Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri 1434 Hijrah

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin. Kalau nak datang, silakanlah beritahu dulu ye. Tak kisah la di rumah aku kat SD atau di kampung. Tahun ni tak de acara open2 house ke, jemput2 datang. Tahun ni hanya tahun jemputlah masuk...



rizalhana-aisy.blogspot.com
Gambar satu family yang sikit tak cantik

                                                         
Sepertimana entry sebelum raya tu, macam tu lah kejadiannya hari raya. Masih beraya di rumah mak aku sebab aku mempunyai anak yang tak mau pergi raya rumah orang.

Sebelum cerita raya, aku nak cerita cerita sehari sebelum raya. Sepatutnya kami balik kampung hari selasa malam coz hari Rabu kami berdua memang dah cuti. Tapi nak dijadikan cerita, husband kena kerja teruk2 sebelum cuti, so tak larat nak redah kepekatan malam tambah pulak kalau jam sape nak drive kan.

Aku bukan tak boleh drive, tapi dua anak aku membuatkan aku tak boleh drive kalau bawa dua budak ni. Macam-macam ragam yang akan menjelma. So, malam kejadian dengan Aisy yang tiba-tiba jugak kata tak nak balik kampung sambil berdrama tengah malam, kami pun pusing-pusing KL je la.

Ingat nak joint lelongan di Jalan TAR coz kami tak shopping apa pun raya kali ni. Tapi jalan nak masuk ke Jalan TAR tu jam gila kot. Bersusun-susun kereta walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.00 malam. Mujur aku dah pesan kat adik last week untuk belikan baju melayu Rizal, kalau tak aku rasa dia terpaksa la pakai baju lepas2 yang tak sama tema ngan kami.

Jalan mana je boleh kami pergi malam tu dari Jalan Kuching? Jalan ke KLCC dan BB. Jalan clear gila so malam tu kami menikmati limpahan cahaya di KLCC sampai budak berdua tu tertidur.

Ingat nak shopping raya pagi Rabu sebelum balik kampung, tapi sebab berbolak-balik, berdolak dalik, bertolak-tilik, kami keluar rumah pukul 2.00 petang tau dari rumah. Macam tak nak raya je kami ni kan. Destinasi terus ke Raub tapi singgah di TF Bentong yang baru sebab diapers budak2 ni dah tak de.

Jalan sangat clear macam hari biasa balik kampung. Tak de sangkut jam langsung. Macam tak raya pun ye jugak. Kat TF pun parking boleh pilih. Siap park depan pintu masuk lagi. Orang dah tak beraya kot sekarang ni...

Sampai rumah mak dalam pukul 4.00 petang...menu berbuka semua makanan hari raya, lemang, rendang, nasi impit...dan akhirnya aku berkesempatan ke masjid di malam raya bersama emak, adik & dua budak kecik. Di masjid jugak macam orang tak nak raya je. Hanya sekali takbir lepas solat Isyak je semuah jemaah bersurai. Itu pun boleh kira berapa orang. Jemaah perempuan lagi lah tak de kecuali kami je.

Perangai dua budak tu ok tak? Ya ampun, habis satu masjid belah perempuan tu jadi tempat mereka main kejar-kejar. Waktu kami tengah sembahyang, Aisy boleh pulak dia keliling kami bertiga sambil mengira telekung sape yang cantik dan tak cantik. Siap tepuk punggung kitoarang yang tengah rukuk ni. Tengok, aku sembahyang tahap apa aku pun tak tahu la. Kusyuk dalam sembahyang macam dah ke laut sejak sembahyang dengan anak-anak ni..

Kenapa tak tinggal je? Kat rumah cuma ada abang & wife dia yang sangat busy dengan Naqib yang nakal. C. De lak busy nak mengemas2 rumah. Abah dia sibuk balik kampung nenek dia jenguk kawan atau nenek dia aku pun tak tahu la. Lagipun budak dua orang tu mana boleh tak duduk bawah ketiak mama dia. Lagipun mak yang nak bawak dioarang pergi masjid. Ikutkan je la...

Sob..sob.sob..aku sedih giler lepas solat Isyak tu. Kan bertakbir raya...waktu ni la teringat abah dah balik semula lepas masuk je waktu berbuka bagi Ramadhan terakhir petang tu. Sedih kot..walaupun dah lebih lima tahun berlalu tapi hati je yang tahu apa yang aku rasa saat tu. Lepas bertakbir, terus salam raya dengan mak dan adik. Waktu salam mak, 1st time aku sangat beremosi dalam hidup. Salam sambil nangis..1st time rasa syahdunya di malam Syawal.

