MIL aku..sebab tu juga beza aku & adik beradik ngan husband & adik beradik dia...) Moral of the story, aku akan pastikan Aisy diberi pendidikan dan diasuh seperti mana acuan aku dan bukan acuan husband aku...
Kat sini gak dapat dibuat kesimpulan, Aisy tak kenal nenek dia dan sentiasa merengek..semua tak nak kecuali ingin berada di dalam dukungan aku...sudahnya, bila aku siap mandikan dia, aku hanya menemani Aisy di dalam bilik kerana aku tak tahan dengar dia merengek..kerana aku pasti kalau rengekan dia lebih lama, dia pasti akan selesema..Dalam bilik apa dia buat? Melasak dan bermain dengan lap top aku...hampir dimusnahkan lap top aku dibuatnya...Bila dia merengek nak susu aku keluar tengok MIL & SIL aku tak de,dalam bilik kot coz dah masuk waktu Maghrib,baru lah aku tengok Aisy dengan beraninya berjalan ke hulu ke hilir dengan walkernya....Bermain buka tutup almari..itulah kerja dia sejak pandai dan tau apa itu buka dan tutup...
Malam ni kami berdua berdua-duaan lagi kerana husband aku kuar dengan MIL, SIL & BIL aku...suka hati la..tak kisah pun..kami makan dan bermain berdua je..yang syok, dapat tengok bola semi final yang kedua-- vietnam vs malaysia...kekal agg 2-0..malaysia mara ke final..alhamdulillah....
Pulangnya mereka jam dah kul 11.00 pm..aku baru je nak mandi coz tak sempat pun nak mandi petang tadi...aku serahkan Aisy pada husbnad aku..biar lah dia merengek ke, menangis ke..aku dah tak larat....aku perlu solat dan mandi...
Dalam bilik kedengaran Aisy mengekek ketawa, tadi sempat aku tengok dia bergelak ketawa dengan BIL aku..Aisy ni pilih orang jugak..bukan semua orang dia nak..tapi aku tak suka bila dia banyak sangat ketawa coz pasti dia akan mengigau dalam tidur..menangis tak berhenti, itu yang pasti..sudahnya, memang betul malam tu Aisy mengigau, menangis tak berhenti2..mata celik tapi sebenarnya dia tidur...hahaha..ubatnya, basuh muka dengan selawat sebanyak 3x...alhamdulillah..tidur semula si kecik ni....
Note : Lain kali, jgn ketawa banyak sangat ye Aisy..yang susah hati, mama jugak....
No comments:
Post a Comment