Wednesday, January 23, 2013

Cerita Anak Semula

Nak update sikit2 bab budak dua orang yang sangat2 nakal kat rumah tu.

After one weeks ambik ubat dari KPJ tu, batuk, selesema and all things dia ada semua dah berhenti. Dah tak muntah bila batuk. Bagus lah ubat dia. Lagi satu, semua ubat dia Aisy nak makan sendiri. Kali pertama je kena paksa, lepas dia rasa sangat2 ok..dia yang mintak sendiri nak makan. Ubat dia sedap kot..Alhamdulillah..dia sudah kembali baik...

Tapi aku masih tak boleh controll dia punya susu. Kalau cuti dia sangat ok. Dari pagi sampai petang kadang dia tak minum susu pun tapi nak tidur malam je dia mintak. Bila hari kerja ni, kat nursery memang confirm dia minum susu, balik rumah aku sampai je buka pintu terus mintak susu. Nak boleh ke dia tidur tu dah berbotol-botol susu dia minum. Kena cari cara yang terbaik elak dia minum susu yang terlalu banyak.

Sampai hari ni aku menghadapi masalah Aisy yang sangat suka mengigau. Yang melampau ok..Kalau tidur dengan dia merasalah kena sepak terajang dia bila dia menangis-nangis dalam mengigau dia. Dalam setiap igauan dia tu, tak lain tak bukan dia akan menangis sebab nak sesuatu. Contohnya dia mintak seluar gambar bear, lagi aku tak cakap ngan dia, tanya dia nak apa..pastu pura-pura bagi kat dia...lagi tu dia akan sepak ko. Pastu boleh pulak dia berpusing-pusing atau berguling-guling atas katil tu. Lepas satu barang, satu barang dia akan mintak. Lastly, nak susu. Boleh macam ni?

Setiap malam aku dah biasakan dia dengan basuh kaki dan muka sebelum tidur. Baca doa tapi tak jalan lah. Kadang-kadang ok, tapi banyak tak ok. Dalam seminggu mungkin satu malam je dia tidur tak mengigau. Yang lain sampai geram aku angkat dia jirus air mandikan dia. Macam malam tadi. Dah la pukul 1.30 am baru nak tidur, buat susu yang 1st dia kata masin buat la yang baru. Boleh? Baru je rasa nak lelap, pukul 4.00 pagi dia mengigau menangis-nangis kata sakit kat belakang. Puas aku gosok, garu, sapu ubat menangis tak sudah-sudah. Sampai pukul 5.30 aku geram, aku cakap ngan dia jom mandi. Aku acah je..malas kot nak mandikan dia, nak pergi bilik air main air pagi2 buta.

Tapi dia nangis-nangis lak nak mandi. Lepas mandi baru ok dan mintak tukar baju tidur lain lak. Dari dia balik nursery, sampai pagi tadi dah 3 pasang baju tidur dia pakai. Aku dok rumah ni tiap-tiap hari kena mesin baju, mana tak parah bayar bil air & elektrik. Dua anak je tapi baju sampai 10 pasang kot sehari. Dapat susu sebotol terus tidur lena. Waktu mandikan dia tu tak de lak perasan kena gigitan semut ke kat badan dia...tapi mungkin ada miang kot. Ye lah, sebelum tidur berpeluh-peluh main ntah apa-apa.

Lagi satu bab Aisy ni, sekarang memang petah bercakap tapi dia mula bercakap pelat lak ngan kami. Pada hal sebelum ni tak pernah dia bercakap pelat, ayat dia clear je. Mungkin sebab dia senior kat situ, yang lain semua budak-budak je..dah terikut-ikut. Aku kena cepat2 hantar dia ke Taska la. Bukan tahap dia dok kat sana dah. Genius Aulad kat Bandar Sri Damansara tu ok tak??? Ada sape2 yang hantar anak ke sana, bleh bagi info...

Si Tweety seorang lagi tu nampak je kecik tapi cubitan dia sangat berbisa. Suka mencubit kakak dia kalau tak de kerja nak buat. Semalam aku sampai je rumah, dia terus lepak atas riba aku. Dia bangun jap, kakak dia datang dok atas triba aku lak. Dia terus cubit Aisy sampai Aisy menangis la. Sakit tau budak kecik tu cubit.

