Saturday, January 16, 2016

Alat Bantu Mengajar

Kalau zaman aku dulu panggil ABM la kot..maklum la..aku ni bukanlah cikgu sekolah. Sekarang aku tak tahu la cikgu-cikgu panggil apa dengan ABM ni.

Baru sekolah masuk minggu kedua dan masih lagi dalam minggu orientasi, tapi Aisy dah menangis-nangis bila nak pergi sekolah. Dia buat hal lagi...huhuhu...

Dia kata dia tak pandai tulis dan teacher dia marah. Aku pun nekad jumpa teacher dia kenapa la Aisy sampai menangis-menangis ni.

Mak bayar yuran mahal-mahal tak mau sekolah pulak. Dah la bayar setahun kot...huhuhu

Teacher dia kata diorang tak start belajar lagi. Cuma buat revision yang lepas-lepas je. So dia panggil Aisy dan tanya apa tugas Malaikat Jibril. Dia tak boleh jawab, dah bagi kelu pun tak tahu jugak. Yang dia tahu cuma menangis.

Ok..fine..nampak di sini anak I memang lemah bab agama macam mama dia jugak. I ni kureng sikit bab-bab agama ni. Tanyalah tentang nama2 malaikat ke..nama nabi ke..mukjizat nabi ke..sepatah haram aku tak ingat. Yang glamour aku tau la...

So, nampak di situ aku perlu melakukan tindakan plan kecemasan. Jangan sampai anak lemas bersama emaknya. Hehehe..

Aku perlu sediakan satu ABM yang boleh diorang minat nak baca dan hafal serta ingt. Any idea? Comment la..

Friday, January 15, 2016

Pendaftaran Darjah Satu Untuk Sesi/Tahun 2017

Pejam celik pejam celik Aisy tahun ni dah 6 years. Maka dengan itu banyak benda aku kena buat untuk tahun 2016 ni sebelum masuk 2017.

Yang paling penting bila tinggal di KL / Selangor ni, March ni last untuk register anak yang nak masuk standard 1. 

Aku dah register last year lagi dalam bulan Dec ke Nov..tak ingat. Sebab banyak benda nak fikir tau sebelum ambil keputusan sekolah mana dia nak sekolah.

Ni yang susah kalau kita kerja jauh dari rumah. Nak bawa anak sekolah dekat dengan tempat kerja, pukul berapa kita nak bangunkan diorang yang kecik-kecik tu. Kalau sekolah kat rumah, siapa nak ambil dan hantar dia ke sekolah petang pulak. Kesian kan..

Kalau Aisy nak sekolah sebelah office aku ni, paling lambat aku kena keluar dari rumah pukul 6.00 pagi. Buatnya jam, langsung anak aku lambat masuk sekolah kan! Buatnya aku MC ke, jauh bebenar nak hantar semata pulak kan. 

Sebab tu dengan berat hati aku pilihkan juga sekolah yang hanya 500 meter dari rumah. Aku masih boleh bangunkan dia pukul 7.00 pagi dan hantar sebelum loceng sekolah berbunyi. 

Masalah balik sekolah dan ke sekolah agama disebelah petang pulak, nanti aku usahakan macamana supaya aku dapat elak dari menggunakan perkhidmatan van sekolah. Kesian wei, kecik lagi nak naik van. Aku tak percaya sangat dengan van-van ni, tambah anak I kan perempuan.

So, aku mesti bertekad, sama ada ini tahun terakhir aku berkerja di sini atau tahun terakhir bekerja makan gaji. Aku perlukan satu perubahan. Tolong bagi idea untuk aku mulakan satu perniagaan dari rumah je...

Sesiapa belum daftar lagi, silalah ke Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 dan daftar sebelum Mac ye.

Thursday, January 14, 2016

Kelas Mengaji

Tahun 2016 ni sebenarnya aku nekad nak Aisy & Amni mengaji Al-Quran. Aku tak nak la harapkan Iqra' je yang diorang belajar di sekolah. Aku tak nampak keberkesanan Iqra yang boleh membawa kepada boleh membaca surah.

Dengan itu, maka bermulalah pencarian aku kelas mengaji untuk budak berdua tu sejak tahun lepas lagi. Aku bertanyakan ustazah yang ajar Iqra' di sekolah tu kot la diorang free malam boleh aku hantar budak berdua tu mengaji. Diorang tak free malam, boleh pun petang je. Diorang pun galakkan ajar guna kaedah Muqaddam macam kita kecik-kecik dulu. Itu sebenarnya cara yang menyeronokkan untuk anak-anak mengaji. Macam menyanyi gitew..

Berbincang dengan pemilik taska untuk arrangekan ustaz kat sebelah taska tu. Dia ajar malam start 8.00 malam tapi kami ni pakat-pakat nak hantar petang sebab budak-budak ni bukan buat apa pun waktu petang. Tapi ustaz tu nak kurang-kurang 10 orang la pulak. Budak taska yang 4 years above ni cuma ada 7 orang je..itu pun tak nak. Kalau tak nak..tak pe la...

