Alhamdulillah, hampir selesai ibadah puasa kita kan. Ramadhan mungkin ada satu atau dua hari je lagi sebelum Syawal menjelang tiba. Aku tak nak tanya persiapan raya coz semua orang pun dah siap sedia dengan kasut dan baju baru tapi aku nak tanya korang dah tunaikan zakat fitrah ke belum?
Bagi warga kota lebih baik bayar zakat fitrah dulu sebelum pulang ke kampung. Kan di kota ni kita mencari rezeki. Tapi kalau tak sempat kat kota, kat kampung pun boleh. Jaji bayar...ye tak?
Bila Ramadhan sampai penghujung ni sebenarnya sedih tau. Tahun ni punya Ramadhan amal ibadat terutama solat terawikh banyak ke laut je. Asyik berperang dengan anak-anak dan keadaan badan yang sangat-sangat penat.
Tinggal bertiga tanpa suami ketika berbuka puasa sehingga lewat malam, bukan senang nak bersolat. Sedangkan solat yang wajib juga (Isyak) kadang aku terpaksa postpone sampai Sahur sebab kalau sembahyang tapi tak kusyuk buat apa kan!!!!
Dua puteri yang ada ni adalah sangat nakal. Mereka sangat2 suka bergaduh sampai rasa malas nak layan kalau ada yang menangis. Geram tau. Tambah nakal bila kita nak bersolat. Kalau aku tengah sembahyang, mula-mula Amni akan masuk dalam telekung aku. Konon nak sembahyang sekali. Tapi apa ke jadahnya nak sembahyang sekali kalau berdiri betul2 sama tegak dengan aku dalam telekung kan!
Bila kita nak rukuk, dia lari la sebab dah penyek dalam telekung kan..tapi dia buat kuak lentang lentang lak atas sejadah. Terpaksa berganjak dari tempat sujud dan aku tak tahulah solat aku diterima ke tak sebab kenakalan anak aku ni. Solat bergerak-gerak tau...tengah-tengah sujud tu, buukk..dia duduk atas kepala kita pulak...terpaksa la sujud lama-lama kalau dia tak bangun. Tapi kalau aku angkat kepala nak bangun, dia lari la....
Yang tu perangai yang kecik..yang besar pun lebih kurang. Bila dia tengok adik dia masuk dalam telekung, dia pun buat sama. Tapi sekejap-sekejap je. Lagi satu habit Aisy kalau aku tengah sembahyang, suka sangat menari-nari depan mata aku atas sejadah pastu bila kita nak sujud baru blah..
Itu bab kacau sembahyang masuk dalam telekung..banyak lagi cara budak-budak ni kacau aku solat. Amni paling suka punggah mainan letak atas sejadah tempat aku betul2 nak sujud. Tak de nye nak ketepi sikit ke. Tau je aku berdiri tepi sikit, tepi sikit tu la dia selerakkan mainan. Pastu dia sibuk la main sambil panggil mama..mama..mama..
Bila adik main, kakak pun nak main. So, bergaduh rebut mainan yang sama. Adegan cubit mencubit berlaku dan menangis. Itu je lah kerjanya dua anak aku yang nakal ni. Korang rasa macamana nak solat terawikh? Nak bawa gi masjid, huhuhu...dua beradik ni akan kacau orang lain sembahyang lak. Bukan aku tak pernah pergi masjid bawa dua budak ni..tapi tak boleh langsng nak solat. Rakaat pertama ok lagi, masuk kedua dah ada bunyi macam-macam dah.
Hope tahun depan aku berkesempatan dan dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Ramadhan. Teringat zaman duduk bujang duduk rumah sewa dulu, siap sanggup mengharung jalan besar kat Pandan tu sebab nak ke masjid kat Pandan tu dengan pakai telekung je.
Seronok Ramadhan ni pada aku nak tahu kenapa..kita mesti target nak raya kan bila habis puasa. Waktu 15 Ramadhan excited gila bila dah dengar lagu Raya kan...tapi bila kita dah masuk bulan Syawal, lagu raya tu pun makin hari makin tak de dah berkumandang..so dah habis dia punya best kan..
Lagipun raya ni yang paling best adalah malam raya dan hari raya pertama je. Yang lain semua dah tak de apa dah. Sekarang ni memang dah jadi trend keluarga aku semua buat raya pertama, so dah tak de apa nak buat raya kedua ketiga dan seterusnya.
Raya pertama tu lah raya paling sibuk,,,dengan pergi kubur abah, jemput orang datang makan kat rumah, pergi rumah jiran2, perg rumah sedara-mara pun sama pada raya pertama. Tu yang tak de aktiviti nak buat raya kedua dan seterusnya. Sebab tu lah tak ada istilah cuti raya lama-lama dah pada aku. Tahun ni 4 hari yang ada pun dah kira sangat-sangat cukup. Bukan nak buat apa pun.