Selain mencubit, hobi dia sekarang adalah merajuk yang ntah apa-apa. Pantang cakap sikit je terus berdrama guling-guling atas lantai. Sedangkan kita cuma cakap kat dia nasi tu panas je. Dia ingat tak bagi dia makan la kan...pastu nak makan sendiri. No suap-suap ok...gila kedekut lak tu. Usah harap dia bagi share apa dia punya. Tapi dia murah dengan senyuman. Sangat pemurah ok

Berjalan masih lagi tahap tak kuat. Selalu je tiba-tiba terjelepuk coz aku perasan dia berjalan macam buat cat walk gitu. Dengan jinjing kaki, pastu cat walk. Memang confirm boleh terjelepuk la. Ntah apa yang dia geli sangat nak pijak aku pun tak tahu.

Sudah mula berkata-kata. Tapi jangan harap dia nak ulang sebut. Dia sebut sekali je bila kita ajar, pastu dia senyum2 je..bercakap lebih kepada bahasa dia je. Menyanyi memang nombor satu, dok sorang2 pun boleh menyanyi.

Suka berdikari. Usaha tangga kejayaan sebab dia berusaha panjat tingkat 4 sendiri. Tak nak dukung2 dah...Kalau pergi taman permainan, dengan berani mengayunkan buaian ke tahap paling tinggi yang kita tengok boleh tercampak jatuh. Tak padan dengan kecik, dia panjat tangga nak main slide yang paling tinggi tu. Boleh macam tu?

Aku punya dua anak perempuan, seorang manja terlebih, seorang giler berani

Tuesday, January 22, 2013

Lagi Drama Adaptasi Novel

Ouch..ouch..ouch...best novel ke drama lagi. Cerita apa? Sudah tentu Sehangat Asmara karya Aisya Sofea.

Sape-sape yang ada Astro Mustika HD, boleh la menonton ye pukul 10.00 malam setiap Isnin - Khamis. Aku tak de, so macam Adam & Hawa gak, tengok online lagi.

Malam tadi dah start untuk 1st episod, cerita yang sangat best sebab gandingan pelakon yang sangat mantap dan meletop kebam boom boom.. Adi Putra sebagai Zainal Ariefin & Rita Rudaini sebagai Kamilia. Ouuch..memang best la

Memang sangat superb kalau dua orang ni berlakon. Tak de part nak komplen. Hehehee..cantik Rita bertudung dalam cerita ni. Adi Putra tak payah nak cakap la..memang sentiasa meletop la dia tu.

"Lakonan mesti real"..ini kata L & Zain..Ouuch...

Wednesday, January 16, 2013

Cegah Lebih Baik Dari Merawat

Eceh-ceh  ceh...tajuk entry yang macam serius giler je bunyinya...

Sebenarnya tak de lah serius sangat cuma nak share apa yang aku dapat dengan berjumpa pakar paediatric KPJ Damansara, Datuk Dr. Azizi.

Pergi ke sana sebab nak refer Aisy yang batuk yang tak baik-baik. Almost four weeks coz bila buat appointment je tak jadi. 1st sebab assistant clinic tu lupa doc cuti. Bila nak arrange balik cuti aku ngan husband berlarutan sampai la monday hari tu baru boleh pergi.

Alhamdulillah, Aisy sihat dan sebelum sampai tahap asma, perlulah di rawat cuma ada sidikit sinus.

Kat sini aku nak kongsi sikit apa yang doc nasihat untuk kami sebagai parents pada baby & toddler ni.

Apa yang penting bukan untuk anak sahaja tapi untuk diri sendiri jugak, perlu jaga dua perkara ni dalam kehidupan. PERSEKITARAN & PEMAKANAN.

Pertama sekali jumpa doc dia tanya husband aku, "hang merokok tak?". Husband aku dengan jujurnya mengaku dan doc nasihatkan berhentilah coz merokok tu kan haram. Dia pun cerita yang dia dulu pun perokok, anak-anak dia nak merokok pun dia tak larang. Tapi bila sampai masanya, perlu berhenti. Dia berhenti merokok pada usia 32 dan husband aku sekarang 35. So, patut-patut sangat berhenti.

Kedua bab udara. Dia kata jangan la nak wangi-wangi sampai rumah pasang air freshener tu. Sangat2 tak elok. Dia kata, Allah dah bagi kita udara yang sangat baik kenapa nak gunakan air freshener untuk segarkan udara. Semua tu untuk perniagaan sahaja. Better elakkan.

