Tuesday, March 31, 2015

Birthday Theme Frozen

14 March hari tu kami satu family just buat birthday celebration untuk Aisy & Amsyar. Just untuk family je sebenarnya, so aku pun tak la buatkan goodies bag.

Tiba-tiba mak cakap dia jemput juga kawan-kawan dia untuk datang dan mereka memang nak datang. Sebenarnya mak memang ajak semua makcik2 kat kampung tapi untuk majlis bacaan yassin, tetapi kebetulan hari tu ada majlis kenduri kahwin di kampung dan mereka menolak untuk datang. Biasa la kenduri kahwin, mesti penat sampai ke pukul 2.30 petang baru balik rumah. Tapi tak sangka ada juga yang sudi nak datang meriahkan majlis birthday anak aku yang tak seberapa tu.

Untuk decoration ni aku dan adik just buat simple je sebab tak jemput tetamu dan setakat nak memenuhi hasrat Aisy je nak birthday kek Frozen.



Kek frozen ni kami tempah bukan di kedai kek tapi dari individu yang buat bisness dari rumah sahaja. Kalau berminat boleh la stalk dia bunya facebook "Flower Cake". Design kek adalah dari mr. Google dan cik flower cake ni telah berusaha dengan gigih menghasilkan sejibik macam gambar yang kami bagi.




Backdrop untuk sign happy birthday & nama tu aku just print atas kertas biru dan lekat di kertas dolly paper yang bersaiz besar. Murah je beli kat DIY.



Sign Let It Go tu aku print atas kertas A4 biasa dan aku tampal di kertas woven yang juga di beli di DIY.



Untuk pembalut Kit Kat & mineral water tu aku just gunakan pembalut hadiah yang kebetulan berwarna biru yang aku jumpa di DIY. Image & tulisan tu semua copy paste je dari google image, edit sikit tambah tulisan je.



Sign yang dalam frame ni aku print dari pinterest tak silap aku. Design and wording dia dah siap dalam format pdf, just print dan letak dalam frame. Adik aku tanya kenapa tulisan tu "Thank You Snow Much For Coming", salah eja ke apa. Aku pun tak perasan tapi alasan aku apa, nama pun theme frozen, sebab tu agaknya diorang buat party sgn tu 'snow much' bukan 'so much'. Boleh la terima alasan aku tak? Hehehehe...



Gambar olaf, Elsa & Anna tu adik aku print atas kertas dan lekat atas board hitam yang keras tu. Tapi anak2 sedara dia semua ganas2, sampai patah tangan olaf tu walau pun belum diletakkan di meja lagi. Buat main, mana tak patahnya.



Dalam kepala aku sebenarnya aku memang nak buat macam full frozen birthday theme dari makanan, back drop sampai la ke costume. Tapi hanya perancangan, tuhan yang menentukan. Hehehe..Kekangan masa yang sangat terhad dan banyak yang tak plan betul2 tu yang tak jadi. 

Aku dah siap buat snowflake yang macam-macam design dah tapi asyik tak puas hati, sudahnya aku buang je. Biasa la, guna kertas A4 80gm tu buat 5 point snow flake tu, dilipat2, digunting2, bila di buka macam lembik je. Tak sado pun bila nak gantung so tak cantik. Buat yang print dan gunting pulak, kalau yang image cantik susah giler nak potong tu yang tak jadi potong. Yang image senang pun tak sudah potong, sudah nya angan2 nak gantung snowflake tu hanya tinggal angan-angan.

Baju Elsa tu aku dah survey online dah dua bulan kot tapi tak beli2 bila aku ke Pangkalan Kubor tu dan tengok material kain dia. Oh sangat tak puas hati dengan harga dan jenis kain tu. Nak tempah memang tukang jahit tu tak nak terima tempahan dah. Lagi pun badan Aisy kan sikit comel. Tu yang tak berani nak beli online.

Untuk Amsyar lak, usha baju gambar olaf tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Last but not least, nak beli shirt putih and tempah sulam gambar olaf, pun tak jumpa shirt plain putih saiz Amsyar. Sudahnya, tak ada la costume yang betul2 macam animasi Frozen tu. Yang adanya adalah watak 'Esah" dan "Alif" versi orang Melayu Malaysia. Hehehe..jangan marah ye anak-anak ku.




Kebetulan juga Aisy adalah sangat berperangai tak elok di hari tersebut. Di nak potong kek tengahari tu jugak tanpa ada tetamu datang. Bila dah potong, dia makan dan selebihnya dia simpan dalam peti dan tak nak bagi orang makan pun. Sudahnya kek 2kg tu hanya untuk makan sendiri. Boleh???? 





No comments:

Post a Comment