Friday, April 29, 2011

Renew Insurance & Roadtax Guna MYEG

Ni first time aku renew insurance ngan roadtax guna MYEG...sebelum ni aku selalu contact agent tempat aku beli kereta je..dia tolong settle kan semua janji bayar je duit...

Bila aku dah miliki geran Gen2 aku sendiri dan pengalaman pertama pergi renew sendiri, aku banyak dapat pengurangan dari segi jumlah wang yang perlu dibayar. Sebelum ni Gen2 pun guna agent, tu yang rasa better nak buat sendiri je lepas dapat quotation dari agent tu yang terlalu lah mahal.

Nak tunggu notice renewal lambat sangat, nak telefon bank pun malas nak pi ambik geran sendiri. So aku try google renew guna MYEG. Lagi pun kat salinan geran aku ada printed tulis MYEG, tu yang aku try jugak...rupanya ramai gak bloggers guna MYEG ni...so aku pun try la since aku dah lama ada account ngan MYEG ni coz selalu check saman kot-kot ada...

Mula-mula klik kat dia nyer website tu, tapi macam tak confident, so aku pun telefon lah dia nyer operator tu kan...bermulalah perbualan dengan operator MYEG yang namanya Megat tu..baik sungguh budak ni...

Step-step renew ngan MYEG.
1. Call la no contact us pasti diorang layan korang ngan baik sekali.

2. Dia mintak detail owner kenderaan dan kenderaan sekali. Kalau tak tau nak suminsured berapa pun dia boleh tolong check ikut market price.

3. Pastu dia pun email quotation, aku dapat 2..yang ada windscreen cover ngan yang tak cover.

4. Bila kita dah pilih nak yang mana, kat link dia bagi tu, kita view, puas hati then ada button proceed to pay..klik je lah, apa lagi...

5. Sampai step sini, korang leh pilih nak guna kad kredit atau FPX. Aku mana ada card credit, orang "kaya" kan...mestilah guna online banking je (FPX ni boleh pilih nak guna maybank ke, cimb ke, dan lain-lain lah..)

6. Step yang ni macam biasa kita buat online banking nyer payment la..mesti kena request TAC no dulu baru leh proceed...bila dah lengkap, just proceed je..dah settle...jangan lupa print dan fax ye ke MYEG

7. Tak lama lepas korang bayar je, terus ada orang MYEG ni telefon. dalam case aku ni, budak Megat ni rajin tul wat follw up..terus dia email untuk dapat detail nak buat delivery.

8. Reply lah email korang dan sekejap pastu dia telefon lagi nak confirm..dalam case aku, budak Megat ni rupanya jiran Blok rumah aku je..aku tinggal blok D, dia blok H, so dia suruh pilih nak delivery ke nak ambik dari dia je..aku pun decide lah ambik dari dia je lah...boleh kenal-kenal kan...

Ok, tamat sudah aku nyer satu perkara..sehingga bulan May ni, semua hutang-hutang, semua insurance-insurance dah settle...start June aku dah lega sikit....tapi C.De nak pergi Langkawi lak..pokai lagi lah aku

Thursday, April 28, 2011

Isteriku Zulaikha

Dah lama tak layan cerita Melayu yang sedih-sedih dan sangat terkesan dalam  hati..sape layan gak cerita ni kat TV9 malam tadi?

Sungguh terkesan kat hati cerita ni..ada ke perempuan yang sebaik Zulaikha tu? Aku rasa ramai yang akan serang je perempuan lain kalau nampak suami kita bercerekama dengan perempuan lain..tapi Zulaikha ni aku respect gila..boleh rileks je tengok husband bercinta dengan perempuan lain. Sampai plan ngan mak mertua nak satukan husband ngan kekasih lama gitu....

Aku paling sedih part-part akhir tu..terutama surat yang Zulaikha tulis untuk husband dia tu..rupa-rupanya dia adalah "Adik" waktu kecik tu...bukannya "Adik" lakonan Sharifah Amani tu...


Khiriah sebagai Zulaikha

Sharifah Amani sebagai Adik

Ungku Ismail sebagai Abang

Semua pic dari google

Yang best gak part si husband tu dok cerita kisah dia kat Zul Handy Black tu..aku suka ayat Zul tu "Kalau suatu hari nanti kau dah lepaskan Zulaikha, kau beritahu aku"..lebih kurang macam ni lah...terkejut si lelaki tu dengar dan pelik jugak kenapa...rupanya si Zul ni nak peristerikan Zulaikha kerana sudah jatuh cinta buat kali pertama...ayat sweet gila..aku suka...

Waktu kesat-kesat air mata tu tu sempat lah husband aku perli-perli aku..
"Adik, mama adik dah berdrama dah tu"...tu je ayat dia kuar cakap ngan Aisy...
"Sedih lah cerita ni.." aku...
"Em, memang sedih pun cerita ni..tapi takkan abang nak nangis lak." jawapan best husband aku...

Note : Lepas layan nangis, layan menari lak kat 8TV. Paling syok Aisy lah, dia menari ikut budak-budak tu menari. Macam dah besar sangat siap nak buat aksi akrobatik

Tuesday, April 26, 2011

Semangat Kejiranan & Kerjasama

Hujung minggu kali ni dihabiskan di kampung lagi. Nak kata sibuk buat persiapan abang nak kahwin tak jugak coz adik aku dah siap-siap dah semua. Dengan hantaran dah susun atas katil. Bilik pengantin just tinggal cadar je nak pasang...

Cuma tinggal nak isi telur dalam bunga telur yang akan dibuat pada hari Sabtu sehari sebelum kenduri dan juga mengisi barang-barang ke dalam paper bag. Paper bag tak siap-siap lagi coz nak tunggu semua barang ada baru buat sekali dan isi je. Gift dalam tu ada yang tak lengkap lagi so malas nak buat dua tiga kali, buat sekali je senang. Boleh buat minggu depan coz mak akan datang Khamis ni untuk shopping barang-barang gift.

Cuma hujung minggu yang lepas terpaksa di adakan mesyuarat untuk pengagihan tugas untuk melancarkan majlis perkahwinan abang aku ni..Kalau tak nak buat minggu ni, tapi sebab ketua kampung nak bercuti ke Singapura dan ada pulak kenduri kahwin jiran aku, terpaksalah di awalkan sikit mesyuarat ni.

Biasa lah, kalau kat kampung aku mesti ada makan-makan..meriah sungguh dengan makan-makan. Bukan setakat untuk makan waktu mesyuarat sahaja tapi sebab ada yang atang menolong menyediakan makanan petang tu, so kena lah sediakan breakfast & lunch skali...tapi sempoi je..pagi mee goreng, tengahari lak nasi putih, sayur lemak petola, ayam masak lemak cili api, sambal tempoyak dan juga buah tembikai sebagai pencuci mulut....

