Friday, March 29, 2013

Cerita Tentang Anak, Lain Dulu Lain Sekarang

For this week sebenarnya dah start train Aisy untuk diapers free waktu kat rumah. Its mean dari 9.00 pm - 1.30 am..so far, ok..

Dia kan petah bercakap, bila nak 'shee' je, dia cakap then terus ke bilik air. Dari 1st day sampai 3rd day memang telanjang bulat je budak tu kat rumah coz biasanya dia memang tak pakai baju kan kat rumah. Ni kita suruh dia diapers free lak...so kita pun tengok je la macam 'budak hijau' dalam rumah ke hulu ke hilir usung mainan dia.



Tapi semalam dia dah start pakai baju & seluar, lepas tu pandai lak nak control 'shee' dia kan. Sempat tanggal seluar lagi nak pergi bilik air. Pergi bilik air tak payah berteman, pandai-pandai dia lah coz itu bilik no 1 favourite dia kan. Tapi kita tanya dan sebelum tu memang dah ajar dia macamana nak basuh semua. Lagi pun, rumah aku kecik je, dengar sangat bunyi air bila dia buka paip tu. Berdikari sungguh..Syabas betti...

Tapi nak tidur masih lagi memakai diapers. Tidur mana sedar budak seorang tu, yang dia tahu mengigau je. Sekarang ni mana ada orang boleh tidur dengan dia ramai-ramai. Nanti tengah2 syok tidur dia sepak kau pastu cakap "sempit..sempit..sempit". Terpaksalah bangun cari port lain nak landing..satu katil tu paling kuat pun berdua je lah tidur ngan dia bukan berempat macam dulu.



Mana lagi tiga beranak ni tidur...hahaha..bersepah-sepah kau..ada satu tilam single kat tepi katil yang jadi port diorang main-main atau kadang Aisy tidur seorang kat situ. Kalau kena sepak, aku ngan Amni yang turun tidur situ. Port abah dia lak atas sofa sebab tiap2 malam tv tengok dia. Dia bukan tidur lambat pun, pukul 10.00 pun dah lelap. Biarkan dia tidur kat sana, kalau dia sedar pun bila masuk bilik tengok tak de tempat nak tidur, dia tidur bilik sebelah atas katil princess Aisy.

Bila kakak nak diapers free, yang adik pun nak jugak. So, dia pun bila tengok kakak bogel, dia pun nak bogel jugak. Tapi bila nak shee, dia shee kan aje di atas tilam ke, lantai ke, sofa ke..tak kisah lah kat mana-mana pun..tapi bila pakai diapers, pandai lah pulak budak ni cakap. Bila 'shee' je mintak tanggal diapers, basuh then pakai yang lain. Tak nak dia pakai lama-lama kecuali dia tidur. Itu pun kalau dia bangun tengah malam pun mintak tukar.



Aku tak ingat la dulu-dulu aku macam mana. Tanya mak pun, mak dah tak ingat sangat apa yang berlaku. Dulu kami mana ada pakai diapers pun. Pakai kain lampin je waktu kecik tapi aku ingat aku memang tak pakai lampin tu sampai macam besar sangat lah. Rasanya macam 3 tahun pun tak pakai dah. Ke awal lagi tak pakai dah...

Niat nak menghantar Aisy ke taska lain masih lagi dalam proses pencarian taska yang sesuai. Aku takut dia tak nak je duduk kat sana sebab dah biasa kat tempat sekarang. Dia kan mana lah nak berkawan sangat. Nanti tengok tak de kawan, langsung dia menangis tak nak pergi lagi susah. Aku tengah cari yang boleh hantar Amni sekali.

Aku nak hantar yang Islamic Montessory coz kat rumah aku kalau taska chinese memang banyak. Yang campur tak tau ada ke tak..yang islamic ada dua. Budak dua orang tu terpengaruh iklan, hari2 cakap nak pergi school brainy bunch je. Brainy Bunch branch belum buka lagi, maybe next year kot..tapi kat sini ada CIC & Genius Aulad. Aku mana nak rajin prepare makanan pagi2, so kena la cari taska yang sedia makanan halal.

