Friday, March 8, 2013

Cameron Highlands 2013

Kali ketiga buat aku ke Cameron Highland sepanjang umur aku ni 30 tahun. Pertama sekali tahun 2001 atau 2002 tak ingat sangat. Zaman kat U dulu...2nd time last year waktu chinese year dan kali ketiga Ahad lepas.


Ni last year mengharung jam ke Cameron Highland.

Sejak ada jalan melalui Felda Sungai Koyan dan terus ke Tanah Rata yang hanya mengambil masa 2 jam dari rumah mak, mungkin Cameron Highland ni destinasi yang akan dikunjungi untuk setahun sekali atau lebih. Tanpa tol, tanpa kesesakan jalan raya, dan tanpa jalan bengkang bengkok macam ular sawa. So, aku suggest ikutlah sini. View yang sangat menarik coz permandangan adalah banjaran Titiwangsa yang diselaputi awan.

Cameron Highland bukan ada apa yang istimewa pun cuma kalau nak rasa strawberry yang fresh, itulah destinasinya. Kalau nak rasa minum teh di ladang teh, kat sinilah tempatnya. Banyak2 kali pergi pun tak de tempat lain kami pergi.



Kali ni pergi Cameron cuma masuk dua tempat je, pastu balik. 1st ke ladang teh BOH. Kalau Bharat Tea tu kan tepi jalan je, tak adventure kan. Cuba korang pergi ke BOH lak. Jalan dia agak sempit dan kalau berselisih kereta kena la salah satu berhenti tepi. Cari port yang boleh lalu dua kereta. Jalan dia gak macam ular sawa.



Pergi ladang BOH ni ada peluang nak masuk kilang tengok proses diorang buat teh tu. Cuma packaging dia buat kat Bangi. So tak leh tengok diorang buat pek. Just proses daun teh je.



Pergi sekadar minum secawan teh sahaja. Dari kabus tebal sampai la kabus dah tak de. Lepak minum teh sambil layan karenah dua budak yang nak minum sendiri. Seorang lagi masih kecik. Itu pun dah excited bila kita suap2 bagi rasa.



Kali ni pergi strawberry farm orang Melayu lak. Last year yang chinese punya. Beli strawberry kat tempat lain, beli ice cream strawberry tempay lain. Tapi kebun yang dekat2 je. Kesimpulan, strawberry last year manis, yang kali ni kurang manis.


Ok, lah..selamat melayan gambar2 kat Cameron Highland.

No comments:

Post a Comment