Thursday, June 28, 2012

Mandi Sungai

Since nak pergi pantai tak pergi - pergi jugak, kitaorang tukar plan lak.

Sebenarnya hanya nak test keberanian Aisy je coz dari kecik dia memang takut nak pijak pasir. Sekarang masanya untuk menguji keberanian dia.

Excited sungguh aku dan husband bawa dia gi mandi sungai kat kebun arwah abah aku. Kesian si baby Amni yang terkebil-kebil tengok kami tinggalkan dia dengan menaiki motor.

Bukan tak nak bawa tapi mak aku tak bagi coz dah petang. Dia kan kecik lagi. Kalau ikut kami memang nak bawa sangat-sangat.

Musim kemarau ni seronok la mandi sungai. Air pun tak dalam. Yang paling seronok Aisy la..

Dengan tersenyum sampai ke telinga berjalan berpimpinan tangan dengan kami melawan arus sungai. Mencari tempat yang sesuai untuk landing.

Walau pun air tak dalam sangat, saje je bagi dia pakai pelampung. So dia leh bebas bergerak.

Hampir satu jam kami berendam dalam air sungai tu..seronok..lama betul tak mandi sungai. Teringat kecik-kecik dulu.

Tiap-tiap petang memang mandi sungai coz sungai tu dalam kebun abah je. Kami mesti mandi 3 beradik coz adik yang kecik tak de lagi. Kalau ada pun sebab dia kecik lagi.

Waktu aku ngan adik aku tak pandai berenang dan sampai sekarang pun tak pandai. hahaha..Abang aku je yang pandai berenang. Tiap-tiap petang dia akan ajar kami macamana nak berenang tapi sekarang pun kami tak pandai.

Bila tengok Aisy aku rasa macam aku tengok aku lak waktu kecik dulu. Abah dia menyelam sambil geletek-geletek kaki dia. Abah dia ajar apungkan diri dan jugak berenang.

Macam sekejap je budak kecik tu dah pandai buat. AKu rasa kalau tiap-tiap minggu kami bawa dia ke sungai, confirm dah leh berenang budak tu.

Menyesal lak tak beli rumah yang memang ada provide kolam renang kan. Boleh la budak-budak ni mandi kolam.


Kolam 1 kaki je. Kena cari yang at least 3 kaki

Ni setakat dapat main air kolam yang satu kaki tu je. Nak beli kolam yang tinggi sikit tak jumpa cari lak. Kalau buat kolam renang kat rumah mak pun best jugak kan. Boleh mandi ramai-ramai. Apa pendapat anda?

Friday, June 15, 2012

Nak Mandi Pantai

Siapakah yang nak mandi air laut ni? Siapakah itu? Aku kah? Husband aku kah? Semuanya bukan...yang pastinya adalah anak kecik aku yang sudah pun besar.

Kalau dulu kecik-kecik mintak nak main kat taman, sekarang dah besar nak mintak mandi laut lak.

Puncanya dah bawak dia pi mandi pantai kat Bachok waktu kelik Kelate hari tu. Nah kau..hari-hari mintak nak mandi laut.

Gila kau..mana ada laut kat KL ni. Haruskah aku bawa anak aku mandi bersama jerung di Aquaria sana? Oh tidak...bukan sahaja anak yang jadi santapan jerung malah juga ibu atau ayah pada anak tersebut. Siapa lagi kalau tak aku atau my husband.

Tempat lain ada tak kat KL ni..ke kat Selangor ada? Sebelah barat Selangor kan ada Selat Melaka, so mesti ada pantai kan. Tapi ada pantai yang best tak boleh bawa budak kecik ni mandi. Sepang Gold Coast tu leh mandi tak? Jauh tak dari sini?

Any idea, inform aku yek. Tengah berkira-kira nak bawa dia gi mana.

Ingat nak bawa dia gi Kuantan. Laut kat sana especially kat Pantai Batu Hitam..heaven sungguh kat sana. tapi banyak gak obor-obor. Kena hati-hati lah.

Tapi kalau pergi sana kena stay mana-mana hotel. Tempat yang best nak stay aku tau ada dua je. Sama ada Duta Village atau Swiss Garden. Dua hotel ni memang best nak stay tapi kalau stay nak pergi mana lagi Kuantan tu. Bukan ada tempat menarik pun.

