Cuti hujung minggu yang menyeronokkan dan yang pasti adalah rasa macam tak cukup je masa tu...Hujung mingguku biasanya memang dihabiskan di kampung bersama mak dan adik2 ku..aku lebih rasa selesa di hutan yang hijau berbanding hutan bandar di kota Kl yang gah dengan nama aje..tapi pada ku tak de langsung kedamaian dan ketenangan...
Aisy sekarang dah nak masuk 9 bulan tapi lasaknya dia aku pun tak tau la...lebih pada budak yang boleh berjalan..merangkak ke merata tempat..tapi dah kurang merangkak sikit bila dah pandai duduk dan dah pandai memanjat untuk bangun...badan pun dah makin susut...
Tidurnya juga agak lewat sekarang..kalau jam tak menunjukkan 1.00 am dan tidak dipaksa tidur dengan menakut-nakutkan dia mesti selagi itulah dia akan ligat merangkak dan memanjat..dia akan berbaring di bantalnya dan perlukan susu bila kita sudah padamkan lampu dan sebut takut,takut.takut...mesti dia takut dan akan berbaring di bantalnya...takutkan juga dengan mengatakan ada cicak dan panggil cicak tu untuk ambik dia..confirm dia akan takut...hahaha..kelakar la aisy ni...
Tu cerita tentang tidur dia, ni cerita tentang memanjat dia lak...hobi dia sekarang memanjat badan siapa2 sahaja dan cuba untuk berdiri dengan tegak..bila dapat berdiri, sepatutnya dia memegang sambil bertatih tapi Aisy lebih advance dan nak lebih cepat agaknya..dia dengan memberanikan diri akan melepaskan kedua2 tangan dia...sudahnya dia pasti akan jatuh terduduk....tapi tak ada istilah give up pada dia..dia akan bangun lagi dan buat perkara yang sama berulang kali...inilah usaha anak kecil yang tak sabar nak berjalan...
Itu cerita usaha nak berjalan, ni lak cerita tentang kebolehan bertutur dia...sungguh sweet aisy ni..dia memang gemar dan pantang sangat dengan laptop..aku pun bagi je kat dia, malas nak berebut...bila dia suka2 tekan, sudahnya laptop aku pun terus gelap gelita..husband aku bukan main lagi takutkan kan dia..just cakap.."ha..ha..ha..tak tau..aisy buat..ha ha ha..tak tau..aisy buat" (dalam nada berlagu macam kita kecik2 dulu..Aisy apa lagi.."ha?..ha?..ha?..abah..abah"...hahaha..abah dia lak yang kena...kerana terlalu gatal gusi dia agaknya, dia selalu sangat kemam mulut dan menjelir lidah.."Siapa ajar Aisy jelir2 lidah ni?" Aisy jawab"Abah..abah"...hahahaha...memang naya la kalau itu je dia tau cakap...semua pun abah tak kira la baik ke buruk..kalau baik untung, kalau buruk, kan malu....
Tu cerita pasal 'abah'...ni cerita pasal hanphone lak...dari dia boleh meniarap lagi memang dia terlalu gemar dengan handphone tapi baru semalam dia menunjukkan satu lagi perkembangan...dia pegang handphone aku dan meletakkan ke telinganya..so aku saje je buat2 telefon dia..."Hello..hello..hello aisy".."eiyyo..eiyyo"..hahaha..itu je dia tau pun..tapi aku suka dan benda ni aku suka sangat buat kat dia..bila dia pegang je handphone aku akan buat2 telefon dia..wlaupun dia tak pegang handphone, ratle yang aku beli tu pun dia dah pandai buat konon2nya itu handphone..pandai anak mama..cepat betul aisy ni belajar kan...muah,sayang anak mama..
Hari jumaat dalam kereta sewaktu pulang ke kampung, Aisy ni suka sangat pegang mulut orang kalau orang tu bercakap..tak tau la sama ada dia suruh diam atau apa..aku pun tak tau...dia buat kat C.De dia, tapi sebab sakit sakit, c.De dia pura2 menagis..sudahnya dia menangis..kelakar la Aisy ni..so aku nak uji lak tadi bila dia tak nak pakai pampers...dia merangkak dengan lajunya...aku pun pura2 menangis...apa yang berlaku, aisy patah balik dan menghampiri aku sambil cuba untuk memujuk aku..dia memanjat badan aku dan memegang kepalaku sepertimana aku selalu buat kat dia bila dia menangis..peluk dan gosok kepala...anak mama dah besar, dah tau memujuk mama..
Bila tengok Aisy makin mengerti dengan apa yang berlaku di sekeliling, aku bersyukur kerana kau kurniakan aku zuriat sebijak ini..sesempurna ini..aku akan jaga amanah Mu ini dengan sebaiknya..cuma aku berharap kau kurnikanlah kesihatan yang baik buat Aisy dan panjangkan umur dia.. aku rela Kau ambil nyawa dan kesihatanku untuk kau gantikannya kepada anakku ini...amin....
No comments:
Post a Comment