Thursday, December 27, 2012

Aku Ibu Yang Gagal

Buat pertama kalinya aku menangis sebab aku rasa aku telah gagal menjadi seorang ibu. Atau aku tak layak sebenarnya untuk menjadi ibu. Aku tak ada bakat untuk untuk mengasuh anak-anak kecil. Dan semua tu telah menggagalkan aku sebagai ibu. Huhuhu...

Sejak dua menjak ni, Aisy bertambah nakal. Mudah menangis, kuat bergaduh dengan adik dia, dengan kawan-kawan dia. Dan aku rasa dia tak boleh dikawal langsung. Tiada satu arahan pun dia nak dengar.

Rumah akan senyap kalau dia tidur lena. Kalau dia tak tidur lena, dia akan menganggu satu rumah dengan igauan dia yang melampau-lampau.

Sebab perangai nakal di rumah, dia terbawa-bawa ke nursery atau dari nursery bawa ke rumah aku pun tak tahu. Yang aku tahu Aisy dari kecik memang sangat susah nak mendengar kata.

Minggu lepas satu cubitan hinggap di peha kirinya ketika makan di nursery. Memang tabiat dia kalau dia terasa sesuatu makanan selain nasi atau ikan / ayam masuk ke mulut, dia akan meluahnya walaupun hanya sedikit sebisan bawang.

Yang menjadi kemarahan penjaga dia mungkin sebab dia telah meluahkan makanan tersebut ke dalam pinggan kawan dia. Aku bertanya sama ada itu cubitan sebenar atau buat-buat cubit. Penjaga tersebut kata dia buat-buat cubit.

Yang menjadi masalahnya, Aisy sudah mula bersuara tak nak ke nursery. Kalau sebelum ni pujuk-pujuk pun dia akan pergi tapi tidak kali ni.

Setelah dua hari untuk minggu ni tinggal dengan mak aku, pagi ni mak aku telah pulang ke kampung dan aku juga tak benarkan mereka bawa balik Aisy. Dia anak aku, biar susah macamana nak jaga, aku tak nak susahkan orang lain.

Tapi pagi tadi dia meronta-ronta tak nak ke nursery dengan alasan sakit kena cubit. Pujuk punya pujuk, dia nak ikut C.Su dia ke office. Salam dengan aku pun tak nak coz takut aku dukung dia bawa ke nursery. Sedih betul...dah lah banyak malam dah dia tak nak tidur dengan aku...

Tak sampai setengah hari, dia telefon kata nak balik duduk dengan mak. Sudahnya adik aku buat keputusan nak hantar dia balik kampung je tengah hari tadi coz dia dah menangis-nangis kat office. Aku pujuk nak bawa ke office aku pun dia tak nak.

Sedih rasanya...aku rasa aku telah gagal untuk kesekian kalinya untuk menjadi insan yang bergelar ibu. Aku tak berjaya nak jaga dia dengan sebaik-baiknya. Jika aku tahu aku tak berjaya seperti hari ini, dan masa itu boleh diputarkan kembali, aku akan kembali ke zaman aku belum berkahwin. Dan aku akan buat keputusan untuk tidak berkahwin supaya aku tidak berdosa kerana gagal menjaga amanah Alllah ini dengan sebaiknya.

Aisy, Amni..dua-dua anak mama yang paling mama sayang. Mama berjanji akan perbaiki segala kelemahan yang ada sebelum terlambat. Berilah peluang pada mama untuk menjadi ibu kalian berdua.

4 comments:

  1. Salam Fizah..just a small thought. Mgkn ko terlalu memberi kelonggaran kepada Aisy bila ko byk melepaskan dia kepada mak n adik beradik ko. Dia cucu sulung in ur family so of coz nenek n mak sedara akan manjakan dia. Ko tau la most of the time bila nenek/atuk yg jaga cucu ni tendency utk spoil adalah tinggi.

    ReplyDelete
  2. Em..tu la pasal. Hari ni aku dh paksa dia ke nursery. Sedih bila tengok dia meronta-ronta sambil meraung. Husband aku pun cam tak sampai hati, kami siap tunggu lama kat luar. Anak ko ok x?

    ReplyDelete
  3. Hayfa mmg x hantar pi nursery..mak aku yg jaga. Tapi dia xde la manja sesgt dgn mak ayah aku. Sbb x dimanjakan sgt. Cuma dia sgt degil..

    ReplyDelete
  4. Aisy adalah sangat tak nak dengar kata. Betul orang cakap, kalau anak girl better ikut muka ayah, baru sejuk. Kalau muka ikut mak, ini lah yang jadi.
    Untung jugak diorang tak manjakan hayfa, kalau tak dia mesti sama je macam Aisy.

    ReplyDelete