Kalau tak stay, tak de tempat tau kalau korang nak salin pakaian lepas mandi pantai. Lagi pun aku tak jumpa lak jalan nak masuk ke pantai tu kalau tak stay hotel. Ada cadangan lagi tak....cepat-cepat bagi tau tau.

Perlu bawa budak kecik tu sebelum puasa ni. Sebenarnya mama dia, abah dia, C.Su dia, C.De dia, Tok Ma dia pun nak tumpang mandi laut sekali....hehehhe. Tu yang alasan nak cari tempat nak salin pakaian....

Thursday, June 14, 2012

3 series

Youhoooo...jangan jeles ye readers..I sudah pun memiliki 3 series tu...percaya tak?????

Kereta Idaman

Hohoho...bukan Auto Bavaria 3 series tau..tapi umur yang dah masuk 3 series...last saturday I dah turn 30 years tau. Sekejap je rasanya masa tu. Rasa macam baru semalam aku sambut hari lahir yang ke-17...hahaha..menipu je lebih..

Walaupun dah masuk 30 tahun, tapi jiwa masih muda. Muka tak payah cakap lah..masih lagi sweet 17th tau..perasan banyak...body je yang tak sweet 21..huhuhu..tapi dah turun sikit dari dulu..kena usaha lebih sikit.

Hadiah apa yang aku dapat? Ada celebration tak? Semua pun tak de. Birthday macam tak birthday. Tapi bahagia bila orang yang pertama wish adalah my husband. Ingat dia lupa, maklum lah anniversary buat tak tau je. Rupanya pada dia birthday tu lebih penting. Sayang lebih la kat dia...

Hari birthday tapi time cuti sekolah banyak sangat kenduri kahwin. So biasalah membusykan diri menghadiri majlis perkahwinan sedara mara je lah.

Tapi aku paling sedih sebenarnya bila sambut birtday, bila sambut anniversary. Bila tarikh-tarikh ni menghampiri aku, bermakna aku juga telah kehilangan insan yang paling aku sayang.

Aku sambut birthday 09 Jun, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir 10 Jun. Aku sambut anniversary yang ke empat pada 30 Mei tapi abah juga telah pergi empat tahun. Huhuhu..aku sedih..sedih sangat.

Kalau boleh putar balik masa, aku nak peluk abah erat-erat. Nak ambik gambar ngan abah banyak-banyak di hari perkahwinan aku.

Kalau lah abah aku ada lagi saat ni dan juga dia masih lagi sihat macam dulu, aku rasa aku lah orang paling bahagia dalam hidup ni sebab aku anak abah...

hohoho...sedih lak aku dengar lagu Tomok yang baru ni...layan jap...



Tapi kebetulan lak ada majlis solat hajat dan bacaan yassin hari Ahad tu sama lak dengan tarikh arwah abah aku pergi buat selamanya. Cerita majlis solat hajat & bacaan yassin update nanti.

Thursday, June 7, 2012

Last Day Di Kota Bharu

Dan akhirnya sampailah masanya untuk hari terakhir bercuti ke Kelantan. Terpaksa pulang setelah cuti pun habis dan tak lupa jugak kocek yang sudah kosong.

KOsong..kosong..kosong. Jom layan lagu Najwa Latif....

Siap je breakfast, bersiap untuk bertolak ke Kampung Laut menghadiri majlis kenduri sepupu di sana.

Satu je kurang kegemaran aku menghadiri kenduri di sana :
1. Kenduri adalah di hari bekerja bagi kita yang bukan cikgu sekolah ni
2. Kenduri berlangsung paling awal pukul 2.00 pm ke atas.

Hohoho..silalah jangan terlalu melawa di pagi hari kerana bimbang bila tiba waktu Zohor nanti sudah jadi compang camping.

Bila keadaan macam ni aku paling kesian kat budak-budak kecik besar Aisy & Amni. Bukan main bosan lagi diorang tu. Dengan laparnya, dengan nak lasaknya dan akhirnya akan comot bila tiba masanya untuk makan kenduri.

