Awal-awal ramadhan hari tu pernah buat entry cabaran bulan Ramadhan ni terutama melayan karenah anak-anak yang tak nak tidur.
Akibatnya tuan punya badan sendiri yang tak cukup tidur.
Semalam disebabkan hanya dapat tidur 2 jam sahaja, aku jadi terlalu mengantuk.
Bermula dengan episod tersengguk-sengguk kat office tapi pagi tu sempat jugak layan tidur setengah jam kat atas meja.
Episod mengantuk terbawa-bawa ke petang hari. Jarak 3km sahaja nak sampai rumah tapi ntah apa nasib yang berlaku semalam, jam teruk sampai tak bergerak atas MRR2 menghala ke Sungai Buloh tu.
Beberapa kali tersengguk masih lagi dapat beringat agar gear kereta sentiasa diletakkan dalam keadaan neutral supaya tidaklah menghentam orang depan.
Tetapi ntah macamana nak jadi jugak, tengah bergerak sikit-sikit tu aku boleh pulak terlelap. Sedar je dah bunyi berdentum. Sama ada aku telah menekan pedal minyak atau membiarkan kereta berjalan dalam gear D.
Terus hilang mengantuk. Aku tengok kereta depan macam tak de apa-apa tapi dia bagi signal tepi, aku pun ikut je. Dia keluar aku pun keluar.
Bila dia keluar dalam keadaan yang sedikit marah tapi tak meninggi suara dia bertanya "Tak nampak ke?". Seorang pemandu lelaki India yang berusia agak 30 plus hampir 40 kot. Kereta Proton Saga edisi Dr. Mahathir dulu..
Keras sungguh kereta tu sama keras macam Myvi aku. Kereta aku pun aku tengok tak de apa-apa. Bila everything clear, kami masuk kereta masing-masing untuk teruskan perjalanan.
Tapi agak musykil kerana lampu dalam kereta aku masih menyala sedangkan semua pintu telah pun tertutup rapat. Sampai di rumah betul-betul azan untuk berbuka.
Kasihan anak-anak yang berada di dalam kereta bersama c.Su dia hampir dua jam setengah. Tak ada makanan dan masing-masing lapar serta penat sampai tertidur.
Apa jadi kat kereta itu? OMG...bonet depan adalah sedikit kemek sebenarnya. Tempat tutup bonet tu telah terperosok ke dalam dan menjadikan bonet tersebut tidak lagi rapat kerana sedikit terangkat di bahagian atas.
Nak lock kereta tak boleh, nak cabut wayar batery panas lak enjin kereta tu. Tak boleh nak sentuh apa-apa. Terpaksa lah tinggalkan kereta macam tu je. Hope lepas Maghrib akan bawa ke bengkel.
Mujurlah kawan-kawan husband adalah orang yang terror bab-bab mengetuk ni, so tak payah lah membawa kereta ke bengkel.
Tapi bila bawa pagi ni, rasa kurang best sikit seolah-olah macam balancing & alignment dia dah lari. Ooohhh..ada sajelah kereta ni buat hal bila ada duit lebih sikit. Huhuhu....
No comments:
Post a Comment