Menu petang lak adalah pecal, agar-agar dan buah melaka aka onde-onde...Pecal ni senang je, semua orang pun boleh buat tapi kalau nak rasa sedap ke tak adalah bergantung kepada kuah dia. Kuah hasil air tangan Mak Engku ni memang marvellous habis...Cukup rasa pedas, manis, masin semua lah..Dengan bau yang sungguh harum, fuhhh...kalau korang rasa pun memang thumbs up untuk Mak Engku ni...Nak dipendekkan cerita, sebab kuah yang sedap, kuah pun tak cukup lah...Bee Hoon dan sayur-sayuran masih lagi berbaki dan boleh bungkus dibawa balik tapi kuah tu ada yang dapat sikit dan ada yang tak dapat langsung....

Itu cerita bab makan, ni cerita bab Aisy lak...sekarang Aisy jalan dah tak pegang stereng kereta dah...Dah boleh berjalan dengan betul tapi suka nak berlari dan berjalan laju budak kecik tu. Kita yang risau tengok dia...

Sebab dia yang manja sangat lately ni, aku tak dapat lah menolong sangat orang menyiapkan pecal tu..sempatlah memotong kacang panjang untuk dicelur tu cuma 10 batang..pastu tak de lah..tapi akulah orang yang pergi barang yang mana tak  cukup lagi tu..senang pergi beli barang coz Aisy boleh ikut sama...

Kalau tak boleh menolong kat dapur, kenalah tolong yang lain jugak kan...bab mengemas tempat dan rumah aku dan adik buat..bab menyapu lak tugas aku..tapi aku sekarang dah ada assisstant..siapa lagi kalau bukan budak kecik yang comel dan rajin tu...tapi dia sapu yang ada sampah besar-besar je..yang habuk-habuk atas lantai tu dia tak layan....

Bila dah kemas dan angkat semua barang kat rumah tu, ruang tamu rumah mak sangat lapang...yang seronok Aisy lah...tambah lak pintu depan tu terbuka luas lak..lagi lah dia...kejap dok kat pintu sana, kejap datang ke ruang dapur..kejap lagi jalan-jalan pusing tiang lak..betapa suka sangat dia bermain....tapi dia tak la nak jalan keluar rumah..walaupun aku terlelap, dia elok je bermain sorang-sorang..Behave sungguh anak mama ni...

Bila dah ramai yang datang rumah petang tu dan yang pasti ramai lah jugak kanak-kanak yang datang ikut mak bapak diorang..Si Aisy ni apa lagi, dia punyalah suka orang datang..dia keluarkan semua mainan dia tunjuk kat budak-budak tu..tapi bila budak-budak tu nak main ngan dia, bukan main lagi dia tak bagi. Apa lah adik ni, nak main kena lah share-share...

Sebab Aisy ni ada sedikit kecomelan yang tak tau kat mana, ramai lah yang geram kat dia...bukan tak pandai salam, bukan tak pandai cium tapi dia nyer takut ke, tak biasa ke aku pun tak tahu..semua dia tak nak...tak kisah lah yang perempuan atau pun lelaki yang juga berpangkat atuk & wan pakat dok geram kat dia..tak nak salam, tak pe tapi terus je tangkap dan gomol dia sampai dia nangis-nangis...hahaha..padan muka adik...mama suruh salam tak nak, dah kena gomol...

Sudahnya, aku ngan husband tak jadi balik malam tu coz Aisy tertidur waktu nak Maghrib tu dan bertambah lak dengan hujan..kerja-kerja basuh pinggan lak semua pun dah settle oleh makcik-makcik kat kampung aku ni...sangat bagus mereka ni tau..bekerjasama...kerja aku? Layan Mentor je lah.... 

Friday, April 22, 2011

Perhatian Untuk Ibu Bapa (Anak Bersekolah) & Orang Yang Tak Ada Adab Di Jalan Raya

Panjang lebar sungguh tajuk entry pagi buta ni...Ni semua gara-gara geram ngan sikap pemandu dan juga perangai budak-budak sekolah petang semalam.

Petang semalam hujan lagi ketika jam sudah pun menunjukkan 5.30 pm. Confirm jam nak sampai rumah tapi sebab jalan agak clear dan aku peduli apa janji bawa dengan hati-hati walaupun laju pasti selamat kan. Ni semua sebab nak kejar ambik Aisy kat nursery. Budak kecik tu tak leh lambat, nanti dia nangis-nangis....

Aku sebenarnya memang sakit hati betul dengan pemandu-pemandu yang suka sangat potong Q..pantang betul..sakit hati aku..sebab tu kalau diorang nak jolok masuk pun, bagi signal ke, aku peduli apa!!! Aku mesti ikut rapat kereta depan tak bagi kereta tu masuk...

Kepada semua pemotong-pemotong Q area MRR2 berhampiran simpang ke jalan Ampang dan Flamingo tu, dan juga simpang ke IKEA atau Sg. Buloh tu, silalah beradab sikit. Kalau bukan sebab potong Q, dah lama tak jam macam tu....Orang lain lagi lah beratur panjang dari belakang, ko senang je nak masuk depan. Orang lain lagilah nak mengejar anak, korang setakat nak kejar balik makan atau tidur tu, lebih baik ikut turn ye...sila terasa kepada sesiapa yang kurang ajar sangat tu....

Pastu ni kes potong Q lagi...tapi kat area traffic light lak...pertama aku nak warning kat kereta WGX3319 Proton Iswara Merah petang semalam yang masuk kat Pangsapuri Sri Meranti, bandar Sri Damansara tu ye...tolong jangan kurang ajar sangat...orang lain beratur, korang sedap je potong Q..padan muka ko aku hon banyak2 semalam, ingat angkat tangan ko aku boleh sejuk...setakat korang berdua hidup bujang tu, belajar lah bersabar..oarang lain banyak lagi komitmen yang mengejar masa...

Ingatan lagi kepada ibu bapa yang anak dia bersekolah...tolong warning sikit kat anak-anak korang ok...yang mana nak melintas jalan tu tolong ikut penjaga lalu lintas....semalam aku hampir terlanggar seorang budak lelaki bila budak lelaki tiba-tiba melintas ketika aku sedang menekan pedal minyak untuk mengambil lajak. Nasib baik sempat brake...kalau tak, budak tu aku pun tak tau lah....

Yang aku buat panas hati bukan apa, orang yang jaga lalu lintas ni dah tunggu lama bagi korang melintas, tak de sape nak melintas, sedangkan kami kereta-kereta ni terpaksa lah menunggu giliran..kadang-kadang hanya dua biji kereta je lepas sebab nak bagi korang jalan, tapi korang tak nak lintas. Bila turn kereta nak jalan baru korang terhegeh-hegeh nak melintas..kalau semalam aku terlanggar, aku pun tak kan bertanggungjawab. Peduli apa, anak aku dah lama tunggu. Suruh lah mak bapak ko hantar gi hospital..

