Thursday, February 11, 2016

Muhammad Harith Amsyar

Lebih kurang lagi sebulan anak teruna hamba yang seorang ni nak mencecah usia 2 tahun. Banyak benda yang aku tertinggal untuk update tentang dia. Tak macam kakak Aisy dia. Maklum la, anak 1st memang tersangat excited nak update setiap perkembangan dia.


Bila dah masuk anak nombor 3 ni, dah macam malas pulak. Tambah pulak dengan sikap malas nak menulis ni..tu yang lagi banyak faktor cerita tentang anak teruna ni tak ada.

Walaupun Amsyar sudah 1 tahun 11 bulan, tapi dia tak boleh bercakap penuh lagi. Satu-satu perkataan dia keluar dan kebanyakan perkataan keluar adalah dialog2 yang selalu aku cakap dengan dia. Dah la perkataan je yang keluar, lepas tu ada perkataan yang hujung2 je bunyi yang keluar. Contoh , 'sok'..kau expect apa dia cakap? Hehehe...terpaksa la aku keluarkan satu-satu perkataan yang dia nak cakap. "Esok / Masuk ". Kalau salah dia akan kata "kan" sambil geleng kepala sampai la betul apa dia sebut. Lambat betul la kau ni bercakap dik, tapi bercakap tak berhenti.


Pakai baju dan seluar sendiri masih tak pandai lagi. Cuma tanggalkan seluar separuh punggung je. Baju langsung tak pandai pakai dan tanggal lagi. Kasut kalau pakai yang jenis sandal ada zip zap tu, dia cabut zip zap je. Kalau pakai selipar crocs / selipar jepun, baru pandai pakai dan tanggal sendiri. Tapi masih tak boleh bezakan kiri dan kanan.   

Sangat suka bermain dengan "Elsa & Anna" yang kakak2 punya. Sudahnya asyik la kena tumbuk/ ketuk kepala / tarik rambut dari kakak2 dia. Aku rasa dia suka kat "Elsa & Anna" tu sebab kartun tu comel kot..biasa la boy, mesti suka girl yang comel2. Kalau tak bagi dia main patung, dia ada mainan dia sendiri. Mestilah pelbagai jenis lori dan jentolak yang abah dia beli murah-murah je. Sebab dia ganas sangat, kebanyakan mainan dia tayar dah tercabut.

Sangat suka watak raksasa dalam cerita ultraman. Yang jadi mangsa mama dia la..asyik kena fire je. Dia paling suka kalau kita main lawan2 dengan dia. Tapi ntah kat mana silapnya, budak ni dah pandai jugak tengok youtube. So, jadilah perebutan 3 pihak bila di rumah untuk menonton youtube sedangkan handphone ada dua je. Tablet semua seudah jahanam dan aku malas belikan yang baru. Handphone pun rasanya nak musnahkan je biar pakai Nokia 3310 je. 

Paling geram kat budak Amsyar ni, sungguhpun kecik lagi tapi dia tahu apa itu "ROKOK, MEROKOK, LIGHTER". Ha kau, geram betul aku sampai aku tulis huruf besar kat sini. Kecik-kecik lagi dah pandai. Pantang jumpa dan pantang lepa..bila jumpa puntung rokok, masukkan dalam mulut dan gaya pegang puntung rokok macam lah kau pro sangat dik. Ni la bahayanya ada anak lelaki bila bapak dia merokok. Cepat sangat meniru.

Bila kakak-kakak mengaji, dia pun ikut sama. Ada masa abah dia yang take over aku mengajar, aku terdengar dia membaca alif ba ta. Aku harap Amsyar ni cepat sikit start muqaddam macam aku dulu-dulu sebab dua kakak dia baru tahun ni start buka muqaddam.

Sebab kakak-kakak semua ada homework dan hobi adalah melukis, maka dia pun sama melukis. Pegang pensil atau pen ada masa betul, ada masa salah. Tapi tak boleh kita betulkan. Dia tak bagi pun.

Walaupun Amsyar ni sado, tapi dia hati lembut. Bila dia buat salah, kita marah, dia akan secara automatik akan stop. Kata la dia tengah angkat tangan sebelah, tangan tu statik macam tu la sambil mulut tercebik2 nak nangis. Kadang suka je buat tak peduli sebab nak tengok dia menangis. Hati penuh taman betul budak ni.



Amsyar, hope satu hari nanti Amsyar akan jadi abang pada kakak-kakak walaupun Amsyar ni adik je. Sayang ketat-ketat.

No comments:

Post a Comment