Macam test drive lak kan tajuk entry tu...sebenarnya bukanlah test drive tapi test ketinggian iman. Perlu tahap kesabarn yang tinggi jika bawa anak2 kecil macam Aisy & Amni. Ditambah pulak hanya sebuah kenderaan MPV yang kecil dan kurang selesa.
Ahad & Isnin baru ni kami ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Cuti sekolah ni betul-betul buat perjalanan ke Kelantan sangat jam, hotel lak semua full. Terpaksa la bermalam di homestay kat Wakaf Bharu. Susah sikit la nak kuar jalan2 waktu malam.
Pagi Sabtu tu kami telah bertolak dari Raub dalam pukul 8.00 lebih coz terlewat bangun. Tapi perjalanan sangat ok. Memang la jam tapi anak2 sangat behave so tak de masalah.
Hohoho..Alza bukanlah MPV yang sangat baik. Kenderaan yang tak ada boot untuk simpan barang di belakang, so terpaksa lah kami hanya menyimpan baju2 menggunakan recycle beg yang selalu gi shopping beli barang tu. Sebab kalau letak bagasi for sure seat belakang tu dah tak boleh duduk pun. Itupun hanya seorang yang boleh duduk di seat belakang sekali coz sebelah lagi penuh dengan beg pakaian.
Perjalanan hanya 6 jam macam biasa, cuma sedikit sesak ketika di Kota Bharu. Sampai di Wakaf Bharu dalam pukul 2.30...rehat-rehat jap pastu kuar nak cari makan coz dah lapar sangat.
Nak cari kedai dekat je tapi sebab Alza yang bawa kami, akhirnya kami sampai di Pangkalan Kubor. Hohoho...masuk jalan-jalan cuci mata dulu la. Tapi tak la cuci mata sangat coz ada jugak yang nak dibeli.
Tak lama kat sana coz hari hujan renyai dan paling susah bila bawa dua budak yang tengah nak membesar ni. Seorang dah pandai jalan tapi nak dukung jugak coz dia takut tengok orang ramai sangat. Tambah lak ada kereta yang masuk ke kawasan tu. Ada yang kecik lak tak pandai berjalan lagi tapi nak berjalan sendiri lak. Tak nak kita dukung2..Sebab macam nak ribut, kitorang blah dari sana.
Sekali lagi Alza bawak kami ke Pantai Sri Tujuh. Teruja sungguh bila dapat tengok ikan, udang, sotong & bebola celup tepung panas2. Makan tak hengat dunia. Perut lak lapar, lauk2 tu semua lak fresh tu. Terus je habis sampai kenyang perut walaupun nasi tak sampai lagi.
Tapi sangat ok makan kat sana. Udang/Sotong satu cucuk tu baru RM5.00. Pastu kitorang order makanan masak panas nasi putih 5, ikan siakap saiz xxxl masak 3 rasa, tom yam untuk 2 orang makan, ayam goreng kunyit untuk 2 orang makan, telur dadar 2, air lak memang satu seorang. Cuma tolak untuk budak yang kecik seorang tu je. Dia minum air kosong je. Pastu memang ada lak ambik udang 2 cucuk, ikan celup tepung 2 ekor. Total semua sekali cuma RM79.00 je. Kitorang makan macam ni kat Kepong tu RM 115.00 tau..beza sangat kan???? Lepas ni bila berkunjung ke Kelantan lagi dah tau kat mana nak cari makan yang sedap dan murah
Kat Pantai Sri Tujuh sekarang macam dah best gak. Ada beca air tapi tak sempat nak naik lak. Ramai sangat orang, beca air dia lak ada sikit je. Tapi Aisy memang layan main kat taman permainan tu kaw kaw punya.
Malam lak kalau tak ke Kota Bharu tak sah. Biasa ramai orang akan ke Wakaf Che Yeh, tapi aku tak minat coz barang kat sana agak mahal. Kitorang suka pi Mydin kat Kota Bharu tu. Macam-macam ada pastu barang dia lak murah-murah je.
Bila berjalan jauh ada je barang tertinggal so kena beli la. Kali ni tertinggal nestum Amni & susu Aisy lak. Terpaksa ke Pasaraya Timur. Hohoho...barang2 kat sni murah lah. Kalau kat KL nak beli susu murah kena tunggu promosi, ni tak. Memang harga dia jual kita leh dapat waktu promosi je kat KL. Tapi aku tak gila nak borong coz tak de tempat nak simpan dalam kereta.
Balik tu lepak je kat bilik coz masing-masing dah penat. Lagi pun Aisy dah tidur awal lak. Naik je kereta terus tidur. Memang tak leh nak berjalan dah la. Simpan energy nak round2 for 2nd day lak.
2nd day nak pergi mana???? Tunggu.....esok sambung
No comments:
Post a Comment