Ketiga, ubat nyamuk. Apa jenis ubat nyamuk sama ada yang berasap atau yang liquid tu better elakkan. Kalau ada nyamuk, pukul 5.00 petang tutup tingkap rapat-rapat, pastu spray la penyembur nyamuk tu.

Keempat, bantal kekabu. Aisy memang dah jadi habit dia lak nak tidur gigit bucu bantal kekabu dan sekarang Amni pun dah terikut-ikut. Kalau dalam tidur pun Aisy boleh tau bantal 'buruk' tu tak de kat dia. Dia mesti nangis-nangis mintak bantal tu.

So, doc suruh jangan pakai bantal kekabu ni. Dia kata kekabu ni sebenarnya bila sudah lama dia akan berkulat kat dalam tu. Benda tu lah puncanya batuk & sinus tu. Dia suruh aku buang...huhuhu..Aisy menangis nanti macamana? Sudahnya aku tak buang tapi aku cuba jauhkan bantal tu dari dia je

Masuk bab MAKANAN pulak.
Makanan frozen adalah sangat-sangat tak elok terutama nugget, segala macam ball tu dan seangkatan dengannya. Dia kata nuggets tu dibuat daripada ayam yang dah tak elok. Better jangan makan.

Selain frozen, apa sahaja makanan dalam tin adalah sangat tak elok. Contoh, nestum...boleh terima tak?

Frozen dah, makanan dalam tin dah, sekarang pergi ke kicap pulak..sangat-sangat tak elok. Aisy adalah penggemar tegar kicap. Dia boleh makan kicap macam tu je kalau dia tengok kita tertuang kicap luar dari kawasan nasik dia.

Doc pesan, kalau dia nak jugak, boleh bagi kicap tapi kicap yang dari Jepun tu. Nama dia tak sure tapi dia kata lebih kurang bunyi dia macam kicap KIKKOMAN. Betul ke? Doc yang cakap tapi hasil carian google aku mengatakan produk ni tak halal. Betul ke? Baik tak payah bagi makan.

Selain kicap, ikan bilis jugak sangat tak elok. Jangan bagi anak makan ikan bilis. Bukan ke ikan bilis tu berkahsiat? Bila doc cakap tak bagi, aku pun cakap tak bagi lah. Tapi aku paling suka ikan bilis. dan nasib baik anak-anak aku bukan penggemar ikan bilis. Biar mak bilis je makan anak bilis

Bab susu pulak dia kata jangan belikan susu yang ada flavour ni. Bagi yang putih dan asli je coz Allah dah ciptakan susu tu kan berwarna putih. So, bagi yang putih dan asli je. Tanpa pewarna & perisa tiruan.

Susu kultur jugak adalah sangat-sangat tak elok untuk kanak-kanak. Tak tanya pulak kenapa sebabnya tapi mungkin bakteria yang baik yang ada di dalam susu kultur tu tak elok untuk perut kanak-kanak. Pendek kata, susu ibu je yang terbaik.

Last but not least, makanan junk food. Semua pun tahu makanan tu makanan tidak sihat. So, tak payah bagi makan.

Aku nak buat tambahan sebab tercicir satu makanan lagi yang tak sesuai untuk anak-anak. Terutama yang batuk la kan. Doc pesan jangan bagi makan madu/honey. Dia suruh stop kalau ada bagi anak makan benda ni.

Sekarang masanya nak kongsikan makanan apa yang baik untuk anak-anak.
1. Ikan
Ikan yang berminyak adalah sangat terbaik untuk anak-anak. Lebih baik lagi kalau ia digorengkan kerana minyak itu sangat baik untuk minda kanak-kanak.

2. Yogurt
Susu kultur tak boleh tapi bagi yougurt adalah terbaik. Doc cakap sebab makanan tu pun Nabi kita makan. Aku sampai sekarang masih tak boleh terima apa bezanya susu kultur ngan yogurt. Aku tau la nama dan sebutan nya pun dah menunjukkan perbezaan tapi bukan ke rasanya lebih kurang sama je. Mungkin ada masa aku update setelah aku menggooglekan kandungan dua-dua bahan ni

3. Cekodok lebih baik dari nuggets
Doc tu nak cakap kat aku suruh rajin masak goreng-goreng untuk family. Cait!!!!! Macam tau je aku tak de masa nak memasak. Dia kata gorenglah goreng pisang, cekodok bagi makan kat anak2. Bagus minyak tu untuk mereka

4. Makanan yang dimasak
Lebih baik masak apa sahaja makanan untuk anak-anak makan berbanding ambik yang segera. Yang instant ni tak bagus.