Tapi lepas tu semua kembali macam biasa..balik  kemas2 rumah, main bunga api tapi semua balang kuih raya simpan atas meja makan coz dua anak dara kecik tu dah sibuk nak beraya malam tu.

Cerita pagi raya lak, Aisy tak nak pakai baju kurung. Dia nak pakai skirt pendek & kemeja sahaja. Tema kami merah, tapi baju dia pink & mini skirt jeans biru tua. Dia punya tak de mood satu hari dari pagi sampai malam. Seharian dia duduk dalam bilik sebab orang datang rumah beraya.


Kami berdua je sebab anak tak sudi

Takkan tak menjenguk mertua. Nasib Aisy kena tipu. Kami cakap nak pergi TF, so dia pun keluar ikut kami naik kereta tapi dalam kereta dia asyik tanya kenapa tak ikut jalan yang betul kan. Dia kan hafal jalan mana nak pergi mana, semua dia tahu. Jalan KL ni pun dia dah experts kalau tempat dia biasa pergi.


Amni yang sporting tapi tak nak ambik gambar ramai-ramai
Bila sampai je simpang rumah nenek husband aku, dia terus menangis dalam kereta. Dia tak bagi aku turun jugak. Duduklah aku & dia dalam kereta je. Husband & Amni masuk rumah. Lama la jugak, pujuk2 dia sambil layan borak dengan dia, dapatlah aku keluar kereta menjenguk keluarga mertua di situ. Salam-salam raya terus mintak diri nak tengok anak dalam kereta.

Banyak kebimbangan bila kita tinggalkan anak dalam kereta ni dengan enjin dihidupkan. Satu, Aisy pernah terkunci di dalam kereta. Nasib waktu tu ada kunci spare, sekarang kunci aku dah hilang satu, just tinggal satu je.

Dua, kemungkinan orang bawa lari je dia dengan kereta2 sekali pon boleh berlaku coz kereta park tepi jalan besar dan rumah nenek husband adalah 500 meter dari jalan besar dan ditutupi pokok-pokok buahan yang gabak. Tak nampak okey apa berlaku kat kereta.

Kemungkinan dia terlemas in case tiba-tiba air cond kereta ada problem ke, kita pun tak tahu kan. Aku tak rela kehilangan dia walaupun perangai dia sangat menyakitkan hati. Aku rela dicemuh keluarga mertua atau sedara mara tapi aku tak nak menyesal seumur hidup meratapi kehilangan dia dalam hidup aku. Biarlah dia degil ke, nakal ke, dia adalah anak aku.

Kesian kat dia, bila aku sampai je kat kereta, dia sedang menangis. Aku tak tahulah berapa lama dia menangis, mungkin sejak aku tinggalkan dia. Sebab waktu aku nak tinggalkan dia, aku terserempak ngan dua adik ipar aku (lelaki), aku cakap yang Aisy ada dalam kereta. Mungkin bimbang jadi apa-apa, so diorang mungkin pergi dekat kereta. Sudahnya dia menangis dalam kereta sebab takutkan adik2 ipar aku ni. Mungkin ada 15 minit kot sebab aku naik rumah tu ada kot aku lepak dalam 15 minit je.

Sampai bengkak-bengkak mata dia menangis. Sudahnya husband aku cepat-cepat je la berlalu pergi sebab anak aku tak mesra alam. Kami duduk rumah je lepas tu. Aisy pun duduk dalam bilik je la sebab dia tak nak jumpa orang datang beraya kat rumah.

Tapi alhamdulillah, dalam pukul 3.00 petang..Aisy berjaya dipujuk untuk dipakaikan baju kurung raya. Sesi fotografi kami pun tak selesai2 dari pagi sebab asyik ada orang datang je. Petang je boleh ambik gambar tapi dua anak aku dah longlai sebenarnya. Mereka dah tidur sebenarnya. Tapi angkut jugak sebab nanti tak lengkap gambar kan...


Anak aku yang longlai
Adik beradik
Jiran yang dah macam keluarga sendiri. Banyak cerita sebenarnya disebalik gambar ni dan disebalik hubungan kami sebagai jiran

Setelah berjaya dipujuk oleh Cik De untuk pakai baju kurung

Raya kedua dimulakan dengan menziarahi pusara abah...Allahuakbar..sepanjang2 aku bacakan surah Yassin, tak ada sesaat pun airmata ni nak berhenti mengalir. Rindu, sangat rindu. Sejak abah tak ada, rumah aku hari raya pertama dan yang seterusnya tak ramai dah yang datang berkunjung.

