Drama Adam & Hawa malam ni dah episod akhir. Sejak minggu erakhir ni dah makin tak best nak layan drama ni coz dah tak berapa best. Adegan bahagia je and adegan romantik yang tak berapa romantik. So, tengok kalau ada masa je.
Tapi sekarang gila layan drama yang menghiasi slot Akasia yang bersiaran 7.00 malam - 8.00 malam setiap Isnin - Khamis. Drama Setia Hujung Nyawa adaptasi dari sebuah novel Setia Hujung Hyawa karya Fatin Nabila. Drama ni menggantikan drama Cinta Itu Milikku.
Start bersiaran pada 24 December lalu dan sampai sekarang tak miss lagi tengok. Cuma ada part2 yang terpaksa tak tengok coz melayan karenah anak-anak dan juga bergegas ke hospital melawat mak minggu ni.
Tapi kalau tak dapat tengok sekarang banyak blog yang boleh korang nak tengok online. So, don't worried. Sekarang kan dunia di hujung jari je.
Balik semula pada drama Setia Hujung Nyawa ni, pelakon dia Neyldia Senrose (Ersalina Imani), Amar Asyraf (Zain Hakimi), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Haliza), Reyzal (Zakwan), Talha Harith (Hady).
Sinopsis novel korang boleh google cari kat blog lain coz aku malas nak menulis kat sini. Aku pun dengan gilanya telah membeli novel tersebut walaupun aku dah tahu dari mula cerita sampai akhir cerita novel.
Apa yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni adalah comment aku pasal drama terbitan Suhan Movies ni:
1. Drama lebih baik dari novel.
Boleh aku cakap macam ni tak? Kalau korang tak percaya, korang baca novel pastu layan cerita dari episod 1st. Memang korang akan thumbs up untuk drama berbanding novel. Baca novel dia macam tak de feeling lak.
2. Pelakon Menjiwai Watak.
Pemilihan pelakon sangat-sangat sesuai. Aku suka part Zain & L waktu tengah jadi teman serumah tu. Pastu diorang lebih menjiwai watak dari watak novel. Boleh aku cakap macam tu tak? Thumbs up untuk Neyldia, Amar Asyraf & team pelakon Setia Hujung Nyawa.
3. Panel Skrip.
Siapa yang tulis skrip drama ni? Dua orang tapi aku kenal seorang je.Liza Zahira. Dia kan penulis novel yang best-best macam Seindah Sakura yang dah pun didramakan oleh arahan Zul Huzaimy, Impian Kasih, Bahtera Kasih. Cari lah sendiri novel2 dia.
Wan Mahani Wan Hassan lak aku rasa dia penulis artikel atau jurnal tentang bahan-bahan ilmiah. Try google cari sendiri lah. Thumbs up untuk dua penulis skrip drama Setia Hujung Nyawa ni, Liza Zahira & Wan Mahani Wan Hassan coz olahan skrip diorang memang best.
4. Pengarah (Amie Maziah Abdul Rahman)
Aku tak biasa dengar nama ni coz aku tak perasan pun rupanya-rupanya kebanyakkan drama Suhan Movies ni diarahkan oleh Amie Maziah ni. So, tahniah. Lepas ni kena alert la nama ni.
5. Terbitan Suhan Movies
Ko tahu siapa punya Suhan Movies kan. Hero pujaan aku dulu dan kini. Cuma sekarang dia dah kurang berlakon. Tak de watak sesuai la untuk dia kot. Siapa lagi kalau bukan Rosyam Nor.
Dah banyak drama dia hasilkan and semua drama dia adalah sangat berpuas hati. Dari segi jalan cerita dia memang semua tip top. Kalau dulu dia selalu je syok sendiri jadi hero tapi sekarang dia dah tak jadi hero dah. Banyak menerbit je la.
Dia nak berlakon jadi bapak2 tak sesuai lak coz muka and jiwa masih muda tapi umur dah berusia sikit. So, dia pun ketengahkan semua bakat2 baru.
Ok lah, adios..layan lah cerita ni aku suggest untuk korang semua. Sure puas hati yang sangat2
No comments:
Post a Comment