5. Susu
Susu sepatutnya jangan ajar anak-anak pakai botol. Nanti diorang akan adore ngan puting susu tu terutama bila nak tidur. Sebaiknya ajar anak guna cup. Doc cakap, apa kejadahnya bagi anak minum susu supaya tidur sebab sebelum tu kan dah gosok gigi.

Di samping boleh merosakkan gigi, susu jugak tak elok untuk perut kanak-kanak bila mereka terus tertidur bila hisap botol.

Ini sahaja consultation dari doc tu. Okey, sekarang bayar aku RM180.00 untuk sesi ni. Hahahaha.....

Friday, January 11, 2013

Anak-anak

2013 ni tak update pun lagi tentang anak-anak aku. Ok lah, kali ni update sikit tentang diorang walaupun tak de cerita sangat nak update pun.

Mula cerita dengan Rahadatul Aisy..tahun ni dia dah nak masuk 3 tahun. Aku memang terniat nak hantar dia ke taska lain yang ada sekolah ngan day care sekali tapi ramai yang sarankan aku tak payah lah. Budak tu kecik lagi, nanti dia bosan lak asyik pergi sekolah dari kecik lagi.

So, perkara ni tangguh dulu. Mungkin pertengahan tahun nanti aku akan try cari masukkan dia mana2 day care yang banyak aktiviti untuk dia buat supaya tak bosan.

Masih gagal dalam misi tak pakaikan diaper untuk dia. Dia ok je time tak pakai diaper tu. Tak de lah nak kencing ke apa ke...tapi aku lak yang setiap kali tanya dia. Agaknya dia bosan tu yang dia sendiri nak pakai. Perlu settle hal ni sebelum umur dia 3 tahun.

Makin hari makin pandai bercakap. Cakap pulak macam dia tu dah besar. Macam budak umur sekolah rendah macam tu. Kalau bercerita pun pandai buat memek muka, mengajuk cakap orang. Rasa rugi tak hantar dia mana2 tempat lain yang dia boleh buat macam2 aktiviti.

Sudah pandai nak mencantikkan diri. Tak macam dulu, nak pergi mana-mana sekarang nak pakai kepit rambut. So, nampak cantik dan suka dipuji dan kadang puji diri sendiri cantik. Nasib baik aku & mak sedara dia bukan jenis ber make-up & berkasut tumit tinggi..kalau tak dia pun dah ikut sama.

Kami dah berjaya kempiskan perut dia waktu dia tak nak ke nursery hari tu. Dan mungkin juga berat badannnya telah turun. Tapi dua minggu dia ke nursery, perut dia sudah kembali muncit dan badannya kembali bulat. Aku rasa patut tukar nursery yang kurang makan la. Tempat dia sekarang mewah dengan makanan coz pengasuh dia memang ikut je cakap budak-budak ni. Budak nak makan apa boleh ikut je.

Aku rasa itu aje update untuk Aisy. Masuk cerita tentang budak kecik yang dah menginjak usia setahun 3 bulan tu.

Aku rasa aku nak refer dia ke speech therapy la..dia masih belum boleh bercakap. Nak kata dia tak dengar, kita bagi arahan dia boleh je ikut.

Dulu dia pandai sebut mama, abah, cat tapi sekarang dua perkataan je dia sebut. Mama, upin ipin, cock, dan squarepant je. Apa kes ni? Aku dah buntu...tak tahu nak buat macamana...Patutnya umur dia dah tahu part of body tapi bila kita tanya dia tak tunjuk pun.

Bila kita ajar dia satu-satu perkatan dia akan dengar dan tengok gerak mulut kita tapi dia akan senyum je. Seolah-olah malu untuk keluarkan perkataan. Sampai husband aku pujuk dia, "jangan nak malu cakap dik. Salah pun tak pe, janji sebut je". Tapi dia makin lebar senyum

Mak aku bimbang sangat takut Amni tak boleh bercakap sebab dari dia baby lagi dia sering je jadi bahan ketukan kepala kakak dia. Tarik rambut, cubit semua pun ada. Paling bimbang coz apa sahaja objek yang ada di tangan Aisy akan jadi mangsa kepala Amni. Sangat bimbang. Kalau ini puncanya, aku perlukan jalan penyelesaian yang segera sebelum terlambat.

