Friday, February 12, 2016

Pertukaran Hak Milik Kenderaan - Pemeriksaan Puspakom

Sebenarnya aku menggunakan khidmat agen untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom ni.
 
Kalau nak buat sendiri, aku rasa tak susah pun. Yang penting dapatkan appointment bila kita nak bawa kenderaan kita. Boleh rujuk laman web PUSPAKOM ni untuk dapatkan nombor telefon cawangan mana yang anda nak pergi.
 
Aku nak buat pemeriksaan Puspakom ni di cawangan Raub, aku try call untuk buat appointment, tapi orang yang jawab tu kata kalau untuk kenderaan persendirian tak payah buat appointment. Maknanya yang kena buat appointment mungkin kenderaan perdagangan sahaja. 
 
Dokumen apa yang perlu ada untuk pergi ke Puspakom? Yang penting kena bawa geran kenderaan yang asal berserta duit pembayaran RM 31.80.
 
 
 
Apa yang diorang periksa? 
 
1. Nombor Enjin
Puspakom akan semak no enjin yang tertera di geran kenderaan dengan enjin yang berada di kenderaan untuk make sure sama. Kalau tak sama tak akan lulus la.
 
2. Nombor Casis
Ini pun sama la macam nombor enjin. Kalau nak beli insurance pun dua perkara ni kena ambik kira.
 
3. Kenderaan potong
Puspakom akan check body kereta sama ada body tersebut telah di sambung dengan kenderaan potong atau tidak. Biasa la, kadang nampak macam perfect je kereta tu, tapi rupanya body dia sambung. Mungkin body asal telah dimusnahkan ketika kemalangan. Kalau dikesan ada sambungan dengan kenderaan potong, tak lulus tau.
 
4. Keadaan cermin :
a. Ketelusan cahaya - tinted mesti ikut yang dibenarkan JPJ
b. Pemasangan - mesti kemas
 
 

Pendek kata, macam kenderaan baru la kita kena prepare supaya owner baru dapat kereta yang masih elok condition nya.

Memang kalau tengok pemeriksaan dia simple je, tapi sebenarnya banyak jugak expect yang kita nak jaga. Make sure brake dan tayar berfungsi dengan baik, lampu, viper, dan yang penting pemasangan semua pintu adalah kemas dan tidak bergoyang atau longgar.
 
 

Memang banyak jugak berhabis baiki kenderaan tu sebelum masuk pemeriksaan. Janji lepas ni bawa kenderaan tu atas nama sendiri. Bukan nama orang lain.

Insyaallah, part kedua pertukaran hak milik kenderaan - insurance dan JPJ aku blog next entry.

 

No comments:

Post a Comment