Semangat menulis tu hilang bersama perasaan yang ketika ini sedang berpuasa. Rasa macam nak layannnnnn je macam terbang dek angin.
Nak cerita pasal raya pun tak datang lagi mood raya. Lagu raya hari kesepuluh puasa hari tu dah ada tapi mood raya masih belum sampai.
Sampai hari ni aku masih belum pijak mana-mana shopping complex untuk membuang duit yang ada tapi duit dah habis. Hahaha...
Hari-hari asyik bayar bil je pastu tukar duit raya lagi, mestilah dah habis.
Lagipun semua baju anak-anak dah beli cuma tinggal kasut je belum beli lagi. Yang seorang je penting kasut yang seorang lagi tak beli pun tak pe coz masih belum boleh berjalan.
Baju kurung lak memang dah hantar tempah bulan April hari tu, just tunggu siap je, Bayar dan dapat baju tu.
Apa yang belum hanya persiapan raya husband yang masih belum nampak bayang. Malas nak keluar bersesak-sesak dengan membawa dua budak kecik.
Seorang perlu kawalan rapi kerana sudah boleh berjalan. Yang seorang lagi pula belum boleh berjalan tapi tak suka dikurung dalam carrier mahupun di dalam stroller. Habis, apa pilihan yang ada?
Duduk di rumah sahaja lah. Husband tak pe, dia boleh keluar sendiri bila-bila masa sahaja. Waktu kerja, hari cuti, semua tu tak de masalah untuk dia.
Kuih raya juga tidak bertempah tahun ni. Aku bukan buat open house pun. Setakat nak makan-makan, makan apa je yang adik aku beli. Hahaha...
Cakap pasal kuih raya rasa macam nak cari bahulu gulung la. Mana boleh cari? Ke boleh buat sendiri. Yang sedap kat Kuala Selangor tapi jauh sangat la.
Raya tahun ni raya kat mana pun tak tahu macam yang sebelum-belumnya. Nanti bila sampai pagi raya aku adalah kat rumah mak aku. Hahaha..
Sepatutnya ikut giliran tapi sistem giliran tu macam hilang bila ada saja sebab kenapa tak jadi adanya giliran.
Terutama bila dah ada anak kecik dan juga sebab tempat raya adalah sangat dekat. Bila rumah dekat-dekat, sentiasalah sekejap ada, sekejap tak ada.
So, untuk raya kali ni aku rasa masih lagi macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada.
Cakap pasal raya, aku bukan budak kecik lagi yang excited bila tiba hari raya. Walaupun sudah ada keluarga sendiri sekarang. Dan yang paling rasa hilang indahnya raya sebab abah dah tak ada.
Oh Tuhan, kembalikanlah kegembiraan itu padaku....
Mereka jantung saya, mereka hati saya, mereka kegembiraan saya
No comments:
Post a Comment