Warning lagi, aku mintak sangat-sangat ibu bapa yang ambik anak kat sekolah tu, sila jangan tunggu sahaja dalam kereta. Sila turun ambik anak korang ye...supaya korang tak la menyesal kalau apa-apa jadi depan mata korang...

Yang lagi tak patut, orang yang jaga lalu lintas tu pulak yang mintak maaf kat aku...memang kurang ajar betul budak tu...lain kali pergi sekolah belajar ye..jangan nak main je...

Aku yang geram...........

Thursday, April 21, 2011

Budak Kecik Yang Rajin

Asyik cerita tentang Aisy je sekarang ni..maklum lah, dia dah makin besar..sudah 13 bulan gitu...dah banyak benda dia tau buat..dan nak rajin buat...lebih ke arah seorang budak gugirl yang rajin gitu...hope rajin dia tu sampai ke besar la kan..jangan sekarang je rajin, nanti dah besar malas-malas lak..jangan begitu ye dik...

Malam tadi tak pernah-pernah dia menyapu sampah kat rumah, entah angin apa dia menyapu lak..terkejut gak aku bila dia ambik penyapu kat dapur tu datang kat ruang tamu. Rupanya dia nak sapu kerepek pisang yang dia makan tu..ada la jatuh dua keping atas carpet...

Video rakaman aksi dia menyapu ni ada tapi tak boleh lak buka folder tu kat pc. Nanti dah godam dan boleh aupload, aku upload.
Bukan setakat menyapu je, sekarang ni sungguh rajin dia mengelap lantai. Suka benar dengan kain buruk tu..kita tak nak la bagi kain buruk kat dia, ganti ngan kain baru suruh dia lap lantai...tapi dia tak nak..dia nak jugak kain buruk tu...

Gaya dia lap lantai pun macam orang dah besar...tertonggeng-tonggeng tolak kain atas lantai nak lap lantai yang kotor. Aksi ni je tak sempat nak rakam coz waktu tu kat rumah mak kat kampung...kat rumah aku pun selalu dia lap lantai tapi tak la sampai tertonggeng-tonggeng tolak kain tu...just duduk satu tempat dan hanya tangan yang bergerak kiri kanan lap lantai....

Jemur baju jugak rajin budak kecik ni. Pantang jumpa hanger atau dia paling suka penyangkut baju yang bulat yang selalu jemur baju baby tu...mula lah dia kutip baju-baju dia jemur kat penyangkut tu. Pada hal kita dah nak lipat baju tu, dia lak rajin nak jemur semula.

Hari Ahad tu pulak, waktu makcik aku dah balik, ntah apa yang Aisy main..macam main masak-masak tapi kurang pasti coz just ada satu mangkuk dan satu sudu. Sudu tu la dia buat macam goreng-goreng...pastu aku saje je cakap, "Aisy, bagi mama RM1.00". Dia senduk guna sudu dan bagi guna tangan dia kat tangan aku...pastu  adik-adik dan mak aku pun joint sekali layan dia buka restaurant...nasib baik dia tak pandai mintak duit kan..kalau tak, dia mesti mintak duit bila dah bagi 'makanan' yang dia masak tu...

Dalam rajin dia, dia sangat pemurah dengan makanan. Walau sedikit sekalipun, dia akan bagi kalau kita mintak. Makcik aku nak test dia hari Ahad tu, dan betul-betul Aisy sangat pemurah. Apa sahaja makanan dia akan kongsi. Tidak kedekut bab makanan ni...

Tuesday, April 19, 2011

Perkembangan Bayi Di Usia 13 Bulan

Perkembangan Bayi Di Usia 13 Bulan

 

Standing and walking

At 13 months, about three-quarters of toddlers are walking on their own -- albeit unsteadily. If yours still hasn't stopped using furniture or other objects to support herself, it just means that walking on her own is going to take a little longer. Some children don't walk until 17 or 18 months, or even later. But whether cruising around the room, holding onto furniture, or toddling, the important thing for her is that she is moving on her own; she no longer has to wait to be lifted and carried or pushed, and the world is opening up.

Aisy memang dah start berjalan bila dia dah umur setahun hari tu. Tapi untuk umur dia 13 bulan ni, jalan dia makin laju...jarang-jarang jatuh tapi jatuh jugak la..Bila berjalan sebab nak imbang badan, dia mesti angkat tangan ke depan. Husband aku buat lawak, dia kata Aisy drive kereta tu yang tangan dia angkat ke depan. Start minggu lepas jugak, jadi habit berjalan jinjing bantal..dah la bantal tu sama besar ngan dia...

Exploring and discovering

With her new walking legs, your child can roam where her growing curiosity takes her -- examining the cat up close, and then suddenly backing away if it frightens her. This is a great achievement.

Kalau balik kampung seluruh alam nak jalan. Maklum lah, rumah sendiri kecik dan sangat terhad untuk dia berjalan...

Grasps and manipulates objects

As she gets better at using her legs, she's also getting more skilled at using her hands. Most 13-month-olds are able to grab a block and drop it into a container; some are already able to scribble. She might be able to grip a spoon, but don't expect her to be using it with consistent success yet.
 
Aisy dah mula tunjuk sangat sukakan dengan segala permainan yang kena lekat-lekat dan susun-susun. Menulis lak abah dia yang ajar. Mula-mula conteng kat white board je..tapi dia tak pandai padam, bila penuh, dia pi lak conteng pintu bilik..nasib baik boleh padam..kalau tak, kena lah cat semula. Tapi bab grip spoon tu dia tak pandai lagi...pegang pandai tapi dia tak pandai nak masukkan dengan betul dan mesti terbalik. Bila dia nak makan nasi tu, nasi tu dah jatuh dulu sebelum masuk mulut dia coz dia terbalikkan sudu tu dulu then baru masuk mulut.

Grows more slowly and eats less

Don't be surprised when your formerly super-hungry baby starts to eat less. Between birth and their first birthdays, babies typically triple in weight and add 25 cm/10 in to their height. But between her first and second birthdays, your child's growth rate will slow considerably, and she'll start to lose her baby fat. Expect the amount she eats every day, as well as her food likes and dislikes, to vary.
 
Betul-betul..memang triple in weight. Aisy lahir 3.29kg dan sekarang 9.4kg..dah turun lepas demam hari tu..kalau tak memang hampir betul-betul triple weight. Lagi satu mungkin sebab dia lasak sangat..Tapi bab makan, dia makin besar ni makin banyak lak makan..terutama makan nasi, kuah sayur dan ikan goreng. Mkaan banyak tapi berat tak naik sangat. Bab tinggi lak memang betul add 25cm coz hari tu dia lahir 50cm dan sekarang dia 76cm..alhamdulillah, segalanya masih sihat dan baik....

Communicates and understands

She's got the hang of using "dada," "mama," plus a few other recognisable words. Without much vocabulary, she's worked out how to make her desires known. When she wants to get down, she'll point down; when she wants your attention, she'll tug your shirt. She's also understanding a good percentage of the simple language you use around her every day.
 
