Monday, April 11, 2011

Aisy Yang Notti-Notti

Cerita tentang hujung minggu lagi...sebab hujung minggu je ada masa yang banyak sangat di spend kan untuk Aisy dan juga ibu tercinta.

Ingatkan minggu ni berhujung minggu di KL je sebab husband kerja hari Sabtu, tapi dia rajin nak hantar aku balik hari Jumaat tu..kira ok lah...thanx to by by..understand me..

Emm..start dengan cerita makan kat kedai dulu. Aisy sekarang sangat notti gitu...kalau kat kedai makan pun dia ingat macam rumah dia. Kalau nak harap dia duduk dalam baby chair tu usah harap lah..dia akan bangun berdiri dan panjat lak..better riba kan aje budak tu....

Kat kedai pun nak makan sendiri...terpaksa lah bagi sudu satu dan satu piring...sambil suap dia, dia pun main-main lah nasi yang ada dalam piring tu..dia ketuk pinggan tu dengan sudu. Sudah bosan dengan irama sudu, dia akan lemparkan aje sudu tu ikut suka. Lepas tu mintak semula.

Bila nak makan, nak air..dua kali sedut dalam bekas air dia tu, telan lagi. Kali ketiga dah separuh telan separuh sembur. Yang seterusnya tak ada dah telan air tu, terus sembur dan sembur lagi..lepas tu tepuk baju bahagian dada cakap "Baba'" = Basah. Bagus tak budak ni? Dia nak main air, sangat-sangat sukakan air..bukan setakat basah baju, air atas meja pun penuh. Apa lagi, main tepuk-tepuk air lak atas meja..

Itu bab makan minum, ni bab tak sah kalau tumpahkan air segelas. Makan kat Kepong dia tumpahkan segelas air suam je..kat Bentong lak malam tu dia tumpahkan air milo..habis baju dia..husband aku cukup tak suka perangai Aisy yg notti-notti ni. Selalu je cakap tak nak bawa kami makan kat luar tapi ajak gak...hehehe

Hari Sabtu hanya berehat-rehat di rumah menghabiskan masa merempit dengan Aisy. Suka sangat budak kecik tu naik motor. Kalau kunci tu pun tau kunci moto ngan kereta mana satu. Bila kita cakap mana kunci, cepat-cepat je cari kunci motor. Bila naik motor lak sekarang ni mulut bising je...siap kuar macam-macam bunyi dan aku tak pasti dia tiru bunyi motor atau pun bercakap.

Sekarang Aisy dah dapat kaki..asyik nak berjalan je..tapi berjalan ikut suka. Ada masa kalau kita sebut angkat kaki, dia angkatlah tinggi sikit nak melangkah. Ada masa dia hentam je ada apa kat depan dia. Penat mengejar dia dalam rumah mak yang besar tu..huhuhu.......Kalau jadi kurus best gak, ini makin bab je badan aku ni...

Bukan setakat dapat kaki, tapi dah pandai nak ke kedai. Mentang-mentang lah nenek dia ada kedai runcit, nak pulak dia nak pakai kasut yang telah lama tersimpan coz dia tak suka pakai. Kejap-kejap jalan gi kedai. Pergi kedai asyik ambik gula-gula ngan wafer apollo tu...hari Sabtu & Ahad dok rumah mak hampir RM2.00 gula-gula & wafer dia ambik. Gula-gula tak makan pun, dia cuma makan wafer je, tapi bila dah ambik, gula-gula tu jadi habuan mulut mama dia lah..tak pun abah dia..hehehe

Lately ni jugak Aisy dah pandai nak melawa..tak macam dulu...kalau dulu nak pakaikan dia topi, huh, tak payah harap lah..sekarang kalau tak suruh pun dia nak pakai. itu cerita hari Selasa lepas, tapi hujung minggu tu dia dah mula nak pakai cekak rambut lak. Tapi yang aku punya lah. Yang C.Su dia beli untuk dia tak nak lak. Dia memang cun lah kalau pakai cekak rambut tu. Cekak rambut tu jenis yang lebar dan pokka dot hitam putih, memang comel lah budak kecik tu pakai. Tambah lak rambut dia panjang & tutup mata...Bila cakap comel sengih sampai telinga...

Lupa lak, malam kitorang sampai tu mak tunjuk baju kurung warna merah C.Su dia jahit untuk pakai hari nikah abang aku nanti. Dia nak je pakai, selalunya dia tak nak kalau kita nak cuba-cuba ni. Bila dah pakai dia nyer suka bukan main lagi. Jalan sana sini pakai baju baru. Aku cakap lah, 'pergi tunjuk kat abah"..dia pergi tu..jalan terkedek-kedek pakai baju kurung merah.

