Wednesday, June 6, 2012

2nd Day Yang Best

Ke mana destinasi di hari kedua ni???

Pertama sekali bangun pagi-pagi makan dulu. Pagi-pagi dah cari makan supaya boleh makan banyak-banyak.

Balik ke Kelantan adalah acara untuk makan-makan dengan banyaknya. Sebab tu celik je mata terus pi cari makan. Tambah lak homestay kitorang duduk tu dekat je ngan kedai makan. Macam-macam ada.

Kalau ke Kelantan tak sah kalau tak breakfast dengan Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Pulut Kacang dan kuih-muih. Tapi kedai yang kami pergi ada nasi minyak jugak. So layan je makan sampai kenyang.

Acara kedua lak adalah mengukur betapa luasnya Pasar Siti Khadijah tu. Tujuan utama adalah mencari tudung so terus je ke tingkat 3.

Untuk membeli belah sila lah tak payah bawa budak kecik macam Aisy. Amni dah tinggal ngan mak aku kat homestay, abah dia lak malas nak ikut. Cepat-cepat pilih tudung terus keluar dari sana. Barang-barang lain pesan kat adik-adik aku tolong belikan.

Aku ke mana???? Ke mana lagi kalau tak ke Parkson. Barulah budak Aisy tu ok sikit...bukan apa, sebab ada escalator yang boleh dia naik turun. Pastu kat sana kan tak ramai orang. Aku lak paling tak suka pergi ke sana coz akan membazirkan duit. Elok2 je datang dengan niat tak nak membeli barang di Kelantan, tapi termasuk je Parkson ni dah macam-macam baju, kasut, mainan aku belikan untuk budak-budak ni. Bila dah balik ni rasa menyesal lak beli...

Destinasi seterusnya ke rumah ayah saudara yang mengadakan majlis akikah untuk cucunya. Pergi tak lama coz dah berjanji dengan member adik aku nak ke Thaba, Thailand.

Teruja nak ke seberang Thailand coz orang kata barang kat sana lebih murah. Menyeberang dengan menaiki bot penumpang dengan mengambil tiket berharga RM1.00 sahaja. Pergi melalui pintu Imigresen Pangkalan Kubor & naik bot dalam 5 minit je dah sampai.

Tapi bila sampai di sana, indah khabar dari rupa sebenarnya. Eceh ceh ceh...berperibahasa lak aku kali ni. Betul la..kawasan dia macam Rantau Panjang, banyak deretan kedai yang diperbuat daripada kayu. Tapi agak lama dengan keadaan persekitaran kurang bersih.

Di mana-mana sahaja kelihatan tentera Thai berkawal macam kat Sri Lanka tapi sini ok lagila.. tak payah masuk pos kawalan / check point untuk checking kita nyer body.

Tak ada barang yang murah pun kat sana mungkin disebabkan cuti sekolah so barang dia lebih mahal daripada Pangkalan Kubor. Tak sampai setengah jam kami dah sampai semula ke Pangkalan Kubor coz boring je kat sana.

Apa yang best??? Aisy la yang best. Dia tidak lagi macam waktu kecil yang takut jika terlihat laut yang terbentang luas atau menaiki kenderaan seperti bot. Dia sangat teruja tapi dalam diam la. Sangat seronok dapat menaiki bot kerana semalam tak berkesempatan nak naik beca air.

Selesai membeli sedikit barang, kami bertolak ke Bachok. Ini kali kedua aku ke sana. 10 tahun lepas aku ke sana dan bermalam di Pantai Irama. Menikmati angin laut dan matahari terbit dari sana.

Aku kembali lagi ke sana tapi kali ni dengan membawa dua orang anak lak. Tapi sayang, kami sampai di sana hari telah pun lewat petang. Kebetulan hujan turun. Tak ada rezeki Aisy nak mandi laut agaknya.

Sekali lagi layan makan seafood kat sini ditambah lak dengan cuaca hujan. Super best la...dan yang paling best bila hujan dah berhenti dalam kul 6.30 petang.

Husband aku dengan terujanya terus mengajak Aisy berjalan di sisir pantai coz Aisy adalah sangat takut dengan air setahun yang lalu. Tapi tidak kali ni. Dia sangat seronok. Mula-mula sepak air ombak lepas tu tiba-tiba terjatuh. Terus berenang tak nak bangun lak. Tapi sebab dah lewat dan Maghrib pun dah hampir, kami terpaksa angkat ke kereta. Kesian dia, tak puas main air laut.

Sampai di sini sahaja karangan saya untuk kali ini...eh eh eh..kenapa kali ni 3 finalis lak masuk final Mentor? mesti saja nak bagi Faizal Tahir masuk kan....

No comments:

Post a Comment