Makan pun cepat-cepat je coz kitorang tak leh bertolak lambat sangat nanti lambat lak sampai ke Raub. Lagi pun aku terpaksa gak balik terus ke KL kerana keesokan harinya aku dah start kerja.

Perjalanan balik adalah sangat mencabar. Jalan yang kurang jam di KB tapi nak keluar dari sana jalannya terlalu slow. Terlalu banyak deretan kenderaan.

Sebab adik yang drive, tiada aksi memotong yang menguji tahap keimanan yang perlu mengucap panjang. Tapi perjalanan terjadilah sangat bosan sampaikan anak-anak aku dah tak keruan jadinya.

Apa jadi kat budak dua orang tu????

Sepanjang jalan dari KB ke Gua Musang dua budak tu tak berbaju kerana aircond kereta tak dapat rasa langsung. Bukan budak je yang panas, aku sendiri pun rasa macam nak tukar pakai t'shirt je. Panas gila pakai baju kurung.

Tidur bangun tidur bangun budak-budak ni tak sampai - sampai jugak.

Bila masuk je Merapoh, anak-anak aku dah buat perangai. Aisy nak tidur tapi tak leh duduk depan..dia menangis mengamuk-ngamuk dalam kereta. Sebab biasa dia duduk seorang kat depan boleh tidur dengan lena.

Pujuk-pujuk nak duduk ngan aku tapi nak baring atas riba aku. Yang adik lak mengamuk nak tidur tapi adik kan direct breastfeed so menangis meraung-raung dalam kereta nak aku bila mak aku riba dia kat seat depan.

Dengan jam waktu tu sudah menghampiri pukul 10.00 malam dengan kawasan hutan yang tebal, aku takut sebenarnya bila tengok budak berdua tu menangis meraung-raung. Dua-dua nak mama, dah tak tahu nak buat apa.

Dua beradik tu menangis meraung sampai ke Kuala Lipis. Niat nak makan malam jugak aku mintak tangguhkan kerana jam sudah pun menghampiri pukul 11.30 malam. Kami perlu bertolak pulang terus ke KL lagi selepas ni.

Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah dalam pukul 12.00 dan mengemas barang akhirnya sampai ke KL dalam pukul 1.30 am.

Kasihan budak-budak tu. Ini perjalanan pertama dan terakhir aku nak travel guna ALZA. Lebih selesa guna kereta sendiri. Anak boleh tidur dengan selesa, kita leh duduk dengan selesa.

Tak guna rasanya kalau nak berjimat tapi tak ada keselesaan. Tapi ALZA pun bukanlah jimat minyak mana pun. Aku bawa Myvi balik Kelantan dua kali je isi minyak. Pergi sekali, balik sekali tapi dengan ALZA kena isi 4 kali tau.

Kalau nak pergi kenduri kampung sebelah boleh lah naik ramai-ramai. Kalau nak travel, better tak payah la naik ramai-ramai. Biar kan seat belakang kosong untuk isi beg.

Kesimpulannya MPV seperti ALZA adalah selesa untuk 4 orang je....

Wednesday, June 6, 2012

2nd Day Yang Best

Ke mana destinasi di hari kedua ni???

Pertama sekali bangun pagi-pagi makan dulu. Pagi-pagi dah cari makan supaya boleh makan banyak-banyak.

Balik ke Kelantan adalah acara untuk makan-makan dengan banyaknya. Sebab tu celik je mata terus pi cari makan. Tambah lak homestay kitorang duduk tu dekat je ngan kedai makan. Macam-macam ada.

Kalau ke Kelantan tak sah kalau tak breakfast dengan Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Pulut Kacang dan kuih-muih. Tapi kedai yang kami pergi ada nasi minyak jugak. So layan je makan sampai kenyang.

Acara kedua lak adalah mengukur betapa luasnya Pasar Siti Khadijah tu. Tujuan utama adalah mencari tudung so terus je ke tingkat 3.

Untuk membeli belah sila lah tak payah bawa budak kecik macam Aisy. Amni dah tinggal ngan mak aku kat homestay, abah dia lak malas nak ikut. Cepat-cepat pilih tudung terus keluar dari sana. Barang-barang lain pesan kat adik-adik aku tolong belikan.

