Panjang lebar sungguh tajuk entry pagi buta ni...Ni semua gara-gara geram ngan sikap pemandu dan juga perangai budak-budak sekolah petang semalam.
Petang semalam hujan lagi ketika jam sudah pun menunjukkan 5.30 pm. Confirm jam nak sampai rumah tapi sebab jalan agak clear dan aku peduli apa janji bawa dengan hati-hati walaupun laju pasti selamat kan. Ni semua sebab nak kejar ambik Aisy kat nursery. Budak kecik tu tak leh lambat, nanti dia nangis-nangis....
Aku sebenarnya memang sakit hati betul dengan pemandu-pemandu yang suka sangat potong Q..pantang betul..sakit hati aku..sebab tu kalau diorang nak jolok masuk pun, bagi signal ke, aku peduli apa!!! Aku mesti ikut rapat kereta depan tak bagi kereta tu masuk...
Kepada semua pemotong-pemotong Q area MRR2 berhampiran simpang ke jalan Ampang dan Flamingo tu, dan juga simpang ke IKEA atau Sg. Buloh tu, silalah beradab sikit. Kalau bukan sebab potong Q, dah lama tak jam macam tu....Orang lain lagi lah beratur panjang dari belakang, ko senang je nak masuk depan. Orang lain lagilah nak mengejar anak, korang setakat nak kejar balik makan atau tidur tu, lebih baik ikut turn ye...sila terasa kepada sesiapa yang kurang ajar sangat tu....
Pastu ni kes potong Q lagi...tapi kat area traffic light lak...pertama aku nak warning kat kereta WGX3319 Proton Iswara Merah petang semalam yang masuk kat Pangsapuri Sri Meranti, bandar Sri Damansara tu ye...tolong jangan kurang ajar sangat...orang lain beratur, korang sedap je potong Q..padan muka ko aku hon banyak2 semalam, ingat angkat tangan ko aku boleh sejuk...setakat korang berdua hidup bujang tu, belajar lah bersabar..oarang lain banyak lagi komitmen yang mengejar masa...
Ingatan lagi kepada ibu bapa yang anak dia bersekolah...tolong warning sikit kat anak-anak korang ok...yang mana nak melintas jalan tu tolong ikut penjaga lalu lintas....semalam aku hampir terlanggar seorang budak lelaki bila budak lelaki tiba-tiba melintas ketika aku sedang menekan pedal minyak untuk mengambil lajak. Nasib baik sempat brake...kalau tak, budak tu aku pun tak tau lah....
Yang aku buat panas hati bukan apa, orang yang jaga lalu lintas ni dah tunggu lama bagi korang melintas, tak de sape nak melintas, sedangkan kami kereta-kereta ni terpaksa lah menunggu giliran..kadang-kadang hanya dua biji kereta je lepas sebab nak bagi korang jalan, tapi korang tak nak lintas. Bila turn kereta nak jalan baru korang terhegeh-hegeh nak melintas..kalau semalam aku terlanggar, aku pun tak kan bertanggungjawab. Peduli apa, anak aku dah lama tunggu. Suruh lah mak bapak ko hantar gi hospital..
Warning lagi, aku mintak sangat-sangat ibu bapa yang ambik anak kat sekolah tu, sila jangan tunggu sahaja dalam kereta. Sila turun ambik anak korang ye...supaya korang tak la menyesal kalau apa-apa jadi depan mata korang...
Yang lagi tak patut, orang yang jaga lalu lintas tu pulak yang mintak maaf kat aku...memang kurang ajar betul budak tu...lain kali pergi sekolah belajar ye..jangan nak main je...
Aku yang geram...........
No comments:
Post a Comment