Korang pernah kena sumbat kekabu dalam mulut tak? Macam kena dera je kan bunyi nya kan. Biasa kalau maam ni mesti ingat aku dera anak la kan. Maklumlah, anak aku kan nakal-nakal kan.
Sekarang ni, aku yang kena dera dengan Aisy. Malam tadi megantuk sangat-sangat (eleh, tiap-tiap malam pun kau ngantuk nak tidur). Sebab budak kecik lagi seorang tu (Amni) nak tidur, aku pun tidurkan dia.
Bila dia tidur, datanglah pulak si kakak ni yang tak jadi nak tidur ngan C. Su dia. Nak tidur ngan aku lak. Bila dia nak tidur, macam macam dia mintak. Mintak ambikkan "bantal buruk" (bantal busuk dia yang dalam dia kekabu dan sarung bantal tu dan kepam baunya disertakan dengan pelbagai peta negara), buatkan susu dia la.
Bila kita gi buat tu semua, dia akan guna kesempatan ni untuk kacau Amni tidur. Baik je aku masuk bawa susu dia, dia kata dia cubit Amni. Kan aku dah kata, dia ni tak boleh tengok Amni senang. Ada je dia nak buat adik dia. Terpaksa angkat dia letak tepi sekali dan aku kat tengah-tengah diorang.
Ntah macamana layan-layan dia lepas susu habis, aku leh pulak tertidur. Aku rasa tak la lama coz aku terlelap je. Tiba-tiba dia kejutkan aku.
Aisy : Mama, mama..mama..apa dalam mulut mama tu?
Kelam kabut bangun coz terkejut.
Aku : Apa dia?
Aisy : Dalam mulut mama.
Baru aku rasa macam ada sesuatu dalam mulut. Aku sembur je keluar sebab dalam otak fikir cicak berak masuk mulut aku je. Biasa lah kalau tidur mulut ternganga ni kan
Aku : Apa dia ni Aisy ? (Sambil tunjuk kekabu yang keluar dari mulut aku)
Aisy : Ni...(sambil tunjuk bantal dia yang dah tercabut jahitan kat bucu dan ada sedikit kekabu keluar dari situ.
Aku : Kenapa letak dalam mulut mama?
Aisy sengih-sengih buat muka tak bersalah. Terus tak jadi tidur sampai dia tertidur. Ntah apa pulak dia nak letak dalam mulut aku nanti kalau aku tidur dulu dari dia.
No comments:
Post a Comment