Apa reaksi aku? Aku sangat-sangat terkejut bila mendengar berita dari hot fm jam 8.00 pagi tu. Macam tak percaya je. Aku sedih..betul-betul sedih sampaikan menonton berita Buletin Utama malam tadi aku menistiskan air mata.
Aku tak pernah jumpa dia, dia pun tak pernah jumpa aku tapi kehilangan dia seolah-olah aku kehilangan orang yang aku kenali.
Aku start 'kenal' mendiang bila dia beraksi dalam skuad kebangsaan. Waktu tu dia muda lagi. Ye la, aku dengan mendiang beza umur cuma 2 tahun kan. Tambahan pula aku memang sangat update dengan perkembangan sukan hoki skuad Kebangsaan.
Waktu dia beraksi dengan skuad kebangsaan tu memang aku tak la admire sangat kat dia berbanding pemain senior yang lain sebab dia kan masih muda. Tambah lak waktu tu kan ada kembar dua tu Logan Raj & Keevan Raj.
Tapi aku memang sangat perasan waktu last game mendiang main kat JB baru-baru ni. Aku cakap dalam hati, main lagi Chua ni. Kawan2 mendiang kan semua dah pencen. Rupanya sebab jurulatih baru ni ambik balik dia joint skuad kebangsaan.
Paling sedih sebab sebelum kemalangan tu, malam tu skuad hoki kebangsaan kan ada majlis berbuka puasa dengan Tengku Abdullah. Siap dapat duit angpau raya lagi. Diorang pun waktu ni cuma target game yang akan start 24 Ogos ni kat Ipoh.
Hope skuad kebangsaan akan berjuang untuk mendapatkan kemenangan sebagai menghargai mendiang Chua sebagai rakan seperjuangan yang telah banyak berjasa dalam arena sukan hoki untuk negara kita.
R.I.P
Ps : Bib, hang tak sedih ke?
Aku baru tau ni melalui hang. Nmpk benor x mengikuti perkembangan terkini. Tapi dah tau ni sedih la plak
ReplyDelete