Dan akhirnya sampailah masanya untuk hari terakhir bercuti ke Kelantan. Terpaksa pulang setelah cuti pun habis dan tak lupa jugak kocek yang sudah kosong.
KOsong..kosong..kosong. Jom layan lagu Najwa Latif....
Siap je breakfast, bersiap untuk bertolak ke Kampung Laut menghadiri majlis kenduri sepupu di sana.
Satu je kurang kegemaran aku menghadiri kenduri di sana :
1. Kenduri adalah di hari bekerja bagi kita yang bukan cikgu sekolah ni
2. Kenduri berlangsung paling awal pukul 2.00 pm ke atas.
Hohoho..silalah jangan terlalu melawa di pagi hari kerana bimbang bila tiba waktu Zohor nanti sudah jadi compang camping.
Bila keadaan macam ni aku paling kesian kat budak-budak kecik besar Aisy & Amni. Bukan main bosan lagi diorang tu. Dengan laparnya, dengan nak lasaknya dan akhirnya akan comot bila tiba masanya untuk makan kenduri.
Makan pun cepat-cepat je coz kitorang tak leh bertolak lambat sangat nanti lambat lak sampai ke Raub. Lagi pun aku terpaksa gak balik terus ke KL kerana keesokan harinya aku dah start kerja.
Perjalanan balik adalah sangat mencabar. Jalan yang kurang jam di KB tapi nak keluar dari sana jalannya terlalu slow. Terlalu banyak deretan kenderaan.
Sebab adik yang drive, tiada aksi memotong yang menguji tahap keimanan yang perlu mengucap panjang. Tapi perjalanan terjadilah sangat bosan sampaikan anak-anak aku dah tak keruan jadinya.
Apa jadi kat budak dua orang tu????
Sepanjang jalan dari KB ke Gua Musang dua budak tu tak berbaju kerana aircond kereta tak dapat rasa langsung. Bukan budak je yang panas, aku sendiri pun rasa macam nak tukar pakai t'shirt je. Panas gila pakai baju kurung.
Tidur bangun tidur bangun budak-budak ni tak sampai - sampai jugak.
Bila masuk je Merapoh, anak-anak aku dah buat perangai. Aisy nak tidur tapi tak leh duduk depan..dia menangis mengamuk-ngamuk dalam kereta. Sebab biasa dia duduk seorang kat depan boleh tidur dengan lena.
Pujuk-pujuk nak duduk ngan aku tapi nak baring atas riba aku. Yang adik lak mengamuk nak tidur tapi adik kan direct breastfeed so menangis meraung-raung dalam kereta nak aku bila mak aku riba dia kat seat depan.
Dengan jam waktu tu sudah menghampiri pukul 10.00 malam dengan kawasan hutan yang tebal, aku takut sebenarnya bila tengok budak berdua tu menangis meraung-raung. Dua-dua nak mama, dah tak tahu nak buat apa.
Dua beradik tu menangis meraung sampai ke Kuala Lipis. Niat nak makan malam jugak aku mintak tangguhkan kerana jam sudah pun menghampiri pukul 11.30 malam. Kami perlu bertolak pulang terus ke KL lagi selepas ni.
Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah dalam pukul 12.00 dan mengemas barang akhirnya sampai ke KL dalam pukul 1.30 am.
Kasihan budak-budak tu. Ini perjalanan pertama dan terakhir aku nak travel guna ALZA. Lebih selesa guna kereta sendiri. Anak boleh tidur dengan selesa, kita leh duduk dengan selesa.
Tak guna rasanya kalau nak berjimat tapi tak ada keselesaan. Tapi ALZA pun bukanlah jimat minyak mana pun. Aku bawa Myvi balik Kelantan dua kali je isi minyak. Pergi sekali, balik sekali tapi dengan ALZA kena isi 4 kali tau.
Kalau nak pergi kenduri kampung sebelah boleh lah naik ramai-ramai. Kalau nak travel, better tak payah la naik ramai-ramai. Biar kan seat belakang kosong untuk isi beg.
Kesimpulannya MPV seperti ALZA adalah selesa untuk 4 orang je....
No comments:
Post a Comment