Kali ni entry adalah sangat tak tajuk nak cerita tapi nak tulis-tulis jugak.
Sebab tadi issue cheque tulis date hari ni macam cantik je kan, so decide nak menulis dalam blog la. Hari ni hari Jumaat bersamaan 01.03.2013 atau tadi tulis kat cheque 010313, bersamaan 18 Rabiul Akhir 1434. Assalamualaikum...
Bila masuk bulan March satu perkara je agenda tiap-tiap tahun. Usia Aisy tahun meningkat jadi tiga pulak. Sudah bertukar...tapi tiada apa yang berubah..huhuhu
Tapi bila masuk March tahun ni ada tiga agenda aku kena buat note sikit. 1st of course la trip ke Kuching on 15.03.2013 ni. Barang macam biasa tak pack lagi dan tak tahu nak bawa banyak mana. Yang kita ni bawa sikit je pun tak pe.
Untuk anak-anak harus bagai kena cukup lengkap. Dah la ni 1st time travel jauh naik 'belon'. Selalu jauh pun naik kereta kita boleh lagi layan diorang nak apa-apa kan. Ni bukan naik kereta sendiri, harus kena siap-siapkan diri secara mental dan juga fizikal. Kah kah kah...
Kata travel gi Kuching kan, aku rasa baju2 tak bawa banyak pun tak pe. Beli je kat sana coz budak2 tu ada baju pun bukan nak pakai terutama Aisy. Berapa banyak baju dia aku beli tak pakai-pakai. Dia cuma nak pakai sehelai t'shirt gambar angry bird warna putih tu, skirt jeans baby kiko tu dan ada 3 helai dress yang polkadot. Yang lain dia tak nak pakai. Apa aku nak buat?
Pergi Kuching beli t'shirt gambar kucing banyak2 bagi dia pakai mungkin dia nak kot. Amni tak pandai memilih lagi, Apa sahaja kita sarung kat di, dia pakai je. Cuma tak suka pakai diapers. Kalau kat rumah tu, mula-mula tengok dia tanggal seluar pakai baju je..pastu tanggal baju lak, pastu tiba2 tengok ada budak bogel keliling main2 dalam rumah. Kalau tak perasan mesti dah ingat toyol. Jangan dia buat dalam flight macam tu sudah.
Harus bila balik nanti nak buat birthday party lak. Dari birthday abah dia last week, hari-hari asyik menghitung jenis kek nak buat birthday dia. Hari ni nak kek Angry bird, esok nak kek princess, lusa nak kek polkadot tapi sebab kek c.De ada chocolate rice yang bentuk love tu, tiap2 hari mintak nak kek ada "i love u".
Birthday C.De dia dua hari lepas macam birthday dia pulak. Dengan dia yang pakai dress, dia yang pegang pisau dengan c.De potong kek. Harus gambar dia jugak yang paling banyak pose dengan kek. Kalau orang tengok ni birthday siapa sebenarnya?
Hari-hari kerja dia kat rumah ambik party pack last year isi macam2 makanan dalam tu pastu sibuk bagi kat kitorang ni satu sorang. Tak sabar sungguh nak sambut birthday agaknya. Dua tahun buat kat rumah mak, this year dia request sendiri nak buat kat sini. Mungkin seronok tengok birthday Amni hari tu ramai kawan2 dia datang rmah kan.
Bila masuk 3 tahun banyak benda aku kena 'catch up kan' untuk dia. Potty train yang betul2, aktiviti memegang dan menggunakan pencil colour dengan betul, mainan atau aktiviti yang sepatutnya dia buat kat rumah, basic mengenal huruf, paling penting nak try cari tempat baru untuk dia yang sesuai dengan umur dia.
Sejak dia dah besar ni, duduk ngan budak2 kecik, dia dah mula cakap pelat2. Dari kecik cakap clear je, sekarang ni dah pelat-pelat lak. Elok2 sebut 'tolong' sekarang dah tadi 'toyong'. Boleh? Banyak lagi perkataan sekarang dia cakap dah tak betul. Bila kita betulkan, dia jerit2 lak bila sebut perkataan yang betul tu.
Ini sahaja lah update untuk sekalian kali ni. Jumpa lagi di lain siaran okey!!!!!
No comments:
Post a Comment