Tahun baru datang lagi tapi setiap tahun pun aku tak ada tekad yang bermatlamat. Apakah itu? Aku tak ada wawasan diri kot. Hahaha
Penutup tirai 2012 hanya berakhir kat rumah dengan menyaksikan bunga api dari tingkap rumah je dengan dua budak kecik tu. Belium masanya nak bawak mereka tengok bunga api secara live.
Permulaan baik tahun 2013 adalah anak-anak senang ajak tidur. Hohoho...Ini sudah cukup menggembirakan aku.
Lepas je tengok bunga api, just ajak mereka tidur coz aku dah mengantuk, dengan mudahnya budak dua orang tu dengar cakap dan terus tidur. Dapatlah aku tidur dengan lena sampai ke Subuh. Alhamdulillah
Tidur je senang tapi bab pakai baju anak aku yang seorang tu masih tak berubah. Budak Aisy tu masih lagi dengan perangai baru dia yang hampir 4 bulan kot yang memilih baju nak pakai.
Memilih baju nak pakai baju cantik-cantik tak pe. Ini dia nak pakai baju lama-lama yang dah sendat, senteng dan nampak pusat. Kalau senteng baju baru dan cantik lagi tak jugak, ini baju yang dia pakai waktu umur dia belum setahun, so baju tu boleh imagine kan macamana. Masih lagi baik cuma gambar pooh tu macam dah tercabut sikit printing color dia.
Mana dia dapat? Dalam tong baju yang aku simpan baju lama-lama dia. Menangis-nangis tak nak pakai baju lain, tak makan dipujuk. Sudahnya angkut je lah dia berjalan sama. Mujurlah tak buruk mana, cuma tak cantik je.
Itu kira ok la, kalau tak dia nak pakai baju tidur yang gambar angry bird yang beli kat pasar malam tu. Baju tu sangatlah buruk coz dia tumpahkan minyak gamat. So, imagine kesan minyak gamat yang tak hilang (tompok hitam) kat baju tapi still nak pakai.
Bukan tak nak buang semua baju-baju buruk tu, tapi sebab perangai dia yang suka mengamuk dan menangis tak sudah-sudah tu, jadi malas nak cari pasal dengan dia. Bila dia nak pakai, pakai je lah. Janji pakai kat rumah sudah lah.
Sebenarnya berjalan-jalan semalam adalah reward sepatutnya bagi kat dia coz pergi nursery monday tu. Tapi sebab dia menangis tak nak pergi, aku bawa je dia ke office. Itu yang dia paling suka.
Sepatutnya reward tak dapat, punishment yang dapat tapi kami pergi jugak berjalan-jalan bawa budak-budak tu. Dengan baju kurang cantik lak tu. Mujur sahaja kami pergi ke KWC & VIVA home saje.
Tapi bila sampai kat KWC, belikan dia gown yang polkadot & panjang macam princess. Terus nak pakai. So tukar baju dia dari kurang cantik ke cantik.
Dia sukakan baju / kain jenis english cotton & kalau ada polkadot lagi dia suka. So, dah tahu taste dia.
Kat VIVA home menagis-nangis nak naik mainan yang masuk RM 0.50 2x tu. Cari-cari syiling langsung tak de yang 50 sen tu. Punya lah pujuk pun tak makan saman. Adik aku terpaksalah tanya orang yang ada kat sekeliling tu nak tukar duit.
Bila dah dapat main sekali, tak nak balik lak. Pujuk punya pujuk dia nak pergi kat centre shopping complex tu yang ada stage & Christmas tree tu. Bukan main seronok lagi dia menari-nari atas stage sampai tak nak balik.
Bila masuk je kereta, terus tanggal baju gown dan pakai baju kurang cantik dia tu. Tak selesa agaknya. tak kisahlah coz dah nak balik kan.
Balik, terus tidur,,,...bangun sekejap, makan pun sikit je, minum susu sebotol terus tidur. Senang je, ajak tidur terus tidur. Amni jugak yang susah nak tidur. Budak kecik seorang ni belum boleh bercakap, kalau tak aku rasa perangai dia pun sama je.
Pagi tadi, dengan paksanya telah mendukung dia ke nursery. Meraung dia tapi aku tak boleh kalah lagi dengan dia, kena tegas sikit. Aku ingat aku je yang sedih, bila keluar tengok muka husband aku pun aku tahu dia tak sampai hati.
Kalau lah kita ni banyak duit, mama duduk rumah jaga korang berdua je lah wahai anak, So, mama tahu yang korang berdua selamat.
No comments:
Post a Comment