Minggu depan aku ada appointment dengan pakar paediatrik Hospital Pantai Damansara, so aku harap aku dapat nasihat yang paling baik untuk Amni dan Aisy.

Bab lain Amni ok je. Sudah pandai bergaduh dan cari gaduh ngan kakak dia. Sudah pandai berbalas cubitan. Tapi dia tetap kalah.

Bab fizikal, dia tak de masalah walaupun dia kuat makan. Aisy tak kuat makan tapi badan debab semacam je. Pelik tapi benar.


Ok...till then...nanti update lagi. Hope dua-dua cinta hati saya ni sihat-sihat hendaknya.

Thursday, January 10, 2013

Drama Adaptasi Novel Lagi

Drama Adam & Hawa malam ni dah episod akhir. Sejak minggu erakhir ni dah makin tak best nak layan drama ni coz dah tak berapa best. Adegan bahagia je and adegan romantik yang tak berapa romantik. So, tengok kalau ada masa je.

Tapi sekarang gila layan drama yang menghiasi slot Akasia yang bersiaran 7.00 malam - 8.00 malam setiap Isnin - Khamis. Drama Setia Hujung Nyawa adaptasi dari sebuah novel Setia Hujung Hyawa karya Fatin Nabila. Drama ni menggantikan drama Cinta Itu Milikku.

Start bersiaran pada 24 December lalu dan sampai sekarang tak miss lagi tengok. Cuma ada part2 yang terpaksa tak tengok coz melayan karenah anak-anak dan juga bergegas ke hospital melawat mak minggu ni.

Tapi kalau tak dapat tengok sekarang banyak blog yang boleh korang nak tengok online. So, don't worried. Sekarang kan dunia di hujung jari je.

Balik semula pada drama Setia Hujung Nyawa ni, pelakon dia Neyldia Senrose (Ersalina Imani), Amar Asyraf (Zain Hakimi), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Haliza), Reyzal (Zakwan), Talha Harith (Hady).

Sinopsis novel korang boleh google cari kat blog lain coz aku malas nak menulis kat sini. Aku pun dengan gilanya telah membeli novel tersebut walaupun aku dah tahu dari mula cerita sampai akhir cerita novel.

Apa yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni adalah comment aku pasal drama terbitan Suhan Movies ni:

1. Drama lebih baik dari novel.
Boleh aku cakap macam ni tak? Kalau korang tak percaya, korang baca novel pastu layan cerita dari episod 1st. Memang korang akan thumbs up untuk drama berbanding novel. Baca novel dia macam tak de feeling lak.

2. Pelakon Menjiwai Watak.
Pemilihan pelakon sangat-sangat sesuai. Aku suka part Zain & L waktu tengah jadi teman serumah tu. Pastu diorang lebih menjiwai watak dari watak novel. Boleh aku cakap macam tu tak? Thumbs up untuk Neyldia, Amar Asyraf & team pelakon Setia Hujung Nyawa.

3. Panel Skrip.
Siapa yang tulis skrip drama ni? Dua orang tapi aku kenal seorang je.Liza Zahira. Dia kan penulis novel yang best-best macam Seindah Sakura yang dah pun didramakan oleh arahan Zul Huzaimy, Impian Kasih, Bahtera Kasih. Cari lah sendiri novel2 dia.

Wan Mahani Wan Hassan lak aku rasa dia penulis artikel atau jurnal tentang bahan-bahan ilmiah. Try google cari sendiri lah. Thumbs up untuk dua penulis skrip drama Setia Hujung Nyawa ni, Liza Zahira & Wan Mahani Wan Hassan coz olahan skrip diorang memang best.

4. Pengarah (Amie Maziah Abdul Rahman)
Aku tak biasa dengar nama ni coz aku tak perasan pun rupanya-rupanya kebanyakkan drama Suhan Movies ni diarahkan oleh Amie Maziah ni. So, tahniah. Lepas ni kena alert la nama ni.