"Dada" tak pernah lagi dia sebut coz dia panggil "abah" dari dia umur 10 bulan tak silap aku..."Mama" lak dia leh sebut, tapi dia tak nak panggil aku "mama"...Kalau dia nak makan dia sebut "Mamam"..."Abang" untuk abang.."Baba" untuk basah dan "Ar" untuk car...yang lain tak jelas lagi. Dia memang bercakap tapi kurang faham apa yang dia cakap...terlalu banyak mulut...tapi kami tak faham...
 
Emmm..betul la..sekarang ni dengan aku kalau nak perhatian dari aku, kalau tak dia tarik rambut, dia mesti tarik mulut aku...lagi satu, dia tak suka aku bercakap dengan orang lain kalau tengah main-main ngan dia...ada sahaja lah dia buat sama ada dia panggil "abah"(panggilan untuk aku jugak selain abah dia.Aisy akan jerit kuat-kuat) atau pun tarik mulut aku, tak pun tarik rambut..tak pun tepuk belakang aku...pastu dia cakap "puk..puk..puk..".
 
Bab arahan atau apa sahaja yang kita cakap memang dia sangat-sangat faham dan tau cuma sama ada dia nak dengar atau tak je...kalau dia dalam mood yang baik, dia akan dengar..tapi mood tak baik atau apa sahaja yang kita larang, memang dia tak nak dengar langsung. Dia suka buat tak tahu je...

Lives mostly in the here and now

Your toddler's play mostly involves experimentation, like "What happens if I drop the plastic cup?" or "What happens if I rub my fingers in the gravy?" She likes to watch what happens after she does something, and because her memory isn't well developed she is not bored by repetition.
 
Oooo..ye ke..patut lah..lately ni Aisy suka sangat masukkan jari atau tangan ke dalam celah-celah lubang...pastu kalau tak boleh tarik balik dia marah...pastu dia suka nak masukkan kunci nak buka mangga pintu dan jugak kunci motor / kereta...bab-bab masuk kunci ni dia dah pandai tapi kalau tak boleh tarik balik dia akan marah atau kalau mangga tu dia baling je kat sesiapa yang ada dekat ngan dia. So, beware ngan Aisy ye.. 

Immunisation update

When your toddler turns one, it will be time for her measles, mumps, and rubella (MMR) immunisation. You can find out about them on our Immunisations page.

Emm..sudah semestinya berjadual untuk imunisasi ni....

Monday, April 18, 2011

Aisy Yang Notti Di Hujung Minggu

Hujung minggu kali ni hanya pulang ke kampung dengan adik sahaja. Nasib baik adik dah habis final exam, boleh la tumpang dia..buat adik, good luck...zaman belajar dah tamat..alam pekerjaan lak menanti...

Biasanya Aisy dengan C.Su dia bukan main lagi tak kisah kan mamanya tapi bukan untuk kali ni. Pertama kali jumpa C.Su petang tu dia diam sahaja. Tidak seperti biasa akan ketawa mengekek dan cuba bermain kejar-kejar. Menanti Maghrib, Aisy hanya berdiam diri sambil bermain puzzle ball dengan C.Su nya. Mungkin dua minggu tidak bertemu, C.SU sudah jadi asing padanya.

Sepanjang jalan kami pulang ke kampung, menyaksikan satu kemalangan maut berlaku di kawasan Janda Baik..sempat menyaksikan mayat dikeluarkan oleh pihak bomba kerana tersepit. Kereta perdana tu remuk di hadapan dan tak pasti mangsa hanya seorang atau lebih.

Tidak pasti sama ada terbabas sendiri atau terperosok di bawah treler kerana ada sebuah treler di hadapan kereta tersebut. Dan yang pasti, sebuah proton Wira yang memandu secara bahaya ketika kami mendaki bukit menuju ke Genting Sempah turut berhenti di tepi jalan. Mungkin sahabat atau mungkin disebabkan dia kereta tersebut kemalangan.

Kepada pemandu Wira tersebut, pemanduan anda benar-benar membayakan orang lain. Kalau benar anda punca berlaku kemalangan tersebut, sampai mati pun ko akan berhutang nyawa dengan mangsa kemalangan tu...

Hari Sabtu di rumah, Aisy punya manja sangat-sangat berlebihan. Tak nak langsung dengan orang lain...asyik nak menempel je kat aku...nak berdukung dan memeluk aku sahaja...tapi dalam senyap aku tinggalkan dia jugak coz terlalu banyak kerja hendak diselesaikan.

Bila Aisy tidur, sempat jugak lah aku menyiapkan kerepek pisang. Banyak jugak dapat coz buat setandan pisang. Pisang tu lak cukup tua untuk dibuat kerepek so ada rasa manis-manis di situ. Dalam hujan menggoreng kerepek pisang, sekali goreng, dua tiga keping masuk mulut menguyah kerepek.

Hampir 3/4 siap, Aisy bangun dan kerja-kerja tersebut diteruskan oleh C.Su coz Aisy tak nak duduk walau pun C.Su duduk disebelahku. Aisy hanya nak duduk dalam ribaan aku. Manja sungguh la budak kecik ni sekarang. Pastu sekarang ni suka sangat menangis. Sikit-sikit menangis, tunjuk tu kalau tak bagi menangis. Tunjuk ni kalau tak pergi menangis. Sampai rasa geram sangat. Kenapalah Aisy ni terlebih manja.

Malam tu penat sangat, kebetulan Cerekaram tak best so tak layan sangat. Asyik nak layan mata je lah..tapi bila pejam je mata, Aisy datang cakar muka aku..dia suruh bangun..bila pejam kje mata sikit, dia tarik mulut aku...pejam mata lagi, dia korek mata aku..apa kes ni..sudahnya pagi esok tu adik tegur ada tiga garis kesan cakar kat pipi...

Kali ni balik Kl pun husband tak payah ambik coz mak dan adik yang hantar. Kebetulan husband aku kerja tak kira masa, tak kira waktu...24 jam kerja pun ada kot...sampai bosan lah kalau nak telefon tu...

Bila adik rajin ke KL maknanya ada agenda la..sebab utama adalah sale di Sogo untuk Sogo Card...aku excited nak ikut coz nak beli baju je untuk Aisy. Untuk memudahkan urusan membeli dan membelah, decide bawak la stroller Aisy. Tak larat nak dukung dia pun. Jalan lak jatuh-jatuh nanti sakit lak.

Mula-mula ok dok dalam stroller tapi bila dah masanya aku memilih baju untuk dia, dia dah mengamuk. Aku cabutkan seat belt dia dan dukung, tapi dia tak nak. Dia nak dudk dalam stroller tapi dia nak bukakan tempat letak susu dihadapannya. Bila buka, dia asyik nak main buka tutup, buka tutup. Sudahnya staff sogo tu tegur lak stroller letak kat luar. Sesak dia kata kalau bawa ke sana.