Sebab susah tengok dia melangkah, aku tanggalkan baju tu, dia ambik semula dan suruh aku pakaikan semula. Mak cuma bagi kain je coz takut nanti baju tu berbulu lak coz tak siap jahit tepi lagi...dia pakai sampai nak tidur tu...tapi macam baju korea lak coz aku pakaikan getah kain tu kat dada dia. Macam baju kebangsaan orang Korea lak..hehehe...budak kecik ni betul-betul dah pandai nak melawa...kenalah mama dia cari barang-barang perhiasan lak lepas ni...

Ni nak cerita pasal kereta lak. Bila kitorang berdua ronda-ronda naik motor ikut jalan pintas satu rumah ni. Anak dia pun pakai myvi gak tapi warna baby blue tu. Aisy jerit "Abah..abah"..dan tunjuk kereta tu. Aku explain la kat dia yang kereta tu bukan abah punya...Abah ada kat rumah then singgah rumah tunjuk abah dia yang tengah tidur.

Pastu naik lagi motor, lalu lagi rumah tu, Aisy jerit lagi"Abah..abah..". Kali ni aku explain dah tak jalan. Dia menangis je sepanjang jalan. Aku balik rumah nak tunjuk abah dia ada kat rumah. Dia tak nak turun dri motor. Meraung-raung nak pergi kat rumah tadi. Sampai tengah jalan pun tak berhenti nangis aku patah balik rumah. Angkat je dia masuk rumah tunjuk abah dia yang sleep tu. Itu pun merajuk lagi, meraung-raung. Abah dia lak pujuk naik kereta. Sampai tertidur lah dalam kereta. Lepas ni kena cuba elakkan ye kereta Myvi kalau abah dia tak ada, nanti dia mengamuk lagi ingat abah dia...

Dalam seronok layan karenah dia, ntah kenapa malam tadi aku meninggi suara dengan dia. Jam memang sudah menunjukkan pukul 12.00 am, biasanya kat rumah pun aku tak lah marah-marah sangat kat dia kalau dia nak melasak dan tak nak tidur. Paling kuat pun aku tidur je, nanti dia akan datang tidur sebelah aku. Tapi malam tadi lain pulak kisahnya.

Disebabkan mata yang tidak mengantuk, Aisy terus melasak. Berjalan serata alam rumah mak aku. Lepas tu nak panjat-panjat kerusi lak. Bila dah naik atas sofa, nak lak panjat ke atas lagi. Bimbang dia akan jatuh, aku menarik kaki dia ke bawah. Dia jatuh terduduk di atas sofa dan menangis, aku pujuk tapi Aisy notti sekali lagi. Dia cuba menarik bunga-bunga kayu di dalam pasu tempayan. Aku melarang, dia menangis lagi. Aku tinggikan suara kepadanya menyatakan ini bukan masanya untuk bermain dan bukan semua benda Aisy boleh mintak dan ambik.

Mak aku kasihankan Aisy yang asyik menangis dan ingin mengambil Aisy dari pelukan aku tapi aku cuba menghalang. Memberitahu mak beri peluang untuk aku ajar Aisy bukan semua benda yang dia nak dia akan dapat. Tak kira waktu tak kira benda tu bahaya atau tidak. Supaya bila dia besar nanti dia tidak akan pijak kepala kita kerana sejak dari kecil dia sentiasa dimanjakan. Marah-marah aku pada dia tapi Aisy tetap aku peluk erat, terangkan kepadanya berulang kali dan akhirnya dia tenang sedikit. Tidak lagi cuba memanjat-manjat sofa. Cukup lah sekadar dia duduk dan bermain dengan mainannya sahaja.

Akhirnya budak kecik yang comel tu tertidur jugak selepas aku selesai solat Isyak. Tidur dia dengan usapan di kepala dan kaki oleh tangan mamanya. Menyesal lak marahkan dia...aku perlu banyak belajar mengawal emosi lagi.

Adik, percayalah..mama tak pernah ada niat untuk memarahi adik, malah terlalu sayang. Sayang sangat-sangat kat adik. Tak nak berlaku apa-apa pada adik jika mama terleka atau terlelap. Adik nyawa mama, mama tak nak kehilangan adik. Mama tak nak jugak adik sakit, sebab kalau adik sakit, mama jugak sakit. Adik pun mesti tau kan sedalam mana sayang mama kat adik. Adik, jangan notti-notti lagi ye...Muah, sayang mama sikit ye...

2 comments:

  1. Aku rasa comel+lucu bila baca pasal Aisy ni... Hehe. Bagus la ko dah start nak disiplinkan dia. Melentur buluh biar dari rebung kan kan kan... ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe..nanti hang pun akan lalui benda yang sama macam aku cuma harap Khayla tak notti macam Aisy.

    ReplyDelete