Dua hari berhujung minggu di kampung adalah perkara yang amat-amat aku suka..i lke it..suka suka suka...walaupun masa tu macam tak terkejar bila berada di kampung, tapi itu sungguh membahagiakan..
Hari Asyura, 10 Muharram, bukan sahaja disunatkan berpuasa tapi juga biasanya kampung aku juga meriah dengan bubur asyura. Biasanya family kitorang akan buat kat rumah share ngan jiran2 kat rumah dan yang lagi satu part buat satu kampung. So dua kali mak pergi kacau bubur asyura.
Bubur asyura resipi mak aku adalah bubur asyura yang berempah..yummy, sedap betul..i like it..tambah lak kalau yang baru je masak yang masih lagi lebik2 kat dalam kawah tu...panas2 pun dah cedok dalam pinggan then makan ngan sudu..sedap sungguh...kalau yang kampung aku lak yang warna kelabu dan rasa dia manis-manis je..sedap lagi resepi mak..manis2 dan pedas..sedapnya...
Sabtu, 25.12.2010 berlangsungnya Festival Asyura peringkat negeri Pahang kat Felda Lembah Klau, Raub, Pahang. Sebelah kampung aku je..kampung aku sendiri menghantar 4 penyertaan. setiap group ada 5 orang. Bila daftar je JKIP pun dah bagi RM500 untuk penyertaan.
Pertandingan mak yang masuk, tapi yang bersengkang mata menyediakan alat2 hiasan dan peralatan kami adik beradik. Sekejap kuar ke bandar Raub untuk beli barang tak cukup, tak tidur malam menyiapkan hiasan meja..kelakar lak..itu yang aku cakap ngan adik aku, rugi tul, kalau kita masuk buat satu team pun dah cukup. tapi duit RM500.00. Berbaloi apa balik kampung...hahaha, tapi betul apa...
Pertandingan ni bermula seawal 8.00 pagi tapi aku gi sana pun dalam kul 11.00 lebih..tak dok lama pun coz mata Aisy macam tak boleh buka, macam ngantuk gila..pastu berpeluh dia tak tau la...basah habis baju,panas la katakan..kul 12.00 lebih kami balik..waktu kami datang tu, pasukan mak dah sipa masak pun..tapi ada gak yang belum siap...
Festival ni disertai oleh pelbagai persatuan, pelbagai daerah..maklum la, peringkat negeri Pahang. Tak silap aku ada 60 lebih team yang sertai..tapi mak aku tak menang pun...yang menang 1st persatuan isteri2 Bomba, MPK Kuantan tempat kedua, Third aku tak ingat la...
Apa yang kami dapat, penat tapi happy...dapat makan bubur asyura yang yummy yummy yummy..yang aku terkejut gak bila aku tengok husband aku pun dah terikut2 macam aku yang makan bubur asyura waktu panas...tapi dia bukan panas je, yang aku simpan dalam peti pun dia belasah makan..macam suka lak...dulu mula2 kahwin dia tak suka pun makan...macam2 la....
No comments:
Post a Comment