First of all mestilah nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin pada semua la. Terutama readers yang terasa-terasa hati coz aku kan suka mengutuk orang...kih kih kih..
Raya dah seminggu berlalu. Kerja pun dah lama start, aku lagi la dah lama start kerja. Cuti cuma sehari extra dari public holiday.
Sebab cuti tak panjang, tiada acara berjalan raya ke rumah teman-teman sekolah.
Raya kali ni masih lagi di rumah aku. Selepas menziarahi kubur abah, dan kali ni penuh makna coz bawa Aisy sekali.
Sedih sangat-sangat. Tanpa sedar air mata mengalir tambah lak aku tak dapat nak bacakan surah yassin disebabkan bendera merah telah menjengah.
Sedih kenapa? Aisy tu tanya banyak sangat soalan. Asyik tanya tok abah dia ni jalan pergi mana sambil tunjuk kubur tu? Sedih tau bila explain kat dia.
Lepas ke kubur, bersiap-siap untuk beraya ke rumah nenek husband coz mak mertua beraya di sana.
Raya ke dua pula memenuhi undangan ke rumah mak cik aku di Jelu yang sememangnya dari kecik akan berkumpul di rumah kakak abah untuk berkumpul sedara mara belah abah. Wajib berkumpul lepas mak tua (nenek sebelah abah) dah tak de.
Kali ni makan nasi beriani dan ayam pandan. Aisy makan dari mula sampai hingga kami semua nak balik baru dia sudah makan. Macam baru jumpa nasi coz dia tak de selera makan puasa ni.
Berkejar balik coz ada mereka akan datang ke rumah pulak. Just prepare mee kari untuk raya kedua ni.
Raya ke tiga, sudah pasti melawat baby naqib di shah Alam. Bertolak pagi dan petang baru bertolak pulang. Lama sungguh berkampung di sana.
Balik meneruskan perjalanan ke rumah pakcik di bandar Raub. Malam baru sampai rumah.
Raya ke empat, hari ni acara memasak makan tengah hari di rumah coz semua sedara mara belah abah akan datang makan tengah hari.
Menu cuma nasi putih, tom yam campur, ikan kembung tiga rasa, ikan cencaru, kerabu sotong dan telur dadar. Makan sampai kenyang...burrp...tutup pintu. Esok nak kerja dah...huhuhu...
Dan bermula lah episod ganti puasa yang dah habis semalam coz empat hari je tinggal puasa dan hari ni start puasa sunat syawal lak. Target nak raya minggu depan...
Jom puasa ramai-ramai...nanti boleh raya sama-sama....
No comments:
Post a Comment