Bila nak letak stroller kat ruang yang luas sikit, Aisy mengamuk. Tak berdukung tapi nak duduk dalam tu...Berperang dengan dia sudahnya dia menangis lak dalam Sogo tu. Tak berhenti-henti. Hanya sempat memilih dua pasang baju sahaja.

Bila nak bayar, dia ternampak coklat cadbury dalam balang. Terus dia ingat macam kat kedai mak boleh buka dan ambik. Bila nak tunggu turn nak bayar tu, dia nyer mengamuk nak kan coklat dalam balang tu...thanx to Sogo cashier coz tolong berusaha membuka balang coklat tu sebab nak ikut kehendak Aisy yang notti ni....

Bila dah beli nak la keluar lak dari Sogo. Waktu kami naik, Aisy duduk dalam stroller menghadap kedalam dan berdepan dengan cermin. So nampak muka dia, tu yang dia diam je...

Tapi masa nak turun sebab ramai sangat, kami berada di depan pintu lif. Nak tau tak, Aisy boleh mengis setiap kali pintu lif tu tertutup. Dia akan senyap bila pintu lif terbuka. Sebab aku tak tahan sangat dengan tangisan dia dalam lif tu, aku dukung dan turun di tingkat 1. Malu rasanya nak terus turun sampai bawah.

Aisy ni tak pandai control cun langsung. Ramai orang puji dia cute pun tak pandai nak cover nangis-nangis tu...apa lah..adik ni dah besar asyik nak nangis je. Dulu kecik tak nangis langsung...kecuali merengek bila nak susu je....

Bila kami ke Semua House untuk membeli barang-barang preparation abang nye wedding, Aisy asyik mengamuk je. Dah lah asyik nak berdukung je, sungguh tak larat. Beras 10kg tu aku rasa tak la seberat Aisy yang 9.4kg ni...betul-betul tak larat..campur ngan dia nyer peel mengamuk dan menangis lagi...naik malu aku.

Nak pujuk bukan susah Aisy ni..just dukung je dia jalan-jalan. Pastu kalau apa dia nak, bagi je kat dia..tapi sebab tak nak ajar dia hidup terlalu mudah untuk dia, aku just pujuk pergi makan je lah. Biar lah mak dan adik je memilih barang-barang tersebut. Kebetulan ada makcik aku juga turut serta kerana anak perempuan yang bongsu akan berkahwin pada bulan Jun. Boleh lah kalian semua memilih tanpa budak kecik yang kecoh ni...

Sungguh mahal makan di Semua House ni, nasi separuh, ikan goreng dan sayur, RM4.50..nak cepat kaya apa...dah lah tak sedap..sudahnya nasi tu hanya disuap untuk Aisy je yang sangat kelaparan. Aku sampai tak de selera coz tak rasa masin langsung. Garam mahal sangat ke sampai tak de rasa masin langsung? Sila jawab ye tuan kedai....

Makan dengan Aisy lak macam biasa lah..kalau tak di sepah-sepahkan nasinya di atas meja..ditumpahkan airnya ke lantai..itu bukan Aisy...kenyang perut makan, berjalan lak Aisy ni coz tak nak duduk..

Bila lepas je dia atas lantai, dia berjalan serata alam dan kedai..puas mengejar dia..pastu kalau dia rasa nak tepuk orang yang sedang makan, dia tepuk je...malu aku...yang kelakarnya, kat sini ada meja makan macam bar tender tu...bila Aisy jalan-jalan dia masuk lah bawah tu, aku lak yang mengejar ni naik malu lak bila menyorok bawah meja tu mengejar dia....kalau ada sesiapa yang terbaca blog ni dan semalam ada di sekitar food court Semua House pasti anda perasan aku lah orang itu yang mengejar budak perempuan berusia setahun berjalan...

Barang-barang semua hanya siap di beli pada pukul 3.00 petang. Sungguh memenatkan aktiviti hari ni. Sudahnya Aisy tertidur bila masuk je kereta....

Sampai-sampai je kat Taman Layang-Layang Kepong tu, by by aku telefon kata dia tak dekat rumah. Ada kat Sg. Pusu kerana tidur di rumah adiknya. Mintak aku ambil dia petang nanti sebab motor dia ada budak pakai tak tau pergi mana...tak balik-balik....

Bila dah sampai rumah, sungguh penat. Sangat-sangat tak larat. Menggigil kaki panjat tangga naik ke atas. Bila nak dapat landed house ni..dah tak larat panjat tangga...Cc this msg to my agent...please, dptkan rumah tu secepat yang mungkin ye...ada orang nak bagi duit down payment ni....

Banyak kali husband telefon sampai fed-up dia kot tunggu aku tak sampai-sampai nak ambik dia. Dia tak tau betapa penatnya aku, kalau dia beritahu awal-awal, boleh lah gi ambik dia dulu..tak pun try la naik lrt ke bandaraya...dulu belum kahwin boleh je sama-sama susah. Sekarang dah tak boleh...

Hari dah petang, Aisy lak tak nak dok ngan orang lain. Menempel je dia. Nak masak pun susah. Sudahnya terpaksa tinggalkan Aisy coz tak boleh bawa dia, dia bukan nak duduk dalam car seat. Laun-laun pun nanti lepas ambik husband baru beli.

Ada tujuan juga kenapa gagahkan diri untuk keluar ambik husband, kalau tak biarkan aje dia tunggu motor tu...tapi sebab ingat nak pergi rumah Karni dan boleh lah jumpa Habibah sekali kat sana...Dalam dua, nak pergi sendiri atau pick up by by dulu...Fikir punya fikir, rupanya dah terlepas jalan ke Sri Gombak...

Bila dah balik, tengok husband yang tak senyum dan jalan yang sedikit jam, just decide jumpa Habibah di stesyen minyak sahaja. Itu pun kena tunggu lama sikit baru dia sampai. Aku tak pernah jumpa dia dah lepas dia pindah ke kampung setelah berslainkan Hayfa Rania. Kebetulan lak dia pindah lepas je aku habis maternity leaves..ni jumpa Hayfa pun, Hayfa dah 9 bulan..bukan baby lagi dah...

Sempat berbual sekejap sahaja kerana hari hujan dan aku segera pulang. Aisy pasti merajuk, dapur pun tak berasap lagi ni..pukul berapa nak makan. Segan lah ngan mak dan makcik aku..datang rumah aku, tapi tuan rumah tak de lak. Nanti sepupu aku pun nak datang, tu yang kena cepat-cepat balik. Karni, jangan merajuk tau tak tengok Khayla...nanti aku pergi tengok Khayla yang comel tu coz tak dukung dia pun lagi..hari tu dia kecik sangat, aku takut la nak dukung...

