Monday, April 18, 2011

Aisy Yang Notti Di Hujung Minggu

Hujung minggu kali ni hanya pulang ke kampung dengan adik sahaja. Nasib baik adik dah habis final exam, boleh la tumpang dia..buat adik, good luck...zaman belajar dah tamat..alam pekerjaan lak menanti...

Biasanya Aisy dengan C.Su dia bukan main lagi tak kisah kan mamanya tapi bukan untuk kali ni. Pertama kali jumpa C.Su petang tu dia diam sahaja. Tidak seperti biasa akan ketawa mengekek dan cuba bermain kejar-kejar. Menanti Maghrib, Aisy hanya berdiam diri sambil bermain puzzle ball dengan C.Su nya. Mungkin dua minggu tidak bertemu, C.SU sudah jadi asing padanya.

Sepanjang jalan kami pulang ke kampung, menyaksikan satu kemalangan maut berlaku di kawasan Janda Baik..sempat menyaksikan mayat dikeluarkan oleh pihak bomba kerana tersepit. Kereta perdana tu remuk di hadapan dan tak pasti mangsa hanya seorang atau lebih.

Tidak pasti sama ada terbabas sendiri atau terperosok di bawah treler kerana ada sebuah treler di hadapan kereta tersebut. Dan yang pasti, sebuah proton Wira yang memandu secara bahaya ketika kami mendaki bukit menuju ke Genting Sempah turut berhenti di tepi jalan. Mungkin sahabat atau mungkin disebabkan dia kereta tersebut kemalangan.

Kepada pemandu Wira tersebut, pemanduan anda benar-benar membayakan orang lain. Kalau benar anda punca berlaku kemalangan tersebut, sampai mati pun ko akan berhutang nyawa dengan mangsa kemalangan tu...

Hari Sabtu di rumah, Aisy punya manja sangat-sangat berlebihan. Tak nak langsung dengan orang lain...asyik nak menempel je kat aku...nak berdukung dan memeluk aku sahaja...tapi dalam senyap aku tinggalkan dia jugak coz terlalu banyak kerja hendak diselesaikan.

Bila Aisy tidur, sempat jugak lah aku menyiapkan kerepek pisang. Banyak jugak dapat coz buat setandan pisang. Pisang tu lak cukup tua untuk dibuat kerepek so ada rasa manis-manis di situ. Dalam hujan menggoreng kerepek pisang, sekali goreng, dua tiga keping masuk mulut menguyah kerepek.

Hampir 3/4 siap, Aisy bangun dan kerja-kerja tersebut diteruskan oleh C.Su coz Aisy tak nak duduk walau pun C.Su duduk disebelahku. Aisy hanya nak duduk dalam ribaan aku. Manja sungguh la budak kecik ni sekarang. Pastu sekarang ni suka sangat menangis. Sikit-sikit menangis, tunjuk tu kalau tak bagi menangis. Tunjuk ni kalau tak pergi menangis. Sampai rasa geram sangat. Kenapalah Aisy ni terlebih manja.

Malam tu penat sangat, kebetulan Cerekaram tak best so tak layan sangat. Asyik nak layan mata je lah..tapi bila pejam je mata, Aisy datang cakar muka aku..dia suruh bangun..bila pejam kje mata sikit, dia tarik mulut aku...pejam mata lagi, dia korek mata aku..apa kes ni..sudahnya pagi esok tu adik tegur ada tiga garis kesan cakar kat pipi...

Kali ni balik Kl pun husband tak payah ambik coz mak dan adik yang hantar. Kebetulan husband aku kerja tak kira masa, tak kira waktu...24 jam kerja pun ada kot...sampai bosan lah kalau nak telefon tu...

Bila adik rajin ke KL maknanya ada agenda la..sebab utama adalah sale di Sogo untuk Sogo Card...aku excited nak ikut coz nak beli baju je untuk Aisy. Untuk memudahkan urusan membeli dan membelah, decide bawak la stroller Aisy. Tak larat nak dukung dia pun. Jalan lak jatuh-jatuh nanti sakit lak.

Mula-mula ok dok dalam stroller tapi bila dah masanya aku memilih baju untuk dia, dia dah mengamuk. Aku cabutkan seat belt dia dan dukung, tapi dia tak nak. Dia nak dudk dalam stroller tapi dia nak bukakan tempat letak susu dihadapannya. Bila buka, dia asyik nak main buka tutup, buka tutup. Sudahnya staff sogo tu tegur lak stroller letak kat luar. Sesak dia kata kalau bawa ke sana.

