Wednesday, January 13, 2016

Bekal Anak Ke Sekolah

Salam..

Dengan azam minggu kedua persekolahan, hari ke lima anak sekolah, aku nekad untuk bangun seawal 5.00 pagi untuk sediakan bekal diorang.

Minggu pertama cuma tiga hari sekolah (start rabu), balik pun pukul 10.30 pagi je. Lagi pun anak tak nak apa-apa bila tanya diorang.

Tapi bila hari keempat, diorang balik pukul 11.30 dan sampai di taska pun dalam pukul 12.00, maka perut mereka sangat lapar.

Maklum la..sekolah anak I ni tak ada menu berat. Setakat makan biskut dan kuih2 je uolls..percaya tak?

Update : 19 May 2016,
Sorry ye..pembetulan di atas. Bukan tak ada menu berat tapi seminggu sekali sahaja menu berat dan sekarang sudah ditukarkan kepada hari Rabu. (saya dah mention sebenarnya kat atas dalam jadual menu cadangan tu. Boleh rujuk) Sorry ye...

Maka aku dengan bersemangat nak siapkan bekal anak-anak. Tanya diorang nak makan apa untuk bekal.

Anak-anak aku ni bukan makan semua benda, so tak boleh la nak berbento yang cantik-cantik tu. Kalau buat jugak, namanya membazir sebab semua tu akhirnya ke tong sampah. 

So, kita prepare apa yang diorang nak makan dan minum je.

Menu untuk Isnin : Nasi lemak + telur rebus (dalam cadangan)

Menu untuk selasa : Nasi goreng + sosej + telur dadar

Menu untuk Rabu : Beehon goreng + Fries + Nugget

Menu untuk Khamis : Belum tau sebab biasanya hari Khamis ada makan berat. Tapi kena prepare yang light2 jugak.

Menu untuk Jumaat : Nasi Ayam (Dalam cadangan)

Semoga semangat aku ni tak terpadam di tengah jalan.

Boleh je nak buat semua ni janji aku kena tetapkan tidur sebelum 11.00 malam dan berniat nak bgn bersolat tgh malam. Tak de la tengah malam mana pun..pukul 5.00 je pun. Tafakur sebelum Subuh..

2 comments:

  1. GA ade menu berat 3x seminggu..how come u cakap xde makanan berat ?? sedangkan u sendiri mention ari khamis ada menu berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ye tuan / puan,..ini berdasarkan apa yang saya tanya anak saya dan teacher yang mengajar di sana. Hanya sekali seminggu dan sekarang sudah di ubah ke hari Rabu. Mungkin cara penulisan saya salah dan saya minta maaf. Saya akan betulkan mengenai entry saya ni. Terima kasih ye di atas teguran.

      Delete