Sampai je rumah, rupanya mak dan makcik aku dah stand by bahan-bahan nak masak..cuma ingat gas dah habis, rupanya husband aku cabut kepala gas tu...Thanx to M.Ngah & mak for delicious recipe & great dinner malam tadi..betul-betul uuummmppphhh...thumbs up...

Menu Dinner : Nasi Putih, Daging Goreng Bersayur Campur, Sup Tulang, Ikan Bawal Goreng & Tauhu Goreng Pedas. Habis licin lauk diratah....

Dikunjungi kakak sepupu sekeluarga untuk mengambil pulang ke rumahnya, hanya berbual sementara coz ada tetamu ingin berkunjung ke rumahnya. Tapi sempat juga Aisy dan abang-abang dua pupunya bermain puzzle ball tu...Shafiq & Amirul tu memang suka main ngan Aisy coz diorang tak ada adik kecik dan adik beradik perempuan...Tapi pernah sekali Amirul tanya aku, Aisy ni boy / girl coz dia kata kalau girl kenapa tak pakai make up cam ibu diorang. Kalau girl kenapa Aisy dan bukannya Aisyah?..jawab, jangan tak jawab soalan budak standard 1 ni....

Pulang sahaja mereka, rumah ku masih dalam riuh rendah coz ketawa dengan keletah Aisy yang suka sangat menari...kebetulan rancangan Mentor semalam lebih kepada lagu-lagu zaman 60 / 70-an kan! C.De dia suka ajar dia menari, dia pun nak menari lah..bila berdiri menari, terlompat-lompat jatuh...sambil baring pun dia boleh menari dengan menggerakkan perutnya yang muncit tu....pastu bangun lagi..yang kelakarnya dia menari-menari, pastu dia tengok kenapa dia nyer pampers bergerak-gerak...hahahaha...rupanya pampers tu dah penuh..yang tak tahannya buat kami ketawa, dia boleh lak tepuk-tepuk dia nyer pampers bagi bergerak...barulah kami perasan sebenarnya pampersnya perlu ditukar baru...sudah berat...

Dan untuk dua malam ni, Aisy kembali semula ke zaman bayinya..hendak tidur dalam hayunan aku...tidak lagi dengan minum susu..makin manja budak kecik ni....

Friday, April 15, 2011

Aisy Sudah Pandai Jeles...

Seminggu ni betul-betul perasan yang Aisy ni dah makin besar dan pandai..Selain dah dapat kaki asyik nak berjalan je, dia dah pandai jeles....

Mula-mula aku perasan bila aku bersalaman dengan suami yang tercinta..wajib salam pagi-pagi sebelum gi kerja...bila dah salam-salam mestilah ada cium-cium sikit kan!!!!..biasalah, masih dalam mood loving couple...

Waktu salam tu Aisy ok lagi..dia tengok je..tapi bila start husband aku cium pipi aku, dia dah merengek..tanda protes dan tanda tak bagi...tapi kami saje-saje je biar dia jeles...hehehe

Bila dah terperasankan perasaan jeles Aisy ni, husband aku lagi suka menyakat Aisy...Bila dalam rumah je, dia saje2 je peluk aku dan panggil nama Aisy yang sedang asyik bermain tu...sampai ada masa tu Aisy menangis seolah-olah merajuk..dia akan tunduk ke lantai tanda protes..lagi kuat husband aku peluk aku, lagi kuat dia meraung...

Dalam marah Aisy tu, dia tak pandai lagi la nak pukul abah dia...nanti agaknya kalau dia dah start pandai pukul atau tarik rambut abah dia, mesti dia buat macam tu...

Tapi Aisy dah pandai tarik rambut aku..kalau aku terpejam je mata sikit, dia mesti tarik rambut...memang tak leh nak lelap langsung...kalau abah dia tidur, dia tak kisah pun...

Aisy ni manja sikit sekarang ni...kat nursery pun sama...Zie kata Aisy sekarang ni manja sangat-sangat. Sampai nak ikut ke bilik, kat rumah lak ke mana je aku pergi, dia nak ikut. Nak masak pun susah..nak berkepit je dia....emm, tak tau lah macamana kalau dia nak ada adik...mesti lagi jeles budak kecik ni..

Thursday, April 14, 2011

Ma.ma..

Aisy dah pandai sebut mama..Petang kelmarin ambik dia dari husband kat tepi padang, tiba-tiba dia panggil "ma..ma.."..dua tiga kali dia ulang..suka suka suka..dah lama nak dengar dia panggil mama tapi tak panggil-panggil jugak...asyik abah, abah, abah je...

Walaupun dah pandai sebut mama tapi dia tak suka panggil aku mama..dia sekarang ni panggil aku 'abah' jugak..ntah apa-apa la Aisy ni..semalam sebut sekali je mama pastu panggil abah semula kat aku...

Mungkin sebab pemilik nursery tu bahasakan diri dia mama, so dia tak nak panggil aku mama..perlu tak aku tukar gelaran?Office mate aku kata aku sesuai dipanggil umi or ibu bukannya mama...Hmmm..kena fikir dulu..

Note : Macam tak rock la kalau panggil umi or ibu ni..

Monday, April 11, 2011

Aisy Yang Notti-Notti

Cerita tentang hujung minggu lagi...sebab hujung minggu je ada masa yang banyak sangat di spend kan untuk Aisy dan juga ibu tercinta.

Ingatkan minggu ni berhujung minggu di KL je sebab husband kerja hari Sabtu, tapi dia rajin nak hantar aku balik hari Jumaat tu..kira ok lah...thanx to by by..understand me..

Emm..start dengan cerita makan kat kedai dulu. Aisy sekarang sangat notti gitu...kalau kat kedai makan pun dia ingat macam rumah dia. Kalau nak harap dia duduk dalam baby chair tu usah harap lah..dia akan bangun berdiri dan panjat lak..better riba kan aje budak tu....

Kat kedai pun nak makan sendiri...terpaksa lah bagi sudu satu dan satu piring...sambil suap dia, dia pun main-main lah nasi yang ada dalam piring tu..dia ketuk pinggan tu dengan sudu. Sudah bosan dengan irama sudu, dia akan lemparkan aje sudu tu ikut suka. Lepas tu mintak semula.

Bila nak makan, nak air..dua kali sedut dalam bekas air dia tu, telan lagi. Kali ketiga dah separuh telan separuh sembur. Yang seterusnya tak ada dah telan air tu, terus sembur dan sembur lagi..lepas tu tepuk baju bahagian dada cakap "Baba'" = Basah. Bagus tak budak ni? Dia nak main air, sangat-sangat sukakan air..bukan setakat basah baju, air atas meja pun penuh. Apa lagi, main tepuk-tepuk air lak atas meja..