Bila nak letak stroller kat ruang yang luas sikit, Aisy mengamuk. Tak berdukung tapi nak duduk dalam tu...Berperang dengan dia sudahnya dia menangis lak dalam Sogo tu. Tak berhenti-henti. Hanya sempat memilih dua pasang baju sahaja.

Bila nak bayar, dia ternampak coklat cadbury dalam balang. Terus dia ingat macam kat kedai mak boleh buka dan ambik. Bila nak tunggu turn nak bayar tu, dia nyer mengamuk nak kan coklat dalam balang tu...thanx to Sogo cashier coz tolong berusaha membuka balang coklat tu sebab nak ikut kehendak Aisy yang notti ni....

Bila dah beli nak la keluar lak dari Sogo. Waktu kami naik, Aisy duduk dalam stroller menghadap kedalam dan berdepan dengan cermin. So nampak muka dia, tu yang dia diam je...

Tapi masa nak turun sebab ramai sangat, kami berada di depan pintu lif. Nak tau tak, Aisy boleh mengis setiap kali pintu lif tu tertutup. Dia akan senyap bila pintu lif terbuka. Sebab aku tak tahan sangat dengan tangisan dia dalam lif tu, aku dukung dan turun di tingkat 1. Malu rasanya nak terus turun sampai bawah.

Aisy ni tak pandai control cun langsung. Ramai orang puji dia cute pun tak pandai nak cover nangis-nangis tu...apa lah..adik ni dah besar asyik nak nangis je. Dulu kecik tak nangis langsung...kecuali merengek bila nak susu je....

Bila kami ke Semua House untuk membeli barang-barang preparation abang nye wedding, Aisy asyik mengamuk je. Dah lah asyik nak berdukung je, sungguh tak larat. Beras 10kg tu aku rasa tak la seberat Aisy yang 9.4kg ni...betul-betul tak larat..campur ngan dia nyer peel mengamuk dan menangis lagi...naik malu aku.

Nak pujuk bukan susah Aisy ni..just dukung je dia jalan-jalan. Pastu kalau apa dia nak, bagi je kat dia..tapi sebab tak nak ajar dia hidup terlalu mudah untuk dia, aku just pujuk pergi makan je lah. Biar lah mak dan adik je memilih barang-barang tersebut. Kebetulan ada makcik aku juga turut serta kerana anak perempuan yang bongsu akan berkahwin pada bulan Jun. Boleh lah kalian semua memilih tanpa budak kecik yang kecoh ni...

Sungguh mahal makan di Semua House ni, nasi separuh, ikan goreng dan sayur, RM4.50..nak cepat kaya apa...dah lah tak sedap..sudahnya nasi tu hanya disuap untuk Aisy je yang sangat kelaparan. Aku sampai tak de selera coz tak rasa masin langsung. Garam mahal sangat ke sampai tak de rasa masin langsung? Sila jawab ye tuan kedai....

Makan dengan Aisy lak macam biasa lah..kalau tak di sepah-sepahkan nasinya di atas meja..ditumpahkan airnya ke lantai..itu bukan Aisy...kenyang perut makan, berjalan lak Aisy ni coz tak nak duduk..

Bila lepas je dia atas lantai, dia berjalan serata alam dan kedai..puas mengejar dia..pastu kalau dia rasa nak tepuk orang yang sedang makan, dia tepuk je...malu aku...yang kelakarnya, kat sini ada meja makan macam bar tender tu...bila Aisy jalan-jalan dia masuk lah bawah tu, aku lak yang mengejar ni naik malu lak bila menyorok bawah meja tu mengejar dia....kalau ada sesiapa yang terbaca blog ni dan semalam ada di sekitar food court Semua House pasti anda perasan aku lah orang itu yang mengejar budak perempuan berusia setahun berjalan...

Barang-barang semua hanya siap di beli pada pukul 3.00 petang. Sungguh memenatkan aktiviti hari ni. Sudahnya Aisy tertidur bila masuk je kereta....

Sampai-sampai je kat Taman Layang-Layang Kepong tu, by by aku telefon kata dia tak dekat rumah. Ada kat Sg. Pusu kerana tidur di rumah adiknya. Mintak aku ambil dia petang nanti sebab motor dia ada budak pakai tak tau pergi mana...tak balik-balik....

Bila dah sampai rumah, sungguh penat. Sangat-sangat tak larat. Menggigil kaki panjat tangga naik ke atas. Bila nak dapat landed house ni..dah tak larat panjat tangga...Cc this msg to my agent...please, dptkan rumah tu secepat yang mungkin ye...ada orang nak bagi duit down payment ni....