Yang jadi masalahnya, kalau yang kindergarten tu kan kena pkai uniform siap kan, dia nak buka mata pun tak boleh. Tiap-tiap hari hantar dia pun mata pejam masih tidur. Macamana nak pergi sekolah kalau asyik tidur lambat je. Kalau nak banding dengan adik dia, adik dia lagi ok. Senang jugak nak bangun pagi walau tidur lambat. Tapi budak ni cakap tak boleh pulak...

Ikut hati tak payah susah-susah la cari kan taska untuk dia. Hantar je Tabika Perpaduan, KEMAS ke bila umur dia 5 tahun nanti. Aku dulu sekolah tadika KEMAS je pun, tapi boleh je membaca, menulis dan mengira. Kenapa nak bazir2 duit hantar anak kat tadika private yang mahal-mahal kan.

Tapi bila tengok Aisy ni bukan macam aku waktu kecik2 dulu. Aku dengar kata apa..tapi Aisy ni bukan nak dengar aku cakap langsung. Nak coloring book tapi sampai sekarang aku tak pernah boleh ajar dia mewarna walaupun buku coloring tu dah bertambun..yang printed kat office tak payah cakaplah..

Mewarna tu bukan label dia kan..aku dulu pun tak pandai lagi nak color cantik2 pun waktu umur 3 tahun tapi Aisy nak pegang pen/color pun tak betul lagi. Bila nak ajar je dia tak bagi. Dia pulak nak ajar aku. Tahan lagi Amni yang dah pandai pegang pen/color dengan betul. Sebab tu Aisy sekarang cuma tau conteng2 je kat semua gambar2 tu.

Bukan saje2 nak mengada2 gi hantar anak kat private kindergarten, tapi sebab kat sana je ada daycare sekali kan. Anak aku sape nak jaga kalau hantar PERPADUAN / KEMAS lepas habis waktu sekolah kan. Nak gi ambik pun tak de orang. Better dia duduk je satu tempat yang boleh dia tunggu sampai mama / c.Su dia ambik.

Dulu waktu aku kecik2, mak ada kat rumah. Boleh balik jalan kaki sendiri je. Sekarang ni, kalau budak2 takde mak ayah je keluar dari sekolah, confirm tak sampai rumah. Dah banyak sangat orang jahat. Dah tak selamat macam dulu lagi. Gila tak sayang anak nak biar diorang hilang macam tu je..dah la nak boleh dapat kena tunggu lama, bila dah dapat jaga sampai dah  jadi comel tiba2 hilang. Mau tak meroyan...mintak dijauhkanlah perkara macam ni..

Pilihan ke Islamic ni bukan apa, kat sana kan dia ajar lebih kepada agama..Bukan nak lepas tanggungjawab. Tapi aku bukanlah guru agama yang terbaik untuk ajar anak2, tambahan anak2 tak nak menerima pembelajaran dari aku. Aku dulu ada tok guru yang serba boleh macam arwah abah yang boleh ajar mengaji & sembahyang. Pastu yang penting aku takut tengok muka abah aku. Kalau kena tegur je, tak tengking pun dah bercucuran air mata. Husband aku bukanlah insan terpilih yang sama macam arwah, so kena cari inisiatif lain.

Lagipun aku nak budak dua orang tu berkawan dengan ramai budak. Budak dua orang tu bukan nak berkawan sangat dengan budak-budak lain. Amni ok lagi la, yang Aisy ni. dia cuma nak kawan dengan C.Su dia je...aku rasa kalau hantar ke taska ni mungkin dia boleh berubah sikit.

Ini sajelah cerita tentang budak-budak ni. Nanti sambung lagi...Till then..

3 comments:

  1. ko dah start training Aisy dgn Amni ye? Dahsyat tu, 2-in-1! Hehe. Yg adik tu ko kene selalu bawak gi toilet sbb dia masih belum biasa lagi kot. Paling efektif ko bawak dia lepas dia bangun tido pagi2 tu, n setengah jam / sejam pas dia menyusu. Nanti dia faham la apa nak buat.