5. Terbitan Suhan Movies
Ko tahu siapa punya Suhan Movies kan. Hero pujaan aku dulu dan kini. Cuma sekarang dia dah kurang berlakon. Tak de watak sesuai la untuk dia kot. Siapa lagi kalau bukan Rosyam Nor.

Dah banyak drama dia hasilkan and semua drama dia adalah sangat berpuas hati. Dari segi jalan cerita dia memang semua tip top. Kalau dulu dia selalu je syok sendiri jadi hero tapi sekarang dia dah tak jadi hero dah. Banyak menerbit je la.

Dia nak berlakon jadi bapak2 tak sesuai lak coz muka and jiwa masih muda tapi umur dah berusia sikit. So, dia pun ketengahkan semua bakat2 baru.

Ok lah, adios..layan lah cerita ni aku suggest untuk korang semua. Sure puas hati yang sangat2

Monday, January 7, 2013

Apa Yang Buat Aku Tersenyum Seorang Diri

Saje je nak buat entry. Bagi kasi rajin sikit update blog tahun ni.

Aku tau ramai yang hadapi situasi ni sama macam aku terutama kalau dok dalam kereta tengah drive. Tak kisah lah waktu jam atau pun tengah drive dengan lajunya.

Kalau tengok aku ketawa seorang-seorang dalam kereta tu, jangan anggap aku dan juga orang lain sakit mental lak. Aku rasa diorang pun menghadapi situasi macam aku:-

1. Radio
Aku pagi-pagi memang tune radio hot FM. Penyampai hot pagi2 ni memang buat aku gila je pagi-pagi. Senyum seorang-seorang dalam kereta.

Tambah lak dengan caller2 yang buat lucu bila cerita satu topik tu. Memang buat aku sekejap senyum, sekejap ketawa

2. Anak-anak
Sebab dah ada dua anak yang sangat comel dan nakal...wey, aku angkat bakul sendiri lak...keletah diorang memang mecuit hati.

Kadang tengah drive diorang suka sangat telefon aku. Ada je Aisy cakapkan dan adukan pada aku dalam telefon. Yang seorang lagi tak pandai cakap tapi bila bercakap ntah apa dia cakap.

Bila lepas cakap ngan diorang, memang aku tersengih-sengih macam kerang busuk dalam kereta tu.

3. Babak Lucu Dalam Drama
Aku kadang-kadang teringat gak adegan lucu dalam drama bila tengah drive ni. Tak tahu berangan ke apa, tapi aku tak leh dengar lagu-lagu yang main dalam drama ni.

Pastu teringat terus feeling-feeling dalam kereta. Macam lately  ni layan cerita Setia Hujung Nywa, gila tak kelakar watak Ersalina & Zain tu. Dengar lak lagu Adamu oleh Najwa Latif tu.

4. Baca Novel
Sekarang layan novel dalam kereta lak. Macam, dah tak de tempat aku nak baca novel sekarang ni. Kat office lunch time 1 hour mana cukup nak makan, nak solat nak baca novel. Kat rumah lak ada dua budak yang nak baca Novel jugak kalau kita baca. So, place yang paling sesuai adalah waktu jam dalam kereta.

Faham-faham sendiri la kalau part lucu tu tersengih-sengih sendiri kan.

5. Lepas Dapat Call
Yang ni tak kisah lah dari siapa tapi sebab kadang-kadang sebab diorang call kita tu macam tak masuk akal kan reason dia.

Contohnya kalau husband kita telefon cakap yang romantik-romantik ke, tak ke rasa macam pelik je kan. Dah lah tengah drive, bukan dia tak tahu. Itu mungkin maknanya suruh cepat sampai rumah la tu. Ada special ke tak menanti kat rumah tak tahu la kan.

Tak pun dia buat joke. Macam husband aku ni dia suka buat joke dengan jawapan bodoh dia. Memang tersengih je lah lepas letak telefon tu.

Setakat ni je yang aku leh update coz ni la reason aku tersengih-sengih macam kerang busuk kat dalam kereta. Nanti aku update sebab yang boleh kita nangis lak dalam kereta

Friday, January 4, 2013

2013 Lagi

Tak habis-habis cakap 2013 je aku  ni. Walaupun aku tak ada wawasan dan matlamat, tapi aku ada impian. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal impian la.

Kali ni nak cerita pasal apa yang di impikan je. Lebih kurang macam adik beradik impian je.