Aku ke mana???? Ke mana lagi kalau tak ke Parkson. Barulah budak Aisy tu ok sikit...bukan apa, sebab ada escalator yang boleh dia naik turun. Pastu kat sana kan tak ramai orang. Aku lak paling tak suka pergi ke sana coz akan membazirkan duit. Elok2 je datang dengan niat tak nak membeli barang di Kelantan, tapi termasuk je Parkson ni dah macam-macam baju, kasut, mainan aku belikan untuk budak-budak ni. Bila dah balik ni rasa menyesal lak beli...

Destinasi seterusnya ke rumah ayah saudara yang mengadakan majlis akikah untuk cucunya. Pergi tak lama coz dah berjanji dengan member adik aku nak ke Thaba, Thailand.

Teruja nak ke seberang Thailand coz orang kata barang kat sana lebih murah. Menyeberang dengan menaiki bot penumpang dengan mengambil tiket berharga RM1.00 sahaja. Pergi melalui pintu Imigresen Pangkalan Kubor & naik bot dalam 5 minit je dah sampai.

Tapi bila sampai di sana, indah khabar dari rupa sebenarnya. Eceh ceh ceh...berperibahasa lak aku kali ni. Betul la..kawasan dia macam Rantau Panjang, banyak deretan kedai yang diperbuat daripada kayu. Tapi agak lama dengan keadaan persekitaran kurang bersih.

Di mana-mana sahaja kelihatan tentera Thai berkawal macam kat Sri Lanka tapi sini ok lagila.. tak payah masuk pos kawalan / check point untuk checking kita nyer body.

Tak ada barang yang murah pun kat sana mungkin disebabkan cuti sekolah so barang dia lebih mahal daripada Pangkalan Kubor. Tak sampai setengah jam kami dah sampai semula ke Pangkalan Kubor coz boring je kat sana.

Apa yang best??? Aisy la yang best. Dia tidak lagi macam waktu kecil yang takut jika terlihat laut yang terbentang luas atau menaiki kenderaan seperti bot. Dia sangat teruja tapi dalam diam la. Sangat seronok dapat menaiki bot kerana semalam tak berkesempatan nak naik beca air.

Selesai membeli sedikit barang, kami bertolak ke Bachok. Ini kali kedua aku ke sana. 10 tahun lepas aku ke sana dan bermalam di Pantai Irama. Menikmati angin laut dan matahari terbit dari sana.

Aku kembali lagi ke sana tapi kali ni dengan membawa dua orang anak lak. Tapi sayang, kami sampai di sana hari telah pun lewat petang. Kebetulan hujan turun. Tak ada rezeki Aisy nak mandi laut agaknya.

Sekali lagi layan makan seafood kat sini ditambah lak dengan cuaca hujan. Super best la...dan yang paling best bila hujan dah berhenti dalam kul 6.30 petang.

Husband aku dengan terujanya terus mengajak Aisy berjalan di sisir pantai coz Aisy adalah sangat takut dengan air setahun yang lalu. Tapi tidak kali ni. Dia sangat seronok. Mula-mula sepak air ombak lepas tu tiba-tiba terjatuh. Terus berenang tak nak bangun lak. Tapi sebab dah lewat dan Maghrib pun dah hampir, kami terpaksa angkat ke kereta. Kesian dia, tak puas main air laut.

Sampai di sini sahaja karangan saya untuk kali ini...eh eh eh..kenapa kali ni 3 finalis lak masuk final Mentor? mesti saja nak bagi Faizal Tahir masuk kan....

Tuesday, June 5, 2012

1st Travel by ALZA

Macam test drive lak kan tajuk entry tu...sebenarnya bukanlah test drive tapi test ketinggian iman. Perlu tahap kesabarn yang tinggi jika bawa anak2 kecil macam Aisy & Amni. Ditambah pulak hanya sebuah kenderaan MPV yang kecil dan kurang selesa.

Ahad & Isnin baru ni kami ke Kota Bharu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Cuti sekolah ni betul-betul buat perjalanan ke Kelantan sangat jam, hotel lak semua full. Terpaksa la bermalam di homestay kat Wakaf Bharu. Susah sikit la nak kuar jalan2 waktu malam.

