Tuesday, July 26, 2016

Genius Aulad : Report Card Pick up Day

Salam...

Hari Sabtu 16 Julai lepas GA Bandar Sri Damansara buat report card pick-up day. Appointment aku kali ni pagi, seawal jam 9.00 pagi.

Nasib baik budak-budak ni bukan main awal lagi bangun. Pukul 7.00 pagi boleh bangun sendiri dan mandi. Kalau hari sekolah bukan main susah lagi nak bangun.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Kebetulan semua dah bangun , pukul 8.30 pagi terus je aku keluar bawa budak-budak ni pergi GA. Boleh jadi orang pertama harapnya.

Bila sampai je kat GA, terkejut betul aku. Ramai dah parents rupanya tapi parents yang datang awal ni semua dah siap. So, tak payah tunggu boleh jumpa terus dengan teachers girls dua orang tu.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara

Yang malunya, aku sempoi giler je pergi, aku pakai seluar slack dengan tshirt lengan panjang je, sedangkan parents lain ramai yang siap berpakaian raya. Ada pula jamuan kecil disediakan, aku dengan puasanya lagi..tak tahu kan. So, tak dapat lah jamah juadah tu.

First, jumpa class teacher Aisy. Semua dah ok..dah pandai membaca both english dan bahasa, cuma sekarang ni kena ajar dia membaca guna paper lak supaya bacaannya lebih lancar. 

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Pastu kena tukar communicate dgn dia dlm english lak. Dia ni bila orang tanya dalam english, dia diam je tak jawab sedangkan dia tahu je orang tanya apa. Yang jadi pelik nya lagi, bila dah teacher tanya kawan sebelah, baru lah pulak dia nak menjawab. Mungkin confident level dia tu tahap paling rendah nak jawab kot..,ye la..takut salah nanti malu..

Tahap menghafal memang sangat superb. Kalau surah-surah tu sebut je, nanti dia bacalah. Sekejap je dah hafal. Doa Qunut pun dah hafal..aku dulu tak ingat bila hafal semua ni..tapi dia tak boleh challenge aku bab mengaji la. Aku umur 6 tahun dah lancar baca Muqaddam. Dia, Iqra' 2 pun tak habis lagi.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Bab menulis lak, teacher dia kata tulisan dia cantik. kikihki..cantik ke? BOleh la kot..aku selalu tegur dia jangan tulis gabak-gabak sangat nanti tak muat kertas nak tulis. Aku ajar dia tulis kecik2 sikit tapi tak nampak lagi tulisan dia yang kecik tu.

Jumpa teacher Amni pulak, budak ni kalau tanya tak nak jawab. Dia cuma tahu sengih-sengih tagih jawapan je. Confident level tak de langsung.

Awak ni tak tahu la mama nak buat macamana, kat rumah pun susah nak ajar, kat sekolah pun susah, sape yang boleh ajar awak ni. Kakak Aisy je ke yang boleh ajar awak ni. Kalau kakak tanya apa-apa, boleh je jawab. Susah nak tahu sampai mana perkembangan dia.

Tapi teacher dia kata, dia ok je bab suku kata tu walaupun susah nak menjawab bila tanya. Kalau nak dengar dia sebut suku kata, kita kena eja kat dia baru dia sebut. Nak harap dia eja sendiri memang tak la.

Paling laju Iqra' budak ni. Dia dah masuk Iqra' 3. Tengok dia punya pandai bab baca ni kalah kakak dia. Mungkin dia macam aku kot. Tak pandai baca rumi waktu kecik tapi pandai baca Quran je. Itu semua poyo..masuk bakul angkat sendiri.

Lepas sign report card, budak-budak ni nak makan. Tak pernah makan nasi impit tapi kali ni makan. Ikut suka la wahai anak. Tapi tak makan banyak pun, setakat rasa je. Budak-budak ni bukan reti makan hidangan raya ni. Rugi bawa jalan sebab nanti diorang nak jugak nasi macam biasa. Tak lama pun pergi, pukul 10.00 lebih dah balik waktu tu memang parents tengah ramai datang.

No comments:

Post a Comment