Ada pilihan sama ada mengaji kat rumah dengan aku sendiri, atau C.Su datang rumah atau hantar rumah C.Su. Tapi kalau hantar rumah C.Su, budak2 ni nanti tak mengaji pun. Itu adik aku kata. Memang betul apa adik aku kata tu.

Isnin, aku nekad nak ajar diorang mengaji guna Muqaddam. Hari pertama Amni bersemangat, Aisy yang macam-macam alasan tak nak baca tapi baca jugak.

Hari kedua, Amni terus tak nak mengaji bila aku betulkan bacaan dia tiga kali. Dia ni memang dari kecik tak boleh tegur apa dia cakap salah, nanti dia tak nak bercakap. Aisy bersemangat membaca bila aku letakkan hukuman kepada Amni no more Youtube sebab dia tak mengaji sehingga dia mengaji semula. Bagi siapa yang rajin baca, aku akan bagi reward Disney Frozen magicclip yang jadi impian budak berdua tu.



Hari ketiga, budak berdua tu belum pukul 8.00 lagi dah sibuk nak mengaji tapi aku kata pukul 8.00 sebab aku nak siapkan makan malam dulu, nak mandi, nak solat, nak kemas kain yang angkat dari jemuran dan yang penting nak curi-curi tengok Cinta Si Wedding Planner dulu. Hehehe...

Hari keempat, dengan gatal tangan aku dah order set magicclip tu untuk bagi reward kalau diorang boleh baca dengan pantasnya...

Tapi diorang memang cepat sangat boleh baca guna Muqaddam ni. Semalam pun dah habis untuk baris dua di atas, di bawah dan di hadapan. Dah start masuk huruf bertemu lam alif sabdu di atas. Memang boleh baca tapi hari ini akan repeat lagi.

Kalau ikutkan Iqra', diorang tak kenal pun lagi huruf sabdu ni. Diorang dah level dua tapi baru belajar huruf sambung untuk baris satu di atas.

Aku harap ini usaha aku yang kedua yang akan terus kekal bersemangat sepertimana aku sediakan bekal. Ini adalah 2016 yang penuh ketegasan dan disiplin buat aku dan anak-anak.

Wednesday, January 13, 2016

Bekal Anak Ke Sekolah

Salam..

Dengan azam minggu kedua persekolahan, hari ke lima anak sekolah, aku nekad untuk bangun seawal 5.00 pagi untuk sediakan bekal diorang.

Minggu pertama cuma tiga hari sekolah (start rabu), balik pun pukul 10.30 pagi je. Lagi pun anak tak nak apa-apa bila tanya diorang.

Tapi bila hari keempat, diorang balik pukul 11.30 dan sampai di taska pun dalam pukul 12.00, maka perut mereka sangat lapar.

Maklum la..sekolah anak I ni tak ada menu berat. Setakat makan biskut dan kuih2 je uolls..percaya tak?

Update : 19 May 2016,
Sorry ye..pembetulan di atas. Bukan tak ada menu berat tapi seminggu sekali sahaja menu berat dan sekarang sudah ditukarkan kepada hari Rabu. (saya dah mention sebenarnya kat atas dalam jadual menu cadangan tu. Boleh rujuk) Sorry ye...

Maka aku dengan bersemangat nak siapkan bekal anak-anak. Tanya diorang nak makan apa untuk bekal.

Anak-anak aku ni bukan makan semua benda, so tak boleh la nak berbento yang cantik-cantik tu. Kalau buat jugak, namanya membazir sebab semua tu akhirnya ke tong sampah. 

So, kita prepare apa yang diorang nak makan dan minum je.

Menu untuk Isnin : Nasi lemak + telur rebus (dalam cadangan)

Menu untuk selasa : Nasi goreng + sosej + telur dadar

Menu untuk Rabu : Beehon goreng + Fries + Nugget

Menu untuk Khamis : Belum tau sebab biasanya hari Khamis ada makan berat. Tapi kena prepare yang light2 jugak.

Menu untuk Jumaat : Nasi Ayam (Dalam cadangan)

Semoga semangat aku ni tak terpadam di tengah jalan.

Boleh je nak buat semua ni janji aku kena tetapkan tidur sebelum 11.00 malam dan berniat nak bgn bersolat tgh malam. Tak de la tengah malam mana pun..pukul 5.00 je pun. Tafakur sebelum Subuh..

2016...Aku Datang...

Salam...

Selamat datang tahun 2016..

Selamat jalan tahun 2015..

2016, banyak yang perlu diperbaiki

2015 banyak perkara yang terkubur

2016 perlu lebih tegas dengan diri sendiri

2016 perlu lebih rajin dan buang sikap malas

2016 perlu lebih berdisiplin

2016 akan aku jadikan satu titik permulaan perjuangan yang belum selesai..

Jom kita serang 2016