Hehehehe..cakap macam raya kat rumah sendiri je lima tahun kahwin ni kan!!!! Betul..tapi bukan lima kali empat kali je...1st year je rumah husband, 2nd year memang rumah aku. 3rd year rumah aku jugak waktu tu sebab Aisy ada. 4th year rumah aku gak coz aku tak larat coz pregnant kan Amni. Tahun ke lima, tahun lepas pun rumah aku gak. Untuk raya kali keenam ni nampak gayanya raya rumah aku jugak la coz family husband tak jadi beraya di Perak.
Nampak macam kejam je kan tiap2 tahun raya rumah aku. Bukan aku yang buat keputusan, husband aku tau. Lagipun memang tak termasuk dalam perjanjian kami untuk giliran raya ni. AKu memang bagi peluang kat husband aku beraya 1st kat rumah family dia. Tapi sebab family dia beraya rumah nenek dia, so tak ada lah nak sibuk-sibuk giliran raya. Rumah nenek dia pun seberang kampung aku je. Lepas solat raya pun memang pergi sana. Malam raya pun husband aku ada kat kampung dia...
Sebab kampung dekat dekat dan sebelah-sebelah macam ni lah kitorang husband and wife raya berpisah tau. Husband aku akan habiskan masa dan cuti dia tak tahu lah ke mana. Ada je tempat dia nak merayap sama ada dengan family dia atau pun kawan-kawan dia.
Kalau bawa kitaorang, orang lain dah tak leh tumpang kereta kami. Anak-anak aku pun tak suka lah berjalan-jalan rumah orang ni. Anak-anak aku suka pergi pasaraya je untuk habiskan duit. Collect duit raya tak suka. Tu yang dia tinggalkan aku kat rumah mak aku dengan dua anak ni. Dia pun joli katak berjalan raya entah ke mana. Aku pun bagi je peluang kat dia. Reason yang dia bagi kat aku 'raya ni setahun sekali je.'
Nampak macam tak sayang laki je kan aku ni...ke laki yang tak sayang bini? Sebab sayang lah aku tak pernah kongkong dia. Apa yang dia nak buat, dia buat lah. Janji tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu jalan sudah lah...setakat nak beraya empat lima hari dengan family & kawan2 kampung dia..apa lah sangat kan..jangankan seminggu, sebulan pun aku bagi...layankan aje.
Biar dia merasa bujang sekejap sebab kalau dia rindu kat bini ngan anak dia, mesti dia terpacul je kat rumah mak aku dengan tiba-tiba. Macam tu lah raya kami tiap-tiap tahun nampak gayanya. Aku pun tak kisah coz raya pada aku pun bukan best mana pun selain menghabiskan duit je. Tapi kalau tak de raya, tak de la bonus ye dak?
Ok la..kepada yang memandu, memandu lah dengan selamat. Kampung tu tak lari ke mana pun, jangan la mak ayah kita tunggu orang yang balik tapi yang sampai mayat lak ye. Hati-hati...
Selamat hari Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir Batin. Jemputlah datang rumah mana yang beraya kat Raub tu.
Selamat Hari Raya Fiza! Maaf zahir & batin :) Korang tak nak buat oleh your ke? Klu buat Insya Allah aku datang. Hehe.
ReplyDeleteSama la anak aku si Khayla tu bab kacau aku time solat. Last2 aku bentang sejadah kecik tepi aku then suruh dia ikut solat. Alhamdulillah dia tak kacau sgt sbb sibuk tengok & tiru pergerakan solat.
Cuma adik je yg tak boleh train lagi. Klu aku solat dia merengek, panjat kaki, tarik telekung... Klu aku nak cepat / dah lambat, aku dukung je dia sambil solat mcm minah2 Arab buat tu. Hehe. Klu tak, aku terpaksa tgu smp dia tido / bapak dieorg balik
Carney, kalau nak datang raya datang je la. Tapi inform dulu tau. Dua reason, rumah aku macam tongkang pecah & tak de makanan nak hidang. Hehehe...
ReplyDeleteBaru je lepas baca blog hang tadi & leave comment. sedih baca pesanan hang untuk Khayla. Aku rasa apa yang kau rasa. dan mungkin juga Cik Bibah akan juga apa yang kita rasa lepas ni
Kan Karni..aku rasa sejak ada anak ni, aku sembahyang pun dah macam orang Arab yang selalu aku tengok & jumpa kalau solat kat surau KLCC tu. Sebelum ni mengutuk je, tapi sekarang ni bila ada anak, suami lak tak de..tahulah sendiri. Takkan tak solat pulak, buat dan mohon je penerimaan Dia kan..
Balik Kuching hari gi tak Santubong? Update blog cerita raya please
Karang2 la aku update kot... Jumaat ni aku exam. Lgpun raya tahun ni biasa2 je. Hehehe. Apsal ngan Bib? Dia kena tinggalkan Raina ngan sapa2 ke?
DeleteOoo..good luck. Bila last sem ni? Akhirnya berjaya gak menghabiskan projek master hang ni ye...
DeleteBukan Bib tinggalkan Rania tapi dia juga akan start berperang dengan dua anak macam kita. Hahaha