Itu bab makan minum, ni bab tak sah kalau tumpahkan air segelas. Makan kat Kepong dia tumpahkan segelas air suam je..kat Bentong lak malam tu dia tumpahkan air milo..habis baju dia..husband aku cukup tak suka perangai Aisy yg notti-notti ni. Selalu je cakap tak nak bawa kami makan kat luar tapi ajak gak...hehehe

Hari Sabtu hanya berehat-rehat di rumah menghabiskan masa merempit dengan Aisy. Suka sangat budak kecik tu naik motor. Kalau kunci tu pun tau kunci moto ngan kereta mana satu. Bila kita cakap mana kunci, cepat-cepat je cari kunci motor. Bila naik motor lak sekarang ni mulut bising je...siap kuar macam-macam bunyi dan aku tak pasti dia tiru bunyi motor atau pun bercakap.

Sekarang Aisy dah dapat kaki..asyik nak berjalan je..tapi berjalan ikut suka. Ada masa kalau kita sebut angkat kaki, dia angkatlah tinggi sikit nak melangkah. Ada masa dia hentam je ada apa kat depan dia. Penat mengejar dia dalam rumah mak yang besar tu..huhuhu.......Kalau jadi kurus best gak, ini makin bab je badan aku ni...

Bukan setakat dapat kaki, tapi dah pandai nak ke kedai. Mentang-mentang lah nenek dia ada kedai runcit, nak pulak dia nak pakai kasut yang telah lama tersimpan coz dia tak suka pakai. Kejap-kejap jalan gi kedai. Pergi kedai asyik ambik gula-gula ngan wafer apollo tu...hari Sabtu & Ahad dok rumah mak hampir RM2.00 gula-gula & wafer dia ambik. Gula-gula tak makan pun, dia cuma makan wafer je, tapi bila dah ambik, gula-gula tu jadi habuan mulut mama dia lah..tak pun abah dia..hehehe

Lately ni jugak Aisy dah pandai nak melawa..tak macam dulu...kalau dulu nak pakaikan dia topi, huh, tak payah harap lah..sekarang kalau tak suruh pun dia nak pakai. itu cerita hari Selasa lepas, tapi hujung minggu tu dia dah mula nak pakai cekak rambut lak. Tapi yang aku punya lah. Yang C.Su dia beli untuk dia tak nak lak. Dia memang cun lah kalau pakai cekak rambut tu. Cekak rambut tu jenis yang lebar dan pokka dot hitam putih, memang comel lah budak kecik tu pakai. Tambah lak rambut dia panjang & tutup mata...Bila cakap comel sengih sampai telinga...

Lupa lak, malam kitorang sampai tu mak tunjuk baju kurung warna merah C.Su dia jahit untuk pakai hari nikah abang aku nanti. Dia nak je pakai, selalunya dia tak nak kalau kita nak cuba-cuba ni. Bila dah pakai dia nyer suka bukan main lagi. Jalan sana sini pakai baju baru. Aku cakap lah, 'pergi tunjuk kat abah"..dia pergi tu..jalan terkedek-kedek pakai baju kurung merah.

Sebab susah tengok dia melangkah, aku tanggalkan baju tu, dia ambik semula dan suruh aku pakaikan semula. Mak cuma bagi kain je coz takut nanti baju tu berbulu lak coz tak siap jahit tepi lagi...dia pakai sampai nak tidur tu...tapi macam baju korea lak coz aku pakaikan getah kain tu kat dada dia. Macam baju kebangsaan orang Korea lak..hehehe...budak kecik ni betul-betul dah pandai nak melawa...kenalah mama dia cari barang-barang perhiasan lak lepas ni...

Ni nak cerita pasal kereta lak. Bila kitorang berdua ronda-ronda naik motor ikut jalan pintas satu rumah ni. Anak dia pun pakai myvi gak tapi warna baby blue tu. Aisy jerit "Abah..abah"..dan tunjuk kereta tu. Aku explain la kat dia yang kereta tu bukan abah punya...Abah ada kat rumah then singgah rumah tunjuk abah dia yang tengah tidur.

Pastu naik lagi motor, lalu lagi rumah tu, Aisy jerit lagi"Abah..abah..". Kali ni aku explain dah tak jalan. Dia menangis je sepanjang jalan. Aku balik rumah nak tunjuk abah dia ada kat rumah. Dia tak nak turun dri motor. Meraung-raung nak pergi kat rumah tadi. Sampai tengah jalan pun tak berhenti nangis aku patah balik rumah. Angkat je dia masuk rumah tunjuk abah dia yang sleep tu. Itu pun merajuk lagi, meraung-raung. Abah dia lak pujuk naik kereta. Sampai tertidur lah dalam kereta. Lepas ni kena cuba elakkan ye kereta Myvi kalau abah dia tak ada, nanti dia mengamuk lagi ingat abah dia...

Dalam seronok layan karenah dia, ntah kenapa malam tadi aku meninggi suara dengan dia. Jam memang sudah menunjukkan pukul 12.00 am, biasanya kat rumah pun aku tak lah marah-marah sangat kat dia kalau dia nak melasak dan tak nak tidur. Paling kuat pun aku tidur je, nanti dia akan datang tidur sebelah aku. Tapi malam tadi lain pulak kisahnya.

Disebabkan mata yang tidak mengantuk, Aisy terus melasak. Berjalan serata alam rumah mak aku. Lepas tu nak panjat-panjat kerusi lak. Bila dah naik atas sofa, nak lak panjat ke atas lagi. Bimbang dia akan jatuh, aku menarik kaki dia ke bawah. Dia jatuh terduduk di atas sofa dan menangis, aku pujuk tapi Aisy notti sekali lagi. Dia cuba menarik bunga-bunga kayu di dalam pasu tempayan. Aku melarang, dia menangis lagi. Aku tinggikan suara kepadanya menyatakan ini bukan masanya untuk bermain dan bukan semua benda Aisy boleh mintak dan ambik.

Mak aku kasihankan Aisy yang asyik menangis dan ingin mengambil Aisy dari pelukan aku tapi aku cuba menghalang. Memberitahu mak beri peluang untuk aku ajar Aisy bukan semua benda yang dia nak dia akan dapat. Tak kira waktu tak kira benda tu bahaya atau tidak. Supaya bila dia besar nanti dia tidak akan pijak kepala kita kerana sejak dari kecil dia sentiasa dimanjakan. Marah-marah aku pada dia tapi Aisy tetap aku peluk erat, terangkan kepadanya berulang kali dan akhirnya dia tenang sedikit. Tidak lagi cuba memanjat-manjat sofa. Cukup lah sekadar dia duduk dan bermain dengan mainannya sahaja.

Akhirnya budak kecik yang comel tu tertidur jugak selepas aku selesai solat Isyak. Tidur dia dengan usapan di kepala dan kaki oleh tangan mamanya. Menyesal lak marahkan dia...aku perlu banyak belajar mengawal emosi lagi.

Adik, percayalah..mama tak pernah ada niat untuk memarahi adik, malah terlalu sayang. Sayang sangat-sangat kat adik. Tak nak berlaku apa-apa pada adik jika mama terleka atau terlelap. Adik nyawa mama, mama tak nak kehilangan adik. Mama tak nak jugak adik sakit, sebab kalau adik sakit, mama jugak sakit. Adik pun mesti tau kan sedalam mana sayang mama kat adik. Adik, jangan notti-notti lagi ye...Muah, sayang mama sikit ye...

