Salam...
Baru ada kesempatan untuk menulis setelah hari ini 17 Syawal. Banyak benda nak settle tapi banyak jugak yang tak settle ni. Hadap je la..nama pun pekerja..makan gaji..ye tak?
Our Raya Family |
Selamat hari raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin. Maklum la..aku ni menulis ikut rasa hati..mesti ada yang tak puas hati. Maafkan saya..
Dengan Mam besar |
Tak ada cerita raya yang menarik cuma tiga hari sebelum raya gigih potong baju melayu anak lelaki sebab tukang jahit tak nak buat. Adik aku gigih jugak siapkan lagi satu dress untuk budak girls dua orang tu (biru). Petang raya baru ambik dari tukang jahit yang aku hantar untuk jahit tepi dan malam raya gigih siapkan jahitan tangan untuk leher baju.
Super Girls |
Rizal dan aku pakai baju dari koleksi lima tahun lepas je. Ntah, tak de mood la nak berpakaian baru sangat sekarang ni. Aku tak hantar baju pun tahun ni tapi adik belikan juga sepasang yang baru tapi aku tak rasmi lagi sampai hari ni. Sekarang selesa dengan baju kurung dari cotton yang siap jahit poket. Senang nak isi barang dalam poket.
Cucu |
Sendiri tak de mood pakai baju baru tapi untuk anak-anak semua tersedia dengan yang baru. Dari kasut sampai ke baju raya dan juga baju kasual. Rasa tak sedap hati lak kalau tak beli baju baru kan untuk diorang.
C. Su |
Raya kali ni gak kakak ipar dan anak saudara seorang yang dari kembar tu tak balik beraya kat rumah kitaorang sebab terkena chicken pox. Dia takut jangkit pulak kat anak-anak aku. Lagi pun dia pi ambik ubat yang terpaksa makan lima kali sehari untuk elak chicken pox tu keluar. Abang aku kata wife dia dah macam orang kena kimo sebab virus tu berlawan dalam badan dia.
Cousin |
Chicken pox ni memang sakit sangat kalau kena kat orang dewasa, tapi pada aku lebih baik kita kasi dia keluar je takut nanti akan datang terkena pulak lagi kan sebab yang ni tak keluar. Tak lama pun, dua bulan habis la semua parut yang gabak gabak tu.
Kali ni punya raya belah sepupu aku semua raya Raub. Sangat happening sebab tiga hari raya asyik muka yang sama je. Mula-mula datang rumah mak aku, pastu pergi rumah mak sedara aku yang sebelah kampung ni, pastu sambung lagi pergi rumah pak sedara lak malam tu. Esok sambung lagi rumah mak sedara aku lagi seorang. Hari ketiga last sambung balik rumah mak aku sebab ada request nak makan nasi berlauk yang power dari air tangan mak aku.
Raya Kedua : Kg, Jelu, Nasi beriani |
Memang tak habis bercerita dan bergosip je la kami ni. Kebetulan kami ni ramai cousin yang perempuan, tu yang cerita dan gosip tak habis-habis. Sampai husband masing-masing ngantuk nunggu kami berborak.
Geng gosip |
Again , C.Su |
Raya sampai situ je la..hari Isnin dah start kerja semula dan sambung puasa la kita. Kerja banyak you sebab kastam kan closing every three months, dengan audit dua company lagi. Aku ni dah macam orang ambik account je kerjanya tau. Tak kisah lah, janji kerja, ada gaji kan?
No comments:
Post a Comment