Wednesday, April 1, 2015

Kereta Mainan

Aku suka kumpul kereta mainan yang hanya boleh di dapati di stesen minyak dan juga yang dapat percuma je. Kalau kata sangat-sangat suka mesti aku mempunyai semua koleksi kereta mainan. Sanggup beli tak kira harga berapa.

Tapi yang ni sebab saje suka-suka sebab tengok sangat cantik, kualiti, dan boleh beli dengan harga yang sangat murah.

First aku punya collection adalah set Ferrari yang aku kumpul dulu bila isi minyak. Boleh beli dengan harga RM 6.90 tak silap aku kalau isi minyak Rm 30.00 ke atas. Kereta ni semua sekali ada 6, yang warna merah tu ada tiga tapi yang satu tu ntah ke mana. Ni semua anak-anak punya pasal. Kalau belum ada anak, semua ni masih rapi dalam kotak. Ini pun ada yang tayar dia dah tak ada langsung dan juga yang getah tayar dia dah tercabut dan aku tak reti nak pasang semula.


Yang MILO punya lori ni pulak 2nd collection aku. Yang ni dapat free je bila redeem barkod minuman MILO tak kisah la dalam bentuk apa pun. Sanggup aku minum milo banyak2, tapi tak sempat nak collect semua sebab point dia nak banyak jugak la untuk dapatkan satu lori ni. Lepas tu dia ada period tu untuk redeem satu2 jenis lori ni. 


Lori ni datang dengan set lengkap dalam kotak plastik yang boleh kita display je atas almari. Tapi dapat kat anak aku, kotak display ntah ke mana, yang tinggal tapak dia pun just dua je. Yang lagi satu ntah ke mana. Itu pun lori yang 1950's tu tutup tong Milo warna hitam dia ntah ke mana. Dahsyat kan anak-anak aku ni.



Semua gambar ni abang aku punya collection. Yang aku punya masih di dalam plastik tak dibuka lagi tapi dua kereta termasuk yang jenis ni dah hilang. Huhuhu...

Yang koleksi Lego dari Shell ni memang aku beli saje2 sebab dah tak pakai minyak Shell sejak adanya Ron95. Sebab dia comel sangat, aku pun beli. Lagi pun waktu tu, brother kat Shell Gombak MRR2 sebelah Petronas tu bagi beli je walaupun kita tak isi minyak. Tu yang aku pulun beli semua ni. Ini pun dua anak aku dah hilangkan waktu Amsyar masuk hospital last year. diorang main kat rumah mak, bukan setakat yang aku, yang c.de dia punya skali hilang.


Latest collection dari Petron lima biji kereta Porsche ni aku beli di Kelantan. Giler murah, RM 10.00 je satu kereta ni. Itu pun Petron yang area Chabang Empat tu je la, Petron lain semua harga lebih sikit. 

Kereta ni bukan setakat boleh bergerak, tapi boleh jugak dengar bunyi-bunyian (alarm & hon). Murah kan!!!Tapi siapa yang nak pergi beli kat Petron tu rasanya dah tak ada kot...hehehe...

3 comments:

  1. bro..yg lori merah panjang tu beli mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu lego shell yang last year atau last two years. Tapi model tu customized sendiri. Kalau nak details, boleh contact dengan abang saya di FB Ell Naqi

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete