Thursday, June 23, 2016

Salam Nuzul Al-Quran

Salam...

Lewat sehari ucap salam Nuzul Al-Quran ni. Maklum la..kalau cuti malas tahap gaban nak update blog. Lagi pun 'busy' bebenor..

Sempena cuti Nuzul Al-Quran semalam, aku dengan adik pergi ke Jalan TAR. Lama giler tak jejak kaki ke sini rasanya membeli dan membelah. Tapi tak membeli dan membelah sangat. 

Orang Nuzul Al-Quran bacalah Quran tu banyak-banyak, ni pergi merayap pulak kan???Harus ubah tahun depan kalau dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadhan. Kalau tak panjang umur, kem salam kat diri sendiri sebab pentingkan duniawi ni..ingatan untuk diri sendiri.

Rasa macam lama giler mengukur Jalan TAR tu tapi rupanya hanya tiga jam. Dulu-dulu kalau tak tengah malam baru balik, itu bukan mengukur namanya. Sekarang tiga jam pun dah cukup penat mengukur setiap kedai.

Tapi bazar kat Jalan TAR tak la semeriah macam dulu-dulu. Dulu bersepah orang jual kuih-kuih raya, sekarang tak banyak pun. Yang banyak jual baju-baju dan tudung. Gerai serunding, telekung dah kurang. Telekung lak tak de yang latest design sebab biasanya nak raya macam ni la suka beli telekung baru.

Lepas ukur Jalan TAR, masuk SOGO pulak. Mak ai..lautan manusia yang sangat-sangat ramai kau. Kalau bahagian pakaian budak memang terlalu ramai. Sampai nak bayar pun kena beratur lama.

Balik menngukur Bandaraya, bersilat kat dapur pulak. Budak-budak ni tinggal dengan abah diorang sebab aku keluar seawal 8.30 pagi cuma beritahu Aisy mama nak pergi kerja. Kalau tak dia nak ikut. Bukan tak nak bawa dia, nanti sekejap je dia nak balik.

Menu berbuka hari cuti semalam terlebih rajin. Aku masak nasi minyak, ayam masak merah, acar timun dan udang goreng butter. Hantar sebekas untuk adik yang tinggal kat blok sebelah. Rizal makan sampai dua kali trip dan bertambah. Kenapa dua kali? Kali kedua lepas terawikh ke? Bukan...lepas balik hospital...

Hospital lagi? Budak ramadhan ke yang sakit lagi?

Bukan..kali ni budak Zulkaedah (Amni) pulak yang sakit.  

Lepas je berbuka kita nak Maghrib, dia mengadu sakit perut. Pada halnya petang tadi elok je ke Bazar Ramadhan dan mandi sejam kat bilik air. Keluar bilik air terus menangis-nangis sakit perut.

Budak Amni ni jenis tak suka makan nasi kalau tak bersuap. Umur dah nak masuk lima tahun tapi masih manja sangat-sangat. Sehari dia kat rumah memang dia tak suka makan pun, dia makan la biskut dengan susu je tapi tak la pernah sakit pun.

Nak jadi cerita, semalam dia sakit. Telefon klinik swasta semua dah tutup. Rizal bawa dia ke hospital je. Dia ajak aku pergi sekali, aku tak nak ikut. Alasan, lambat nanti nak aku siap dan nak siapkan Amsyar jugak. Kena bawa susu bagai. Malas...

Samap pukul 10.00 malam Rizal tak telefon apa, aku dah risau. Ye la, pergi buta-buta tak bawa sehelai dua baju. Buatnya kena tahan kat ward, macamana aku nak pergi hantar barang-barang tu semua.

Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Mungkin perut ksong dan angin je. Sampai hospital dia muntah kat kaunter pendaftaran. Lepas muntah dah ok. Tapi doktor kata mungkin berpunca dari aiskrim. Memang budak tu makan aiskrim pun. Doc ni boleh guess ye punca apa walau tak cerita makan apa...

Balik rumah, terus makan nasi. Takut kena marah dan takut kena pergi hospital lagi. Sudahnya, tiga-tiga anak aku ni dah ada rekod nama kat Hospital Selayang la pulak. Em..tak kisah la..janji setakat ni aku puas hati atas service diorang cuma yang waktu Amsyar admit tu je kurang puas hati.

Ramadhan ada lagi 12 hari ni...harap-harap tak ada kejadian lain la...Amin...

No comments:

Post a Comment