Banyak kali husband telefon sampai fed-up dia kot tunggu aku tak sampai-sampai nak ambik dia. Dia tak tau betapa penatnya aku, kalau dia beritahu awal-awal, boleh lah gi ambik dia dulu..tak pun try la naik lrt ke bandaraya...dulu belum kahwin boleh je sama-sama susah. Sekarang dah tak boleh...

Hari dah petang, Aisy lak tak nak dok ngan orang lain. Menempel je dia. Nak masak pun susah. Sudahnya terpaksa tinggalkan Aisy coz tak boleh bawa dia, dia bukan nak duduk dalam car seat. Laun-laun pun nanti lepas ambik husband baru beli.

Ada tujuan juga kenapa gagahkan diri untuk keluar ambik husband, kalau tak biarkan aje dia tunggu motor tu...tapi sebab ingat nak pergi rumah Karni dan boleh lah jumpa Habibah sekali kat sana...Dalam dua, nak pergi sendiri atau pick up by by dulu...Fikir punya fikir, rupanya dah terlepas jalan ke Sri Gombak...

Bila dah balik, tengok husband yang tak senyum dan jalan yang sedikit jam, just decide jumpa Habibah di stesyen minyak sahaja. Itu pun kena tunggu lama sikit baru dia sampai. Aku tak pernah jumpa dia dah lepas dia pindah ke kampung setelah berslainkan Hayfa Rania. Kebetulan lak dia pindah lepas je aku habis maternity leaves..ni jumpa Hayfa pun, Hayfa dah 9 bulan..bukan baby lagi dah...

Sempat berbual sekejap sahaja kerana hari hujan dan aku segera pulang. Aisy pasti merajuk, dapur pun tak berasap lagi ni..pukul berapa nak makan. Segan lah ngan mak dan makcik aku..datang rumah aku, tapi tuan rumah tak de lak. Nanti sepupu aku pun nak datang, tu yang kena cepat-cepat balik. Karni, jangan merajuk tau tak tengok Khayla...nanti aku pergi tengok Khayla yang comel tu coz tak dukung dia pun lagi..hari tu dia kecik sangat, aku takut la nak dukung...

Sampai je rumah, rupanya mak dan makcik aku dah stand by bahan-bahan nak masak..cuma ingat gas dah habis, rupanya husband aku cabut kepala gas tu...Thanx to M.Ngah & mak for delicious recipe & great dinner malam tadi..betul-betul uuummmppphhh...thumbs up...

Menu Dinner : Nasi Putih, Daging Goreng Bersayur Campur, Sup Tulang, Ikan Bawal Goreng & Tauhu Goreng Pedas. Habis licin lauk diratah....

Dikunjungi kakak sepupu sekeluarga untuk mengambil pulang ke rumahnya, hanya berbual sementara coz ada tetamu ingin berkunjung ke rumahnya. Tapi sempat juga Aisy dan abang-abang dua pupunya bermain puzzle ball tu...Shafiq & Amirul tu memang suka main ngan Aisy coz diorang tak ada adik kecik dan adik beradik perempuan...Tapi pernah sekali Amirul tanya aku, Aisy ni boy / girl coz dia kata kalau girl kenapa tak pakai make up cam ibu diorang. Kalau girl kenapa Aisy dan bukannya Aisyah?..jawab, jangan tak jawab soalan budak standard 1 ni....

Pulang sahaja mereka, rumah ku masih dalam riuh rendah coz ketawa dengan keletah Aisy yang suka sangat menari...kebetulan rancangan Mentor semalam lebih kepada lagu-lagu zaman 60 / 70-an kan! C.De dia suka ajar dia menari, dia pun nak menari lah..bila berdiri menari, terlompat-lompat jatuh...sambil baring pun dia boleh menari dengan menggerakkan perutnya yang muncit tu....pastu bangun lagi..yang kelakarnya dia menari-menari, pastu dia tengok kenapa dia nyer pampers bergerak-gerak...hahahaha...rupanya pampers tu dah penuh..yang tak tahannya buat kami ketawa, dia boleh lak tepuk-tepuk dia nyer pampers bagi bergerak...barulah kami perasan sebenarnya pampersnya perlu ditukar baru...sudah berat...

Dan untuk dua malam ni, Aisy kembali semula ke zaman bayinya..hendak tidur dalam hayunan aku...tidak lagi dengan minum susu..makin manja budak kecik ni....

No comments:

Post a Comment