    Aku hantar anak aku gi taska campur sbb bila aku survey taska melayu sekitar area ni, kebanyakan tak de provide aktiviti utk budak2. Konsep lebih kpd daycare je. Bila aku tanya ada ajar ABC ke, Alif Ba Ta ke, dieorg jawab tak. Biasanya budak2 akan tgk tv / main sesama dieorg / tido je o_O

    Taska campur ni pun aku vet thru jugak. Mesti yg registered dgn JKM sbb dlm guideline ada cakap kene sediakan makanan halal wpun tak de student Muslim. So kita rasa yakin sikit. Lagipun menu dia pun aku mintak tengok, kebanyakannya ialah vegetarian menu (biar Khayla biasa makan sayur!) atau pasta, atau sup fishball. Jarang ada ayam dan takde daging sbb ada student Buddha/Hindu yg tak makan daging. Yg daging satu lagi tu mmg tak de la.

    Biasa balik dari sekolah smbl rehat2 tu, aku bukak la apps mengenal huruf arabic bagi Khayla tengok dan ajar dia sebut 'Alif Ba Ta…' Sebab dia kecik lagi aku belum lagi nak hantar kelas mengaji :) ajar sendiri je dulu.

    Btw, bagus klu ko hantar dia g taska yg pakai uniform ni. Biasakan dia dengan disiplin, bangun awal pagi, mandi dan prepare pegi school. Biasa la budak2 ni pagi2 dia akan menangis, tapi lepas mandi dia ceria balik. Khayla klu pagi2 tak nangis taknak mandi tu mmg tak sah la. Selalu gak aku dengar dia kene marah ngan bapak dia dalam bilik air. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Aisy memang dah pandai tapi dia malas sebab setiap kali pun kena pergi toilet. Sebab tu kadang2 dia mintak aku pakaikan diapers untuk dia.

    Hang keluar jalan2 hari tu Khayla pakai diapers tak? Aku keluar jalan memang pakaikan Aisy diapers la. Tapi nurse cakap kat aku kena yakin kat dia. Kalau dia dah boleh kat rumah, mesti dia boleh walaupun kat luar rumah.

    Yang Amni lak tak sampai lima minit jap2 cakap nak kencing. Bila masuk bilik air tanya dah ke, dia kata tak tapi setiap kali pun nak pergi. Budak kecik ni dah la tak pandai cakap sebenarnya tapi sebab kakak dia asyik cakap macam tu, dia pun nak ikut buat sekali.

    Aku try tengok Khayla nyer kindergartn tu, macam best je sebab ada time untuk main air kan. Aku pun memang nak kindrgrtn yang lebih kepada actvty kanak2 je bukan kepada membaca coz dia punya tahap bukan membaca lagi kan. Aku suka kalau pergi sana just main2, lukis2, warna tp dalam masa yang sama diorang boleh belajar membaca & menulis.

    Area rumah aku kebanyakan taska terlalu pack tau. Jadi risau lak. 1:20 macam tu. Kalau yg malay memang banyak yang shop lot, kalau campur baru area rumah teres. Tapi hang cakap kalau berdaftar ngan JKM makanan halal, boleh la aku try cari yang campur punya.

    Sekarang ni Aisy dah tak suka nak pergi nursery, hari2 nak ikut aku gi office. Sekali skl ok gak, ini selalu mana boleh. Mungkin dia bosan kot.

    ReplyDelete
  3. Kiteorg pakaikan je just in case takde toilet ke, x jumpa ke. Tapi biasanya dia akan bgtau jugak dia nak shee2x wpun pakai diapers. So terpaksa gak cari toilet!

    Ha'ah sebab dulu masa hantar kat Taska lama dgn Taska baru ni dua2 pengetua cakap JKM punye guideline utk taska campur camtu. So ko check la kat website JKM Taska yg register ngan dieorg.Tapi yg penting masa ko inspect sekolah tu ko kene rasa trust kat sekolah tu n pengetua dia. Klu rasa x yakin baik jgn hantar.

    Wah ofis ko boleh bawak anak ye? Bestnya. Tapi ye la, x praktikal.

    ReplyDelete