Monday, December 13, 2010

Kenduri Kahwin, Majlis Tahlil dan Majlis Bacaan Yassin

Hujung minggu kali ni penuh dengan kenduri-kendara...Hari Sabtu sahaja ada 2 kenduri yang perlu aku hadiri...

Majlis perkahwinan anak jiranku berlangsung dengan meriah..buat pertama kalinya di kampung aku menggunakan khidmat katering...so suasana tu berbeza sikit yang mana makcik2 kat kampung semuanya hanya melaram dan turun pada tengahari untuk makan sahaja...tapi yang syoknya kenduri rumah dia bukan apa..ada air cendol&tebu yang lori tu dan aiskrim...makan memang kurang sedap sikit..tapi gembira coz dapat makan cendol..hahaha... Selamat pengantin baru kepada Ferol & Miera ye..semoga sampai ke akhirat...

Balik ke rumah sekejap dan terus ke Kampung Ulu Gali ke rumah mak sepupu aku yang telah kematian suaminya akibat ulser usus..kenduri 40..so hari ini akan ada orang mengaji satu Al-Quran tu..kami ambik keputusan pergi petang supaya dengan harapan sudah tiada rang lain di rumahnya coz jalan masuk ke rumahnya gaka sempit..hanya sebuah kereta sahaja boleh lalu..sudahnya bila kami sampai terlalu ramai lagi orang dan majlis tahlil baru sahaja selesai...aku tak menjamah makanan kerana perutku terlalu kenyang...

Dulu waktu aku masih di universiti, aku pernah beraya rumah mak sepupu aku ni, tengok puding yang warna-warni yang cantik, aku dan adik menjamah..bila rasa macam lain macam tapi sebab dah ambik kami habiskan..sudahnya bila balik rumah, aku dan adik mengalami cirit-birit, muntah dan demam teruk selma 2 hari...sejak tu aku dan adik macam fobia jugak nak makan apa2 yang dia bagi kat kami...mak pun tak bagi sangat kami makan sebab apa yang kami berdua alami tu teruk sangat..bimbang jika berulang kembali...

Kehidupan makcik aku ni kira susah jugak la..dia mempunyai enam orang anak, 3 perempuan yang di atas, alhamdulillah..lahir dengan normal cuma aku tak ingat salah seorang pernah menghidapi leukimia...yang lagi 3 anaknya,insan istimewa kurang upaya...aku pun tak tau..tak pernah bertanya..cuma aku tau makcik aku ni kahwin dengan pakcik yang pangkat anak dengan dia..kata orang sebab darah anak boleh jadi tak sihat...aku pun tak tau..kan islam tu jugak lebih menggalakkan perkahwinan yang jauh supaya lebih meramaikan sedara...kalau kahwin sedara, tak kemana pun..pi mai pi mai, tang tu jugak...

Tutup kisah majlis semalam...cuma aku berdoa semoga segala kesusahan K.Limah menjaga anak2nya yang istimewa itu dipermudahkan....apa akan jadi jika K.Limah dah tak ada dan anak2 perempuanya sudah berkahwin..siapakah yang akan menjaga anak2nya yang tiga orang tu...semoga segalanya dipermudahkan....

Hari ahad lak majlis bacaan yassin kat rumah mak aku...ni untuk aktiviti kelab wanita kampung aku je..tiap2 tahun pun bermula kat rumah aku...tapi bila dah masuk 4 kali ahli dah berkurangan dan terus tak de...mula2 je ramai...ni la dia..bila majlis ilmu mesti tak dapat sambutan...kalau aku, aku suka mengikuti majlis begini...cuma aku tak puas hati, makcik2 kat kampung aku ni mengaji bukanlah bacaanya betul sangat...tak sepatutnya ada lead bila baca tak berapa betul kecuali memang ada seorang guru agama yang boleh membetulkan bacaan tu...

Perlu ambil tindakan ye JKK Wanita Kampung RTP Lembah Klau untuk improvekan lagi bacaan tu...

No comments:

Post a Comment