Friday, June 15, 2012

Nak Mandi Pantai

Siapakah yang nak mandi air laut ni? Siapakah itu? Aku kah? Husband aku kah? Semuanya bukan...yang pastinya adalah anak kecik aku yang sudah pun besar.

Kalau dulu kecik-kecik mintak nak main kat taman, sekarang dah besar nak mintak mandi laut lak.

Puncanya dah bawak dia pi mandi pantai kat Bachok waktu kelik Kelate hari tu. Nah kau..hari-hari mintak nak mandi laut.

Gila kau..mana ada laut kat KL ni. Haruskah aku bawa anak aku mandi bersama jerung di Aquaria sana? Oh tidak...bukan sahaja anak yang jadi santapan jerung malah juga ibu atau ayah pada anak tersebut. Siapa lagi kalau tak aku atau my husband.

Tempat lain ada tak kat KL ni..ke kat Selangor ada? Sebelah barat Selangor kan ada Selat Melaka, so mesti ada pantai kan. Tapi ada pantai yang best tak boleh bawa budak kecik ni mandi. Sepang Gold Coast tu leh mandi tak? Jauh tak dari sini?

Any idea, inform aku yek. Tengah berkira-kira nak bawa dia gi mana.

Ingat nak bawa dia gi Kuantan. Laut kat sana especially kat Pantai Batu Hitam..heaven sungguh kat sana. tapi banyak gak obor-obor. Kena hati-hati lah.

Tapi kalau pergi sana kena stay mana-mana hotel. Tempat yang best nak stay aku tau ada dua je. Sama ada Duta Village atau Swiss Garden. Dua hotel ni memang best nak stay tapi kalau stay nak pergi mana lagi Kuantan tu. Bukan ada tempat menarik pun.

Kalau tak stay, tak de tempat tau kalau korang nak salin pakaian lepas mandi pantai. Lagi pun aku tak jumpa lak jalan nak masuk ke pantai tu kalau tak stay hotel. Ada cadangan lagi tak....cepat-cepat bagi tau tau.

Perlu bawa budak kecik tu sebelum puasa ni. Sebenarnya mama dia, abah dia, C.Su dia, C.De dia, Tok Ma dia pun nak tumpang mandi laut sekali....hehehhe. Tu yang alasan nak cari tempat nak salin pakaian....

No comments:

Post a Comment