Friday, January 15, 2016

Pendaftaran Darjah Satu Untuk Sesi/Tahun 2017

Pejam celik pejam celik Aisy tahun ni dah 6 years. Maka dengan itu banyak benda aku kena buat untuk tahun 2016 ni sebelum masuk 2017.

Yang paling penting bila tinggal di KL / Selangor ni, March ni last untuk register anak yang nak masuk standard 1. 

Aku dah register last year lagi dalam bulan Dec ke Nov..tak ingat. Sebab banyak benda nak fikir tau sebelum ambil keputusan sekolah mana dia nak sekolah.

Ni yang susah kalau kita kerja jauh dari rumah. Nak bawa anak sekolah dekat dengan tempat kerja, pukul berapa kita nak bangunkan diorang yang kecik-kecik tu. Kalau sekolah kat rumah, siapa nak ambil dan hantar dia ke sekolah petang pulak. Kesian kan..

Kalau Aisy nak sekolah sebelah office aku ni, paling lambat aku kena keluar dari rumah pukul 6.00 pagi. Buatnya jam, langsung anak aku lambat masuk sekolah kan! Buatnya aku MC ke, jauh bebenar nak hantar semata pulak kan. 

Sebab tu dengan berat hati aku pilihkan juga sekolah yang hanya 500 meter dari rumah. Aku masih boleh bangunkan dia pukul 7.00 pagi dan hantar sebelum loceng sekolah berbunyi. 

Masalah balik sekolah dan ke sekolah agama disebelah petang pulak, nanti aku usahakan macamana supaya aku dapat elak dari menggunakan perkhidmatan van sekolah. Kesian wei, kecik lagi nak naik van. Aku tak percaya sangat dengan van-van ni, tambah anak I kan perempuan.

So, aku mesti bertekad, sama ada ini tahun terakhir aku berkerja di sini atau tahun terakhir bekerja makan gaji. Aku perlukan satu perubahan. Tolong bagi idea untuk aku mulakan satu perniagaan dari rumah je...

Sesiapa belum daftar lagi, silalah ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 dan daftar sebelum Mac ye.

2 comments:

  1. Aku pun tengah pening camane la tahun depan Khayla dah nak masuk darjah 1 gak... Kalau sekolah petang, siapa nak siapkan dia pagi2, kalau sekolah pagi pulak, siapa nak ambik tengahari & nak hantar kat mana. Dilema ibu2 bekerja kan... Kalau berhenti kerja, boleh gak aku fokus hantar ambik, tengok2 kerja rumah ajar mana2 patut. Skrg ni pun, balik dah la lambat, nak siapkan makanan dieorg, make sure mandi lagi, make sure buat kerja rumah lagi, memang penat sesangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!!! Bukan setakat tu je..yang sekolah KAFA lagi. Sekarang wajib pergi sekolah KAFA tu, kalau tak nanti apa yang dia belajar kat sekolah rendah dia tak boleh nak faham sebab kat KAFA je diorang belajar details. Terutama bahasa Arab.
      Aku rasa kita kena buat kerja sendiri la. Macam tak percaya je kalau nak bagi naik van tu. Sekarang ni macam2 kes jadi. Apa kata kita fikir2 bisnes apa yang boleh jalan kau run kat sarawak aku run kat KL

      Delete