Pagi Sabtu tu kami telah bertolak dari Raub dalam pukul 8.00 lebih coz terlewat bangun. Tapi perjalanan sangat ok. Memang la jam tapi anak2 sangat behave so tak de masalah.

Hohoho..Alza bukanlah MPV yang sangat baik. Kenderaan yang tak ada boot untuk simpan barang di belakang, so terpaksa lah kami hanya menyimpan baju2 menggunakan recycle beg yang selalu gi shopping beli barang tu. Sebab kalau letak bagasi for sure seat belakang tu dah tak boleh duduk pun. Itupun hanya seorang yang boleh duduk di seat belakang sekali coz sebelah lagi penuh dengan beg pakaian.

Perjalanan hanya 6 jam macam biasa, cuma sedikit sesak ketika di Kota Bharu. Sampai di Wakaf Bharu dalam pukul 2.30...rehat-rehat jap pastu kuar nak cari makan coz dah lapar sangat.

Nak cari kedai dekat je tapi sebab Alza yang bawa kami, akhirnya kami sampai di Pangkalan Kubor. Hohoho...masuk jalan-jalan cuci mata dulu la. Tapi tak la cuci mata sangat coz ada jugak yang nak dibeli.

Tak lama kat sana coz hari hujan renyai dan paling susah bila bawa dua budak yang tengah nak membesar ni. Seorang dah pandai jalan tapi nak dukung jugak coz dia takut tengok orang ramai sangat. Tambah lak ada kereta yang masuk ke kawasan tu. Ada yang kecik lak tak pandai berjalan lagi tapi nak berjalan sendiri lak. Tak nak kita dukung2..Sebab macam nak ribut, kitorang blah dari sana.

Sekali lagi Alza bawak kami ke Pantai Sri Tujuh. Teruja sungguh bila dapat tengok ikan, udang, sotong & bebola celup tepung panas2. Makan tak hengat dunia. Perut lak lapar, lauk2 tu semua lak fresh tu. Terus je habis sampai kenyang perut walaupun nasi tak sampai lagi.

Tapi sangat ok makan kat sana. Udang/Sotong satu cucuk tu baru RM5.00. Pastu kitorang order makanan masak panas nasi putih 5, ikan siakap saiz xxxl masak 3 rasa, tom yam untuk 2 orang makan, ayam goreng kunyit untuk 2 orang makan, telur dadar 2, air lak memang satu seorang. Cuma tolak untuk budak yang kecik seorang tu je. Dia minum air kosong je. Pastu memang ada lak ambik udang 2 cucuk, ikan celup tepung 2 ekor. Total semua sekali cuma RM79.00 je. Kitorang makan macam ni kat Kepong tu RM 115.00 tau..beza sangat kan???? Lepas ni bila berkunjung ke Kelantan lagi dah tau kat mana nak cari makan yang sedap dan murah

Kat Pantai Sri Tujuh sekarang macam dah best gak. Ada beca air tapi tak sempat nak naik lak. Ramai sangat orang, beca air dia lak ada sikit je. Tapi Aisy memang layan main kat taman permainan tu kaw kaw punya.

Malam lak kalau tak ke Kota Bharu tak sah. Biasa ramai orang akan ke Wakaf Che Yeh, tapi aku tak minat coz barang kat sana agak mahal. Kitorang suka pi Mydin kat Kota Bharu tu. Macam-macam ada pastu barang dia lak murah-murah je.

Bila berjalan jauh ada je barang tertinggal so kena beli la. Kali ni tertinggal nestum Amni & susu Aisy lak. Terpaksa ke Pasaraya Timur. Hohoho...barang2 kat sni murah lah. Kalau kat KL nak beli susu murah kena tunggu promosi, ni tak. Memang harga dia jual kita leh dapat waktu promosi je kat KL. Tapi aku tak gila nak borong coz tak de tempat nak simpan dalam kereta.

Balik tu lepak je kat bilik coz masing-masing dah penat. Lagi pun Aisy dah tidur awal lak. Naik je kereta terus tidur. Memang tak leh nak berjalan dah la. Simpan energy nak round2 for 2nd day lak.

2nd day nak pergi mana???? Tunggu.....esok sambung

Friday, June 1, 2012

Ketika Anak Tidur...


‎1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.



4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.