Thursday, April 7, 2011

Aisy Diserang Batuk Lelah

Hanya batuk lelah bukan diserang lelah / asma. Semalam ambik keputusan bawa Aisy ke klinik coz hampir seminggu batuk tidak juga sembuh. Tambah lak abah dia juga diserang demam. Bawa dua orang sekali pergi klinik. Sampai orang kat kaunter klinik tu tegur la, "anak ngan bapak sakit, mak jugak yang sihat". Alhamdulillah...aku masih lagi bionic woman...tak pun iron woman..tak pun supersonic woman dalam kesihatan ni...syukur sangat-sangat.

Bila tiba giliran Aisy dan abah dia masuk, Aisy seolah-olah tidak takut langsung dengan doc tu...kalau sebelum ni aku bertemu dengan Doc. Arifin tu, bukan main lagi anak mama ni behave sangat-sangat. Diam je..malu-malu pun ada...mentang-mentang la doc tu handsome gile, anak mama pun dah pandai teruja macam mama dia ye...hehehe

Semalam doc Arifin tak ada, yang ada cuma doc India perempuan yang sedikit berusia dan sangat fasih berbahasa Melayu. Aku pun tak sempat nak tanya nama doc tu apa. Tapi aku suka la cara doc tu tanya dan bagi penerangan kat aku...

Setelah melihat kesan luka hasil garuan Aisy disebabkan rasa gatal di lengan dan leher Aisy, doc terus tanya sama ada dalam family ada yang asma / alergic / resdung. Dalam family husband aku, aku tak tahu. Dia pun tak buka mulut kerana aku pasti dia sendiri tidak tahu tentang adik beradik atau tentang dirinya sendiri. Terus aku memberitahu yang adik aku mempunyai resdung yang sangat teruk dan terus membawa kepada alergic.

Selepas membuat pemeriksaan pada Aisy, ternyata Aisy berada di dalam keadaan yang sangat sihat. Batuk yang dialami Aisy sikit pun tidak menganggu paru-paru mahupun pernafasan budak kecik tu. So, doc tu just buat kesimpulan Aisy bukan lelah tapi batuk lelah yang mana ianya datang disebabkan alergic/ resdung atau asma. Disebabkan batuk berkahak itu juga telah memberikan kesan gatal-gatal pada kulitnya. Doc nasihatkan elakkan diberikan vitagen, orange juice dan seangkatan dengannya.

Doc cuba untuk menimbang berat Aisy kerana bimbang dengan kesihatannya, tapi Aisy langsung tak berikan kerjasama. Kalau berat sewaktu timbang di klinik tiga minggu lepas 9.6 kg, dalam memberontak tu sempat lagi melihat berat Aisy agak menurun sedikit kepada 9.4 kg..tapi tak begitu jelas kerana dia sangat tak suka dengan doc perempuan...hahaha..

Budak kecik tu sangat pandai, terus aje mintak keluar dari bilik doc. Dia takut doc tu periksa dia dengan banyak la tu...Yang paling best, bila kami balik je ke rumah, dia sendiri yang nak makan ubat tu. Bukan main suka lagi dia makan ubat tu. So, alhamdulillah. Ada chance nak habiskan ubat kali ni. Semoga Aisy cepat sembuh. Kesian sungguh anak mama yang cute ni....

Note : Kebetulan waktu nak ambil ubat aku terperasan ada satu brochure bukan semestinya cauliflower tu baik untuk kesihatan. Malah punca kepada cancer. Tak sempat ambik nak bawa balik. Cuma kena google cari info ni. 

Tuesday, April 5, 2011

Kembali Ke Nursery Selepas 5 Hari Di Rumah

5 hari di rumah? Akukah yang bercuti itu?...oh tidak..aku hanya berada di rumah weekend sahaja..Yang 3 hari tu sebab Tokma Aisy ada di rumah aku.

Kebetulan Rabu lepas abang aku pulang ke kampung untuk mencuba dan memilih pelamin dan baju2, malam tu mak aku decide nak ikut abang ke KL dan stay aje kat rumah aku. Kebetulan jugak Aisy demam selepas menerima imunisasi tiga serangkai di usia setahun dua minggu lepas...tapi bila mak aku datang Rabu tu Aisy dah tak demam...kan sebelum ni aku ada buat entry mintak main kat taman, waktu tu dah baik demam pun..cuma manja je lebih sikit...

Bukan main seronok lagi dia dok kat rumah dia..Hari Khamis uncle ady & aunty Niza, C. Su ada layan dia. Bila nak bawa jalan-jalan je, dia tertidur lak...penat sangat bermain..pastu asyik makan je..Tokma dia rajin masak...


Step 1 : Cuba untuk bangun

Step 2 : Cuba imbang badan

Step 3: Cuba untuk melangkah

Step 4 : Berhenti coz ada halangan di kaki

Step 5 : Posing dulu dengan lens baru uncle

Step 6: Eh!!!Dah sampai dan nak patah balik dah

Imbang badan dulu sebelum jalan lagi

Dah penat belajar berjalan

Tengah syok layan lagu Satu Malaysia
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat oooo
Kita satu bangsa, satu negara, kita satu Malaysia....

Cuba bangun nak menari lak....

Seronok dengar Tokma nyanyi lagu Satu Malaysia lagi...

Jumaat lak C.De dia datang main-main lak ngan dia. Memang seronok la dia. Tambah lak dia tengah bertatih. Dah tak nak merangkak. Jatuh pun tak pe, janji nak jalan. Tak nak merangkak-rangkak dah. Yang penatnya kitorang lah..asyik nak kejar dia je...

Bila tiba hari ni, Tokma dia dah nak balik kampung, terpaksa lah hantar Aisy ke nursery...bukan main menangis lagi dia. Ingatkan dia ok coz mula-mula naik kereta macam biasa je. Tetap nak duduk ngan aku sambil drive kereta, tak nak dah duduk dalam carseat dia. Tapi bila dah sampai depan pintu nursery, menangis tak hengat...

Selalunya bila aku masuk, dia akan senyap tapi tadi menangis jugak lagi..lebih 15 minit duduk teman dia tapi tak nak gak berhenti nangis, aku blah je la..nanti lambat lak aku ke office...sampai dengar lah suara raungan budak kecik tu...tapi harap-harap dia ok la nanti...tak sabar nak balik ambik dia..mesti dia dah tak sabar nak balik....

Sempat lagi dia mengajak aku ke taman permainan waktu nak hantar dia pagi tadi bila kami melintasi kawasan permainan tu. Nasib baik dia budak kecik yang tak pandai memberontak, masih lagi boleh dipujuk dengan mengatakan petang nanti kita pergi ye....