Untuk 2013 ni aku bertekad nak pergi kerja awal. Nak start balik prepare semua benda sebelum tidur. Terutama bab iron baju supaya tak delah bangun pagi semua benda nak buat. So, peluang nak pergi kerja cepat adalah tinggi.

Selain tu, aku berusaha nak kurangkan berat badan. Aku tak delah nak impikan nak jadi kurus macam anak dara dulu sebab beza umur anak dara dengan umur sekarang adalah 10 tahun. Kurang-kurang berat naik 10 kg dan pinggang naik 1cm je dari dulu. Hahaha

So target berat badan 55kg pun dah cukup. Sekarang 59kg tu..nak naik tangga pun tak larat dah. Dukung budak kecik Amni pun aku boleh tercungap-cungap naik tangga. So, better aku kurangkan berat badan sebelum aku ni jadi obesiti.

Rasa macam nak tambah seorang lagi dalam family aku ni tapi sedang berkira-kira boleh ke tak. Bila fikir perangai budak dua kecik tu, rasa macam tak nak beranak dah. Teringat pulak sakit nak bersalin, waktu contraction and push tu...rasa terus tak nak. Tambah lagi ingat lauk waktu pantang, ikan selar rebus ngan sup sayur sawi je tau. Sungguh aku tak tahan..Tapi ni boleh di fikirkan lagi kalau BFF aku Cik Bibah tu target nak bersalin tahun ni, aku nak joint la.

Rasa macam nak tukar kerja je last year tapi bila masuk tahun ni aku masih lagi kat office lama ni. Tak apply pun kat company insurance tu dan diorang lak tertanya-tanya mana resume aku.

Bukan tak nak tukar kerja, aku just fikir macam ni je...Bulan March ni insyaallah nak pergi bercuti. Bila bercuti kena apply cuti. Kan kalau under probation tak cantik la record aku nak ambik leave lak kan. So, kena hold dulu kerja baru.

Pastu mana tau lak tiba-tiba ter pregnant lak kan, masuk je company baru terus pregnant, kerja tak sampai setahun dan maternity leave. Apa lak diorang cakap kan.

Tambah lak dengan masalah anak aku yang Aisy tu kadang2 tak nak ke nursery, kat office ni aku boleh angkut dia datang dok ngan aku. Bos aku siap offer lagi bawa ke office je jangan paksa dia ke nursery kalau dia tak nak. Tengok, kadang-kadang bos aku ni buat aku tak sampai hati nak tinggalkan company ni....

Tapi, demi masa depan aku akan berhenti jugak....cuma masanya belum pasti.

Tahun ni jugak aku impikan sebuah rumah yang sangat kemas. Mainan bersepah tak boleh buat apa coz anak-anak memang suka punggah mainan keluar dari bakul dan sepahkan sampai penat bermain.

Yang jadi target kekemasan rumah aku adalah aku sangat2 perlukan wall kitchen cabinet yang boleh aku menyimpan pelbagai khazanah bekas-bekas makanan, stok2 makanan, dan macam2 la lagi stok yang sekarang tersumbat kat atas table top. Buat rumah macam kedai runcit je...

Aku jugak perlukan sedikit duit lebih untuk betulkan leaking bilik air rumah atas. Tuan rumah tak reti bahasa sampai tukar2 owner pun tak nak betulkan lagi. Last year je dah pecahkan dua keping ceiling dalam bilik air and dapur aku akibat air dari salur sinki and lubang bilik air tu pecah menimpa rumah aku. Huhuhu..sungguh sadis tau. Kosnya sangat mahal untuk betulkan semua tu. Patutlah owner tu nak buat

Sebab Aisy n Amni besar, rasa macam nak sediakan satu bilik khas buat mereka. Walaupun bukan mereka tidur kat sana, tapi nak bagi mereka rasa itu bilik diorang yang diorang love sangat2. Deco lebih sikit la...pulus pun kena ada lebih.

Paling penting, aku rasa aku macam dah jauh dengan Allah. Buat setakat yang wajib je, yang sunat-sunat semua pun dah tak de. Tahun ni aku bertekad akan kembali dekat padaNya. Semoga Allah swt tahu niat aku ni.

Wednesday, January 2, 2013

Tahun 2013

Tahun baru datang lagi tapi setiap tahun pun aku tak ada tekad yang bermatlamat. Apakah itu? Aku tak ada wawasan diri kot. Hahaha

Penutup tirai 2012 hanya berakhir kat rumah dengan menyaksikan bunga api dari tingkap rumah je dengan dua budak kecik  tu. Belium masanya nak bawak mereka tengok bunga api secara live.

