Thursday, January 14, 2016

Kelas Mengaji

Tahun 2016 ni sebenarnya aku nekad nak Aisy & Amni mengaji Al-Quran. Aku tak nak la harapkan Iqra' je yang diorang belajar di sekolah. Aku tak nampak keberkesanan Iqra yang boleh membawa kepada boleh membaca surah.

Dengan itu, maka bermulalah pencarian aku kelas mengaji untuk budak berdua tu sejak tahun lepas lagi. Aku bertanyakan ustazah yang ajar Iqra' di sekolah tu kot la diorang free malam boleh aku hantar budak berdua tu mengaji. Diorang tak free malam, boleh pun petang je. Diorang pun galakkan ajar guna kaedah Muqaddam macam kita kecik-kecik dulu. Itu sebenarnya cara yang menyeronokkan untuk anak-anak mengaji. Macam menyanyi gitew..

Berbincang dengan pemilik taska untuk arrangekan ustaz kat sebelah taska tu. Dia ajar malam start 8.00 malam tapi kami ni pakat-pakat nak hantar petang sebab budak-budak ni bukan buat apa pun waktu petang. Tapi ustaz tu nak kurang-kurang 10 orang la pulak. Budak taska yang 4 years above ni cuma ada 7 orang je..itu pun tak nak. Kalau tak nak..tak pe la...

Ada pilihan sama ada mengaji kat rumah dengan aku sendiri, atau C.Su datang rumah atau hantar rumah C.Su. Tapi kalau hantar rumah C.Su, budak2 ni nanti tak mengaji pun. Itu adik aku kata. Memang betul apa adik aku kata tu.

Isnin, aku nekad nak ajar diorang mengaji guna Muqaddam. Hari pertama Amni bersemangat, Aisy yang macam-macam alasan tak nak baca tapi baca jugak.

Hari kedua, Amni terus tak nak mengaji bila aku betulkan bacaan dia tiga kali. Dia ni memang dari kecik tak boleh tegur apa dia cakap salah, nanti dia tak nak bercakap. Aisy bersemangat membaca bila aku letakkan hukuman kepada Amni no more Youtube sebab dia tak mengaji sehingga dia mengaji semula. Bagi siapa yang rajin baca, aku akan bagi reward Disney Frozen magicclip yang jadi impian budak berdua tu.



Hari ketiga, budak berdua tu belum pukul 8.00 lagi dah sibuk nak mengaji tapi aku kata pukul 8.00 sebab aku nak siapkan makan malam dulu, nak mandi, nak solat, nak kemas kain yang angkat dari jemuran dan yang penting nak curi-curi tengok Cinta Si Wedding Planner dulu. Hehehe...

Hari keempat, dengan gatal tangan aku dah order set magicclip tu untuk bagi reward kalau diorang boleh baca dengan pantasnya...

Tapi diorang memang cepat sangat boleh baca guna Muqaddam ni. Semalam pun dah habis untuk baris dua di atas, di bawah dan di hadapan. Dah start masuk huruf bertemu lam alif sabdu di atas. Memang boleh baca tapi hari ini akan repeat lagi.

Kalau ikutkan Iqra', diorang tak kenal pun lagi huruf sabdu ni. Diorang dah level dua tapi baru belajar huruf sambung untuk baris satu di atas.

Aku harap ini usaha aku yang kedua yang akan terus kekal bersemangat sepertimana aku sediakan bekal. Ini adalah 2016 yang penuh ketegasan dan disiplin buat aku dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment