Hujung minggu kali ni dihabiskan di kampung lagi. Nak kata sibuk buat persiapan abang nak kahwin tak jugak coz adik aku dah siap-siap dah semua. Dengan hantaran dah susun atas katil. Bilik pengantin just tinggal cadar je nak pasang...
Cuma tinggal nak isi telur dalam bunga telur yang akan dibuat pada hari Sabtu sehari sebelum kenduri dan juga mengisi barang-barang ke dalam paper bag. Paper bag tak siap-siap lagi coz nak tunggu semua barang ada baru buat sekali dan isi je. Gift dalam tu ada yang tak lengkap lagi so malas nak buat dua tiga kali, buat sekali je senang. Boleh buat minggu depan coz mak akan datang Khamis ni untuk shopping barang-barang gift.
Cuma hujung minggu yang lepas terpaksa di adakan mesyuarat untuk pengagihan tugas untuk melancarkan majlis perkahwinan abang aku ni..Kalau tak nak buat minggu ni, tapi sebab ketua kampung nak bercuti ke Singapura dan ada pulak kenduri kahwin jiran aku, terpaksalah di awalkan sikit mesyuarat ni.
Biasa lah, kalau kat kampung aku mesti ada makan-makan..meriah sungguh dengan makan-makan. Bukan setakat untuk makan waktu mesyuarat sahaja tapi sebab ada yang atang menolong menyediakan makanan petang tu, so kena lah sediakan breakfast & lunch skali...tapi sempoi je..pagi mee goreng, tengahari lak nasi putih, sayur lemak petola, ayam masak lemak cili api, sambal tempoyak dan juga buah tembikai sebagai pencuci mulut....
Menu petang lak adalah pecal, agar-agar dan buah melaka aka onde-onde...Pecal ni senang je, semua orang pun boleh buat tapi kalau nak rasa sedap ke tak adalah bergantung kepada kuah dia. Kuah hasil air tangan Mak Engku ni memang marvellous habis...Cukup rasa pedas, manis, masin semua lah..Dengan bau yang sungguh harum, fuhhh...kalau korang rasa pun memang thumbs up untuk Mak Engku ni...Nak dipendekkan cerita, sebab kuah yang sedap, kuah pun tak cukup lah...Bee Hoon dan sayur-sayuran masih lagi berbaki dan boleh bungkus dibawa balik tapi kuah tu ada yang dapat sikit dan ada yang tak dapat langsung....
Itu cerita bab makan, ni cerita bab Aisy lak...sekarang Aisy jalan dah tak pegang stereng kereta dah...Dah boleh berjalan dengan betul tapi suka nak berlari dan berjalan laju budak kecik tu. Kita yang risau tengok dia...
Sebab dia yang manja sangat lately ni, aku tak dapat lah menolong sangat orang menyiapkan pecal tu..sempatlah memotong kacang panjang untuk dicelur tu cuma 10 batang..pastu tak de lah..tapi akulah orang yang pergi barang yang mana tak cukup lagi tu..senang pergi beli barang coz Aisy boleh ikut sama...
Kalau tak boleh menolong kat dapur, kenalah tolong yang lain jugak kan...bab mengemas tempat dan rumah aku dan adik buat..bab menyapu lak tugas aku..tapi aku sekarang dah ada assisstant..siapa lagi kalau bukan budak kecik yang comel dan rajin tu...tapi dia sapu yang ada sampah besar-besar je..yang habuk-habuk atas lantai tu dia tak layan....
Bila dah kemas dan angkat semua barang kat rumah tu, ruang tamu rumah mak sangat lapang...yang seronok Aisy lah...tambah lak pintu depan tu terbuka luas lak..lagi lah dia...kejap dok kat pintu sana, kejap datang ke ruang dapur..kejap lagi jalan-jalan pusing tiang lak..betapa suka sangat dia bermain....tapi dia tak la nak jalan keluar rumah..walaupun aku terlelap, dia elok je bermain sorang-sorang..Behave sungguh anak mama ni...
Bila dah ramai yang datang rumah petang tu dan yang pasti ramai lah jugak kanak-kanak yang datang ikut mak bapak diorang..Si Aisy ni apa lagi, dia punyalah suka orang datang..dia keluarkan semua mainan dia tunjuk kat budak-budak tu..tapi bila budak-budak tu nak main ngan dia, bukan main lagi dia tak bagi. Apa lah adik ni, nak main kena lah share-share...
Sebab Aisy ni ada sedikit kecomelan yang tak tau kat mana, ramai lah yang geram kat dia...bukan tak pandai salam, bukan tak pandai cium tapi dia nyer takut ke, tak biasa ke aku pun tak tahu..semua dia tak nak...tak kisah lah yang perempuan atau pun lelaki yang juga berpangkat atuk & wan pakat dok geram kat dia..tak nak salam, tak pe tapi terus je tangkap dan gomol dia sampai dia nangis-nangis...hahaha..padan muka adik...mama suruh salam tak nak, dah kena gomol...
Sudahnya, aku ngan husband tak jadi balik malam tu coz Aisy tertidur waktu nak Maghrib tu dan bertambah lak dengan hujan..kerja-kerja basuh pinggan lak semua pun dah settle oleh makcik-makcik kat kampung aku ni...sangat bagus mereka ni tau..bekerjasama...kerja aku? Layan Mentor je lah....
No comments:
Post a Comment