Permulaan baik tahun 2013 adalah anak-anak senang ajak tidur. Hohoho...Ini sudah cukup menggembirakan aku.

Lepas je tengok bunga api, just ajak mereka tidur coz aku dah mengantuk, dengan mudahnya budak dua orang tu dengar cakap dan terus tidur. Dapatlah aku tidur dengan lena sampai ke Subuh. Alhamdulillah

Tidur je senang tapi bab pakai baju anak aku yang seorang tu masih tak berubah. Budak Aisy tu masih lagi dengan perangai baru dia yang hampir 4 bulan kot yang memilih baju nak pakai.

Memilih baju nak pakai baju cantik-cantik tak pe. Ini dia nak pakai baju lama-lama yang dah sendat, senteng dan nampak pusat. Kalau senteng baju baru dan cantik lagi tak jugak, ini baju yang dia pakai waktu umur dia belum setahun, so baju tu boleh imagine kan macamana. Masih lagi baik cuma gambar pooh tu macam dah tercabut sikit printing color dia.

Mana dia dapat? Dalam tong baju yang aku simpan baju lama-lama dia. Menangis-nangis tak nak pakai baju lain, tak makan dipujuk. Sudahnya angkut je lah dia berjalan sama. Mujurlah tak buruk mana, cuma tak cantik je.

Itu kira ok la, kalau tak dia nak pakai baju tidur yang gambar angry bird yang beli kat pasar malam tu. Baju tu sangatlah buruk coz dia tumpahkan minyak gamat. So, imagine kesan minyak gamat yang tak hilang (tompok hitam) kat baju tapi still nak pakai.

Bukan tak nak buang semua baju-baju buruk tu, tapi sebab perangai dia yang suka mengamuk dan menangis tak sudah-sudah tu, jadi malas nak cari pasal dengan dia. Bila dia nak pakai, pakai je lah. Janji pakai kat rumah sudah lah.

Sebenarnya berjalan-jalan semalam adalah reward sepatutnya bagi kat dia coz pergi nursery monday tu. Tapi sebab dia menangis tak nak pergi, aku bawa je dia ke office. Itu yang dia paling suka.

Sepatutnya reward tak dapat, punishment yang dapat tapi kami pergi jugak berjalan-jalan bawa budak-budak tu. Dengan baju kurang cantik lak tu. Mujur sahaja kami pergi ke KWC & VIVA home saje.

Tapi bila sampai kat KWC, belikan dia gown yang polkadot & panjang macam princess. Terus nak pakai. So tukar baju dia dari kurang cantik ke cantik.

Dia sukakan baju / kain jenis english cotton & kalau ada polkadot lagi dia suka. So, dah tahu taste dia.

Kat VIVA home menagis-nangis nak naik mainan yang masuk RM 0.50 2x tu. Cari-cari syiling langsung tak de yang 50 sen tu. Punya lah pujuk pun tak makan saman. Adik aku terpaksalah tanya orang yang ada kat sekeliling tu nak tukar duit.

Bila dah dapat main sekali, tak nak balik lak. Pujuk punya pujuk dia nak pergi kat centre shopping complex tu yang ada stage & Christmas tree tu. Bukan main seronok lagi dia menari-nari atas stage sampai tak nak balik.

Bila masuk je kereta, terus tanggal baju gown dan pakai baju kurang cantik dia tu. Tak selesa agaknya. tak kisahlah coz dah nak balik kan.

Balik, terus tidur,,,...bangun sekejap, makan pun sikit je, minum susu sebotol terus tidur. Senang je, ajak tidur terus tidur. Amni jugak yang susah nak tidur. Budak kecik seorang ni belum boleh bercakap, kalau tak aku rasa perangai dia pun sama je.

Pagi tadi, dengan paksanya telah mendukung dia ke nursery. Meraung dia tapi aku tak boleh kalah lagi dengan dia, kena tegas sikit. Aku ingat aku je yang sedih, bila keluar tengok muka husband aku pun aku tahu dia tak sampai hati.

Kalau lah kita ni banyak duit, mama duduk rumah jaga korang berdua je lah wahai anak, So, mama tahu yang korang berdua selamat.