Abah ramai kawan2, bila hari raya, memang meriah sangat sebab ramai kawan2 abah datang. Raya pertama biasanya kawan2 sekampung la sebab diorang memang berkawan masa masih muda. Sama-sama bujang tinggal di asrama sampailah beranak pinak, kat sanalah tempat mereka. Bukan abah je dah tak de, tapi kawan2 abah juga sudah ramai yang tak ada. Raya yang lain2 tu kebanyakan kawan2 abah waktu abah kerja kilang sawit Felda tu yang datang.

Tapi aktiviti abah kalau raya kedua, pagi-pagi lepas Subuh dia dah gerak naik motor balik kampung dia kat Jelu. Sebab memang dah jadi kebiasaan dia menziarahi kubur Mak & Cik dia. Lepastu dia bertugas pulak masakkan nasi minyak ke, nasi apa2 lah kat rumah makcik aku lak untuk semua adik beradik dia.

Sekarang semua dah tak de tapi kami masih balik ke kampung abah raya kedua. Cuma kubur nenek & datuk aku je tak pergi. Makcik aku pun sejak abah kena strok lagi dia dah masak menu sendiri. Tapi tahun ni tak. setakat jalan raya sahaja mungkin kebetulan hari Jumaat kan.

Nama je jalan raya, tapi Aisy masih tak beraya ke rumah orang. Dia duduk dalam kereta je tak pun duduk luar rumah kalau makan dipujuk. Bergilir-gilir lah aku ngan Cheq Su dia menemankan dia dalam kereta. Abah dia hilang ntah ke mana. Mungkin beraya kot..mungkin melepak di rumah kawan2..aku pun tak tahu.

Raya ketiga juga tak ada apa nak buat kecuali petang tu pergi rumah arwah tok wan sedara aku & mak cik aku. Pun beraya dalam kereta. Raya keempat pun sama, beraya dalam kereta jugak. Tengahari makan kat rumah pak cik aku lak..raya kelima dah balik KL tapi kami plan nak balik awal pagi tapi sudahnya kami balik lepas Zohor. Raya keenam, start kerja dah...mood raya ke laut lah sebenarnya....

4 comments:

  1. Salam Fiza... Salute kat hang sabar melayan karenah Aisy. Kalau Khayla lain pulak, pantang tengok orang bawak kunci kereta dia terus nak ikut! Tetiap tahun ke korang kena beraya kat rumah / dalam kereta je?

    Apa kata hang buat la taktik, ajak dia dgn adik dia main game.. Sapa kumpul paling banyak sampul duit raya / salam dgn tetamu nanti korang belikan mainan kat Jusco. Mungkin tu boleh motivasi dia keluar bilik ke.

    Kalau tak boleh gak baca je doa lembutkan hati masa dia tido. Takut smp ke sudah dia tak nak jumpa sedara mara susah pulak

    ReplyDelete
  2. Dia paling susah nak jaga sebenarnya dari kecik sampailah besar ni. Dia sangat takutkan lelaki dan sekarang ditambah dengan orang tua lak. Kat mana la kita nak pergi kalau tak de lelaki & orang tua kan..itulah sudahnya kami beraya dalam kereta je.
    Taktik tak jalan tau Karni. Cakap la apa pun, dia bukan makan saman pun. Buat dek je tak pun dia menjawab. Kalau paling sakit hati dengar dia melalak lak..baik tak payah.
    Doa ni yang tengah usahakan. Insyaallah..harap ada perubahan. Kitorang adik beradik pun siap cakap nak bawa dia gi perubatan islam time dia melalak tak tentu pasal tu. Sangat mencabar berdepan dia hari2 tapi kalau petang aku nak ambik dia balik tapi dia tak nak balik rumah, aku dah sedih tahap gaban tau. Macam dia benci lak kat aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar la Fiza, lain budak lain pe'el... Aku pulak pening ngan Khayla sebab dia mcm tak suka sgt dgn adik dia. Berdoa & berharap dia akan berubah jadi kakak yg penyayang... amin..

      Delete
    2. Hang pun sama..moga kita dikurniakan kesabaran dalam membesarkan anak2 zaman sekarang ni.

      Sungguh pelik sebab kami adik beradik waktu kecik dulu sangatlah rapat. Aku rasa hang pun sama kan. Mana ada nak gaduh2, dengki2 kan!

      Delete